Kata Majmuk

Kata Majmuk

1. Dua atau lebih daripada dua patah dasar dapat digabungkan untuk membentuk satu kata baru yang padu atau sebati maknanya.

2. Kata paduan atau sebatian yang demikian dikenal sebagai kata majmuk.

3. Setiap kata yang menjadi komponen kata majmuk mempunyai maknanya sendiri-sendiri.

4. Misalnya, wang dan saku yang menjadi komponen kata majmuk wang saku mempunyai maknanya masing-masing. Makna wang saku ialah wang dibawa untuk digunakan apabila diperlukan.

5. Ada juga kata majmuk yang terbentuk daripada dua patah kata yang berbeza tetapi maknanya sama atau hampir-hampir sama. Beberapa contohnya ialah cantik jelita, hancur lebur, dan sunyi sepi.

6. Dua patah kata yang sama atau hampir sama maknanya itu dimaksudkan untuk menyatakan makna kesangatan. Misalnya, cantik jelita bererti sangat cantik, hancur lebur bererti hancur sama sekali, dan sunyi sepi bererti sangat sunyi.

Bentuknya

7. Kata majmuk ada yang dieja tercantum dan ada yang dieja terpisah tetapi tidak ada yang bersempang.

8. Dengan itu, dapatlah dibezakan bentuk kata majmuk daripada bentuk kata ganda yang dieja bersempang kecuali kata ganda separa seperti bebawang, jejari, kekuda, dan sebagainya.

9. Beberapa contoh kata majmuk yang dieja tercantum ialah apabila, bumiputera, daripada, jurumudi, kadangkala, dan walaupun.

10. Beberapa contoh kata majmuk yang dieja terpisah ialah air mata, buah pinggang, campur tangan, daun pintu, ganti rugi, dan hak cipta.

11. Dari segi bentuknya, kata majmuk ter­bahagi kepada beberapa kelas seperti yang berikut:

(a) kata nama majmuk;

(b) kata bilangan majmuk;

(c) kata adjektif majmuk;

(d) kata kerja majmuk;

(e) kata sendi majmuk;

(f) kata keterangan majmuk;

(g) Kata hubung majmuk.

12 Sebahagian besar daripada kata majmuk dalam bahasa Melayu tergolong dalam kelas kata nama. Contoh kata nama majmuk, antara yang lainlain, ialah air mata, buah mulut, cita rasa, daun telinga, ganti rugi, dan hak cipta.

13. Kata bilangan majmuk, antara yang lain-lain, ialah tiga puluh, dua pertiga, dan dua ratus lima puluh.

14. Kata adjektif majmuk, antara yang lain-lain, ialah aman damai, buta huruf, cantik jelita, gagah perkasa, merah jambu, iri hati, dan kelam kabut.

15. Kata kerja majmuk ada yang bebas, yakni tidak terikat pada sebarang imbuhan. Contohnya: angkat kaki, buang air, campur tangan, datang bulan, dan gulung tikar.

16. Kata kerja majmuk ada juga yang terikat. Contohnya: mengadu domba, mengambil alih, mengambil berat, menganggap sepi, mengangkat sembah, membalas budi, membanting tulang, mencari gali, bercerai susu, berdiam diri, menyalahgunakan, menembak mati, dan bertungkus lumus.

17. Kata sendi majmuk pula tidak seberapa jumlahnya, iaitu darihal, daripada, kepada, dan sedari.

18. Kata keterangan majmuk, antara yang lainlain, ialah acap kali, boleh jadi, demikian, kadangkala, lambat laun, pertama kali, sambil lalu, dan sekali sekala.

19. Kata hubung majmuk, antara yang lain-lain, ialah apabila, manakala, dan meskipun.

Tugasnya

20. Kata majmuk mempunyai dua tugas seperti yang berikut:

(a) menetapkan kelas kata dasar.

Contohnya.

(b) mengubah kelas kata dasar.

Contohnya:

Maknanya

21. Dari segi maknanya, kata majmuk dapat dibahagi kepada dua jenis seperti yang berikut:

(a) kata majmuk wajar;

(b) kata majmuk kiasan

22. Kata majmuk wajar ialah kata majmuk yang sebenarnya, yang maknanya dapat diketahui daripada makna katakata yang menjadi komponennya. Misalnya, buah anggur ialah kata majmuk wajar kerana maknanya tidak lain daripada buah yang bernama anggur.

23. Kata majmuk kiasan pula ialah kata majmuk yang maknanya lain daripada makna yang ada pada kata-kata yang menjadi komponennya. Misalnya buah hati ialah kata majmuk kiasan kerana maknanya tidak kenamengena dengan buah ataupun hati. Makna buah hati ialah kekasih yang dicintai, bukan buah yang bernama hati.

24. Berikut ialah beberapa contoh kata majmuk wajar.

adat istiadat

alih bahasa

bahasa pasar

bakul sampah

batang hidung

cakera padat

cantik jelita

daya cipta

dengki hati

emas putih

esok hari

gagah berani

galah canggah

rendah hati

sabun mandi

sihat akal

gunung api

hancurlebur

harga borong

hitam manis

ikan parang

inti sari

isi perut

juling air

kaca mata

kerak bumi

otak depan

olah raga

pagar duri

pindah tangan

rabun jauh

tahan lasak

kongsi gelap

lampu duduk

lipat ganda

lubang hidung

mabuk taut

merah jambu

minyak makan

naik takhta

nenek moyang

orang gaji

tuan rumah

udang galah

uji kaji

wang saku

warta berita

zat air

24. Berikut ialah beberapa contoh kata majmuk kiasan.

akal kancil

anak angkat

anak baju

anak emas

anak kunci

batu loncatan

banyak mulut

buah mulut

bulan madu

cahaya mata

cakap angin

campur tangan

cekak musang

dapur susu

mata hari

naik darah

nyawa ikan

otak udang

tangan besi

timbang rasa

darah daging

datang bulan

daun pintu

emas kahwin

embun jantan

filem bisu

gaji buta

gantung kemudi

gatal mulut

gunung payung

habis akal

lalat hijau

lebar mulut

lemah semangat

lepas tangan

main angin

malam buta

sampai hati

tali barut

tanah air

hajat besar

harga diri

ibu ayam

isi hati

jalan bahasa

jauh hati

kaki tangan

karat hati

kata dua

kecil hati

kereta api

papas hati

panjang tangan

pasar gelap

patah hati

rendah hati

sagu hati

sakit hati

tumbuk rusuk