Latihan Cabaran

LATIHAN CABARAN TATABHASA

JAWAB SEMUA SOALAN

Pilih jawapan yang betul

1. Kakak menyediakan bahan-bahan untuk membuka peti surat, iaitu beberapa ……… papan lapis, se…. paku, se…..gergaji, se… tukul besi, se… sesiku, dan se…. kertas pasir sebelum memulakan kerjanya.

A. batang, peti, buah, biji, buah, lembar C. lapis, genggam, laras, batang, laras, berkas

B. buah, batang, pucuk, butir, bilah, helai D. keping, kotak, bilah, buah, batang, keping

2. Yaakub menunjukkan se….sangkar yang berisi dua….. burung murai yang tergantung pada se…. dahan ketapang dengan menggunakan se….tongkat yang diperoleh daripada se…..tua di kaki bukit itu kepada sahabat-sahabatnya.

A. biji, kawan, jala, kaki, kawan C. berkas, kelompok, kaki, gerombolan

B. buah, ekor, batang, batang, orang D. gelung, kumpulan, untai, buah, pasukan

3. Cikgu tetap mengajarkan Matematik ……… banyak pelajar yang tidak hadir ke kelas tambahan itu.

A. sementara B. jangankan C. manakala D. biarpun

4. ……….. beberapa kali mencuba, dia gagal menjawab soalan itu dengan betul.

A. Namun B. Walaupun C. Sedangkan D. Bagaimanapun

5. ……….kita rajin mengulang kaji pelajaran, kita akan berjaya dengan cemerlang.

A. Meskipun B. Walhal C. Jika D. Justeru itu

6. ……….dia berusaha, dia menjadi mahir dalam Matematik.

A. Sesungguhnya B. Oleh sebab C. Oleh itu D. Apabila

7. Keropok …….. itu jangan kau makan.

A. basi B. garing C. lemau D. usang

8. Tandas yang berbau ….. itu tidak dicuci oleh pekerja sejak dua hari yang lepas.

A. kusam B. kebam C. kelat D. hancing

9. Ikan darat lebih ……. daripada ikan laut.

A. hanyir B. busuk C. liat D. hangit

10. Nasi yang ditanaknya semalam sudah ………

A. basi B. busuk C. usang D. hangit

11. Baju yang dibelinya tahun lepas terlalu …… untuk kakak.

A. sempit B. labuh C. lebar D. padat

12. Setelah lama menghilang, tiba-tiba dia …. kembali.

A. terbit B. muncul C. tampil D. keluar

13. Jangan memakai pakaian yang ………… mata.

A. mencolok B. menikam C. mencucuk D. merodok

14. Bendera itu ……… apabila ditiup angin.

A. berkocak B. bergegar C. berbuai D. berkibar

15. Lagu Kebangsaan …. ke udara sebaik sahaja Sukan SEA dirasmikan oleh Perdana Menteri.

A. bersiar B. berluncur C. berkumandang D. berhambur

16. Pemuda berpakaian lusuh itu ……. rantai dari leher kakak.

A. merenggut B. merampas C. menyambar D. mengambil

17. ………. saya yang menyuruh Azman menconteng dinding ini.

A. Tidak B. Tiada C. Bukan D. Entah

18. ……….lah, jangan bermenung lagi.

A. Entah B. Biar C. Apa D. Sudah

19. Entah benar entah …. apa-apa yang diceritakan olehnya tentang diri saya.

A. bukan B. tidak C. boleh D. mana

20. “………….kerja masing-masing dan ………. mengganggu pelajar lain,” kata Cikgu Abu.

A. Buat, jangan B. Bina, entah C. Latih, tiada D. Cuba, boleh

21. “………. selamat hari lahir kepada sahabatmu itu,” kata Lim kepada Mei Maggi.

A. Katakan B. Tuliskan C. Ucapkan D. Nyatakan

22 hingga 24, Pilih ayat-ayat yang betul jalan bahasa dan penggunaan katanya.

22.

1. Dia memakan lagi nasi goreng

11. Selepas makan goreng me, adik ke sekolah.

111. Rumah batu itu dijadikan Restoran Lazat kini.

1V. Sate kajang mahal harganya.

A. 1, 11 B. 111 , 1V C. 1, 111, 1V D. 1, 11, 111, 1V

23. 1. Buku itu saya belum baca lagi 111. Kain itu akan kujahit.

11. Majalah itu telah kauambil? 1V. Dinding rumah itu saya yang cat.

A. 1, 111 B. 11, 1V C. 11, 111, 1V D. 1, 11, 111, 1V

24. 1. Pemandangan di tepi pantai itu sungguh indah sekali.

11. Kami amat sedih bila mendengar berita itu.

111. Dialah yang paling terpandai di sekolah ini.

1V. Lukisannyalah yang paling cantik.

A. 1, 1V B. 1, 11 C. 111, 1V D. 1, 11, 111

25. Sim Keong ………… dilanggar kereta semasa dia melintasi jalan raya itu.

A. jarang-jarang B. sia-sia C. nyaris-nyaris D. alang-alang

26. Cadangan kami telah ditolaknya ………… .

A. kira-kira B. tepat-tepat C. cerah-cerah D. bulat-bulat

27. Janganlah berasa……… akan kejujuran orang itu.

A. ragu-ragu B. agak-agak C. bukan-bukan D. siapa-siapa

28. Di dalam air yang bertakung itu banyak ……………

A. nyenyamuk B. jejentik C. kekisi D. tetupai

29. ………..skru itu sudah haus dan tidak dapat digunakan lagi.

