Galeri PIBG

MESYUARAT AGUNG PIBG 2023

Setinggi- tinggi perhargaan dan jutaan terima kasih saya ucapkan kepada tuan/puan yang hadir bagi  menjayakan MAT 2023.

Penghargaan juga diberikan kepada Jawatankuasa kerja yang bertungkus lumus dalam membuat persediaan serta memastikan perjalanan MAT ini berjalan dengann lancar.

Kepada ibubapa semestinya kehadiran tuan/puan ini dapat mengetahui program dan aktiviti yang dijalankan oleh PIBG dan Guru. Selain itu, dapat bertukar-tukar fikiran untuk melaksanakan apa yang terbaik untuk anak-anak kita di SK Tg Aru 1 ini.

Saya mewakili AJK PIBG akan sentiasa memastikan fungsi PIBG ini terus dilaksanakan mengikut landasan yang betul dan kerjasama serta  usahasama daripada ahli iaitu ibubapa sekalian amat diperlukan untuk melancarkan aktiviti dan program yang telah dirancang sepanjang tahun.

Sekali lagi, jutaan terima kasih kepada semua yang terlibat pada MAT  2023.

Sekian.

YD3P PIBG SK Tg Aru 1

Gotong Royong PIBG Siri 1.0  Tahun 2023

Tarikh : 19  Julai  2023

Membuat Meja Kantin Sekolah

Mengecat Tiang Dewan Sekolah


Menceriakan kawasan sekolah