Kurikulum

MINGGU SEJARAH STAR1 2022

07 HINGGA 11 NOVEMBER 2022

By Admin STAR1 2022

Pengetahuan sejarah amat penting untuk diserapkan dalam jiwa murid-murid bermula daripada peringkat sekolah rendah. Bak kata pepatah, “melentur buluh biarlah daripada rebungnya,”. Melalui penerapan pengetahuan sejarah ini, murid-murid akan dapat mengetahui sejarah negara kita seterusnya dapat memupuk semangat patriotisme yang tinggi dalam kalangan murid-murid terutamanya pada peringkat sekolah rendah. Maka, program “ Jom Kenali Sejarah Negara” diadakan bagi memupuk semangat patriotisme dalam kalangan murid-murid Tahap Dua SK Tanjung Aru 1.


Antara objektif yang ingin dicapai melalui program ini

ialah:


Aktiviti Program

-     Info Buletin Sejarah

- Kuiz Dalam Talian (Quizzi)

- Membina Model Alatan Tradisional

- Teka silangkata

- Pameran Permainan Tradisional


PROGRAM JOM KITAR SEMULA SEMPENA MINGGU SAINS STAR1 2022

01 NOVEMBER 2022

By Admin STAR1 2022

Minggu Sains merupakan satu aktiviti yang dapat memberi pendedahan kepada murid berkaitan dengan mata pelajaran Sains dalam kehidupan seharian. Di samping itu juga dapat melahirkan murid yang minat Sains serta menghargai Sains terhadap manusia. Sehubungan dengan itu Panitia Sains Sekolah Kebangsaan Tanjung Aru 1 mengambil inisiatif menjalankan program Minggu Sains sebagai pemangkin dalam melahirkan  murid yang berketrampilan, kreatif dan inovatif.

Antara objektif diadakan program Minggu Sains ini ialah untuk:

1. Meningkatkan pencapaian mata pelajaran Sains bagi semua  murid Sekolah Kebangsaan   menerusi aktiviti-aktiviti yang dijalankan.

2. Membuang tanggapan bahawa mata pelajaran Sains adalah susah sebaliknya sangat menarik untuk dipelajari.

3. Memberi pengalaman menarik kepada murid melakukan hands-on experiment melalui aktiviti yang dijalankan.

4. Menjana minda kreatif dan inovatif dalam kalangan murid.

5. Memupuk kesedaran murid untuk mencintai alam sekitar anugerah Tuhan menerusi  penerapan nilai murni dalam aktiviti yang berkaitan dengan kitar semula.

6. Memupuk nilai-nilai murni dalam kalangan murid seperti sikap bekerjasama,  berkeyakinan dan bantu membantu. 

Antara aktiviti yang dijalankan ialah mengadakan Program Jom Kitar Semula dengan kerjasama Unit 3K  Sekolah Kebangsaan Tanjung Aru 1 untuk memberi kesedaran kepada murid bertapa pentingnya menjaga alam sekitar.