Kata Bilangan

Kata Bilangan

Kata bilangan ialah kata yang menyatakan bilangan atau urutan.

Terdapat enam jenis kata bilangan,iaitu:

A . Kata Bilangan Tentu

B. Kata Bilangan Tak tentu

C. Kata Bilangan Himpunan

D. Kata Bilangan Pisahan

E. Kata Bilangan Pecahan

F. Kata Bilangan Tingkat

(A) Kata Bilangan Tentu

Kata bilangan tentu ialah kata yang menyatakan bilangan yang tentu seperti satu,seratus,seribu, dan dua juta.

(B) Kata Bilangan Tak tentu

Kata bilangan tak tentu ialah kata yang digunakan untuk menyatakan bilangan yang tidak tentu seperti beberapa,sebahagian,semua,seluruh,segala,segelintir,segenap,sebilangan,sekalian,para dan berbagai-bagai.

(C) Kata Bilangan Himpunan

Kata bilangan himpunan digunakan untuk menyatakan sesuatu secara himpunan.Kata bilangan tersebut adalah seperti berpuluh-puluh,berates-ratus, dan ketiga-tiga.

(D) Kata Bilangan Pisahan

Kata bilangan pisahan ialah kata yang digunakan untuk menyatakan sesuatu secara satu per satu atau berasingan.Hanya ada dua kata bilangan pisahan, iaitu masing-masing dan setiap/ tiap-tiap.

(E) Kata Bilangan Pecahan

Kata bilangan pecahan ialah kata yang digunakan untuk menyatakan sesuatu yang berupa pecahan seperti dua per tiga, satu per empat dan setengah.

(F) Kata Bilangan Tingkat

Kata bilangan tingkat ialah kata yang menyatakan urutan atau giliran seperti pertama, kedua,kesepuluh dan keseratus.