A. Jejari B. Bebola C. Bebenang D. Kekayu

30. ……….. yang hadir ke majlis hari lahir itu kebanyakan orang kampungnya.

A. Tetamu B. Tetangga C. Kekawan D. Pepara

31. Oleh sebab selalu mengorek telinga, ………….. telinganya menjadi rosak.

A. gegembir B. bebuli C. cecuping D. gegendang

32. Rumah usang itu dipenuhi sawang …………….

A. lelangit B. tetupai C. lelabah D. dedaun

33. Megat berasal daripada ……… orang besar-besar.

A. kerahmatan B. kekeramatan C. kehormatan D. keturunan

34. …………. luar bilik darjah perlu dimanfaatkan oleh setiap murid.

A. Keasyikan B. Kemudahan C. Kegiatan D. Kealpaan

35. ……….. dalam peperiksaan tidak akan mematahkan semangatnya untuk terus belajar dengan gigih.

A. Kegigihan B. Kemenangan C. Kehandalan D. Kegagalan

36. ………… kanak-kanak berusia dua tahun yang membaca akhbar itu sungguh mengagumkan.

A. Kebolehan B. Kekuatan C. Kebaikan D. Keinginan

37. Cita-citanya hendak menjadi juruterbang tidak ……….

A. kepetahan B. kesampaian C. ketentuan D. kemalangan

38. Budak lelaki itu ……….. apabila ………… oleh budak nakal itu.

A. tertiarap, dirodok B. tersentak, dicolok C. tersungkur, disinggung D. terlentang, dicuit

39. Wahid hanya ……….. apabila ………. oleh ayah.

A. terkebil-kebil, dimarahi B. tersipu-sipu, dibelasahi C. terdetik-detik, dihukumi

40. Sampah-sarap yang ………… dek penahan sampah itu terpaksa ……….. dengan menggunakan jentera.

A. tersembul, diambil B. tertahan, diraup C. tergerak, dipungut D. tersangkut, dikaut

41. Para ………….. yang ke tempat ini amat mengagumi kawasan ………. negara kita.

A. pengunjung, penyekitaran B. pelawat, disekitarkan C. pelancong, persekitaran

42. Pemandu bas …………. itu disaman oleh JPJ kerana memandu dengan laju.

A. penyiaran B. disiarkan C. penyiar D. persiaran

43 HINGGA 44 : PILIH SOALAN YANG SESUAI BAGI AYAT-AYAT YANG BERIKUT

43. Abang mengambil parang untuk menebang pohon ketapang itu.

A. Mengapakah abang mengambil parang itu?

B. Apakah tujuan abang mengambil parang itu?

C. Siapakah yang telah mengambil parang itu?

D. Apakah yang ditebang oleh abang dengan parang itu?

44. Masyarakat desa itu menggelar Abu sebagai kera sumbang kerana dia tidak tahu bercampur-gaul dengan

anggota masyarakat.

A. Siapakah yang telah menggelar Abu sebagai kera sumbang?

B. Apakah tujuan masyarakat desa itu menggelarnya sebagai kera sumbang?

C. Mengapakah masyarakat desa itu menggelarnya sebagai kera sumbang?

D. Adakah masyarakat desa itu menggelarnya sebagai kera sumbang?

45. Jangan terburu-buru mengambil tindakan. ………… selidikilah perkara itu dengan betul-betul?

A. sebaliknya B. justeru C. hal ini demikian D. apabila

46. Keluarganya menginginkan anak mereka menjadi doktor. …………., dia telah dimasukkan ke kolej perubatan.

A. walau bagaimanapun B. sungguhpun begitu C. oleh sebab itu D. kerana

47. Beliau sasterawan yang terkenal. … dapat dilihat menerusi novel-novelnya yang terkenal seperti Jentayu, Roda, dan Tahun Akhir.

A. selain itu B. sepanjang itu C. hal ini demikian D. hal ini

48. …………… dia tidak pernah bersikap demikian.

A. Selama ini B. Justeru itu C. Biarpun D. Di samping itu

49 HINGGA 50 : PILIH AYAT YANG SAMA MAKSUD DENGAN AYAT YANG BERGARIS

49. Diana menyelesaikan kerja yang diberikan oleh Cikgu Ali dalam masa setengah jam sahaja.

A. Semua kerja yang diberikan oleh Cikgu Ali setengah jam yang lepas telah disiapkan oleh Diana.

B. Kerja setengah jam itu akan diselesaikan oleh Diana seperti yang diarahkan oleh Cikgu Ali.

C. Dalam masa setengah jam, kerja yang diberi oleh Cikgu Ali dapat disiapkan oleh Diana.

D. Kerja yang diberi oleh Cikgu Ali telah setengah jam yang lalu disiapkan oleh Diana.

50. Pemuda itu dilanggar motosikal semasa dia hendak melintasi jalan raya.

A. Jalan raya yang dilintasi oleh pemuda itu sering berlaku kemalangan yang membabitkan pejalan kaki dengan

motosikal.

B. Motosikal telah melanggar pemuda itu ketika penunggang itu hendak melintasi jalan raya.

C. Semasa pemuda itu hendak melintasi jalan raya, dia terlanggar motosikal.

D. Semasa pemuda itu hendak melintasi jalan raya, dia dilanggar motosikal.