Makmal Komputer & Pusat Akses Sekolah

MAKMAL KOMPUTER 1 & 2

Bermula sesi persekolahan 2023/2024 kedua-dua makmal boleh digunakan untuk sesi PdPc semua mata pelajaran termasuk aktiviti berkaitan seperti kegiatan kelab atau persatuan yang memerlukan penggunaan peralatan ICT seperti laptop, LCD dan sebagainya.

Kedua-dua makmal komputer telah dilengkapi dengan 20 buah laptop setiap satu serta LCD yang disediakan secara sewaan oleh syarikat yang dilantik oleh Kementerian Pendidikan Malaysia.

Dengan bantuan PIBG, pihak sekolah telah menerima 4 buah penghawa dingin yang telah siap dipasang serta 5 buah kipas dinding untuk memberi keselesaan kepada murid-murid serta guru yang menggunakan kedua-dua makmal komputer berkenaan. Usaha masih diteruskan dan semoga ada pihak yang murah hati menyumbang demi keselesaan murid-murid SK Tanjung Aru 1 untuk mendapatkan 5 buah kipas dinding untuk makmal komputer 2.

Penggunaan kedua-dua makmal komputer boleh ditempah melalui Google Calendar yang terdapat dalam akaun Google Classroom. Setakat ini tempahan hanya dibuka kepada semua guru yang ada akaun google classroom sahaja. Semua urusan berkaitan dengan makmal komputer boleh dirujuk terus dengan Guru Penyelaras Bestari.

PUSAT AKSES SEKOLAH

Pusat menawarkan perkhidmatan akses Internet dan penggunaan bahan-bahan PdPc Multimedia Interaktif kepada mana-mana guru yang mahu menggunakannya untuk aktiviti PdPc atau kelab.

Berikut adalah jadual penggunaan Pusat Akses :-
Isnin – Khamis : 7.10 pagi hingga 3.00 petang  dan Jumaat : 7.10 pagi hingga 11.30 pagi. Tempahan juga adalah melalui google calendar yang terdapat dalam akaun google classroom. Hanya guru yang mempunyai akaun google classroom yang dibenarkan membuat tempahan. Urusan berkaitan Pusat Akses boleh dirujuk dengan Guru Penyelaras Bestari.


Pautan Ke Servis KPM