Cakap Ajuk dan Cakap Pindah

Cakap Ajuk dan Cakap Pindah

1. Cakap Ajuk dan Cakap Pindah ialah percakapan yang dilaporkan semula secara lisan atau tulisan tanpa mengubah maksudnya. Cakap ajuk ialah percakapan seseorang yang ditulis semula dengan tidak mengubah maksud asalnya.

2. Dalam penulisan, tanda petik ("...") digunakan untuk cakap ajuk.

3. Cakap pindah ialah perbualan seseorang yang telah ditulis semula dengan menggunakan bahasa tanpa mengubah maksudnya.

4. Tanda petik ("...") tidak digunakan dalam cakap pindah.

5. Perhatikan perbezaan antara cakap ajuk dengan cakap pindah di bawah ini.

Cakap Ajuk

1. Cakap Ajuk ialah percakapan yang dilaporkan semula sebagaimana asalnya dituturkan.

2. Tidak ada sebarang pindaan yang dilakukan.

3. Cakap ajuk dimulai dengan tanda pembuka kata dan diakhiri dengan tanda penutup kata ( “ …….. “ )



"Cuci baju kamu," kata ibu kepada Ani.

Cikgu berkata, "Mengapa tidak hadir semalam, Hafizi?"

"Datanglah ke rumah saya malam ini, Encik Azman," kata Encik Lim.

“ Di manakah awak letakkan beg itu ? ” tanya Cikgu Azmi kepada Sunita.

Kata nenek kepada Siti, “ Begini cara membuat kuih Bahulu.”

Kata Hassan kepada Faizal, “Ini buku awak.”

“ Ayam itu lapar,” kata Asmah.

“ Berikan bola ini kepada Zainal Abidin,” kata Dollah Salleh.

Cakap Pindah

1. Cakap Pindah ialah perkataan atau percakapan yang dilaporkan semula tetapi tidak sebagaimana yang dituturkan.

2. Terdapat perbezaan stuktur atau susunan perkataan-perkataan dalam ayat.

3. Walaubagaimanapun , maksud atau susunan perkataan sama.



Ibu menyuruh Ani mencuci bajunya.

Cikgu bertanya kepada Hafizi sebab dia tidak hadir semalam.

Encik Lim mempersilakan Encik Azman ke rumahnya pada malam nanti.

Cikgu Azmi bertanya kepada Sunita di mana dia meletakkan beg itu.

Nenek berkata kepada Siti bahawa begitu cara membuat Kuih Bahulu.

Hassan menyatakan kepada Faizal bahawa itu buku dia.

Asmah menyatakan bahawa ayam itu lapar.

Dollah Salleh menyuruh agar bola itu diberikan kepada Zainal Abidin.

6. Apabila menukarkan bentuk cakap ajuk kepada cakap pindah, perkara berikut perlu diubah atau diberi perhatian.

Cakap Ajuk

saya, aku, hamba

beta

kami, kita

anda, awak, kamu, engkau

dia

beliau

mereka

ini

itu

sini

begini

demikian ini

sekarang

malam tadi

semalam

hari ini

esok

Cakap Pindah

dia, ia, nya, beliau

baginda

mereka

saya, dia, nya

dia

beliau

mereka

itu

itu

situ, sana, tempat itu

begitu

demikian itu

masa itu, ketika itu

malam semalamnya

semalamnya

hari itu

esoknya, keesokan harinya, hari itu