Program Pengasahan Bakat (TDP) bahasa Melayu menyediakan ruang dan peluang bagi para pelajar yang mengambil bahasa Melayu untuk memperkasakan diri dalam bahasa Melayu.
Para pelajar TDP akan menelusuri bengkel-bengkel, pelbagai kegiatan dan pertandingan untuk mendedahkan dan memahirkan diri mereka dalam kemahiran-kemahiran berbahasa yang tertentu sepanjang tahun.
TEROKA TERJEMAHAN 2024
Para pelajar yang mengambil bahagian dalam darmawisata dan pertandingan terjemahan di Lapangan Terbang Changi bersama pelajar dari sekolah-sekolah kelompok Selatan memperoleh banyak manfaat melalui pengalaman ini. Melalui aktiviti terjemahan, mereka dapat meningkatkan kemahiran bahasa dengan cara yang autentik, mempelajari kepentingan ketepatan dalam menyampaikan makna, serta mengasah keupayaan komunikasi antara budaya. Terjemahan yang mereka jalankan memberi peluang untuk memahami konteks budaya yang berbeza dan meningkatkan kepekaan bahasa. Selain itu, pelajar juga dapat membina keyakinan diri dalam menggunakan bahasa secara kreatif dan efektif. Pengalaman ini bukan sahaja memperkaya pengetahuan bahasa mereka, tetapi juga membuka peluang untuk kerjasama dan pembelajaran silang budaya yang memperkukuh persahabatan antara sekolah.
Fiesta Bahasa Melayu 2023
Para pelajar TDP yang terdiri daripada Insyirah (303), Khalisah (1 Confidence), Ayu (1 Responsibility) dan Safieah (1 Respect), telah menyumbang kepada pembelajaran Bahasa Melayu anak-anak Melayu kita secara aktif. Bertemakan 'Bahasa Gemilang, Minda Cemerlang', mereka telah menjalankan sebuah reruai pembelajaran Peribahasa interaktif sewaktu Fiesta Bahasa di Punggol tahun ini. Reruai yang dijalankan itu telah berjaya menarik minat para pelajar untuk belajar Peribahasa dengan cara yang santai, namun efektif.