PENDAFTARAN DAN TAKLIMAT KEPADA PESERTA PERKHEMAHAN STAR 1 GEMILANG 2022  

By Admin STAR1 2022

11.11.2022, Jam 2.30 petang : Pendaftaran Peserta Perkhemahan yang dikendalikan oleh AJK Pendaftaran dan AJK Penginapan

Semua peserta dipanggil untuk mendengar taklimat berkaitan peraturan –peraturan yang perlu dipatuhi oleh para peserta sepanjang kem berlangsung.

Taklimat ini telah disampaikan oleh Kem Komandan, Cikgu Safri Mohd. Yanin seterusnya melantik Ketua dan Timbalan dari kalangan peserta yang mempunyai ciri-ciri kepimpinan.

AKTIVITI MEMASANG DAN MENDIRIKAN KHEMAH

By Admin STAR1 2022

11.11.2022, Jam 5.30 petang : Aktiviti memasang dan mendirikan khemah sepatutnya dilaksanakan di kawasan tapak perkhemahan yang telah ditetapkan. Namun disebabkan hujan lebat, aktiviti ini terpaksa di ubah ke Dewan Terbuka STAR1. Tujuan aktiviti ini dilakukan adalah untuk menilai kemahiran peserta memasang khemah pasang siap selain memupuk sikap kerjasama di kalangan peserta perkhemahan.

AKTIVITI BANTU MULA

By Admin STAR1 202

11.11.2022, Jam 8:00 malam : Aktiviti bantu mula di bawah kendalian Unit BSMM. Konsep asas rawatan dan bantu mula

Definisi

Objektif


Matlamat


Tindakan cemas

AKTIVITI BURUNG PUNGGUK

By Admin STAR1 2022

11.11.2022, Jam 9:00 malam : Aktiviti burung pungguk di bawah kendalian Unit SILAT. Objektif utama aktiviti ini adalah untuk menambahkan daya keyakinan, ketabahan dan keberanian individu. Setiap peserta akan ditempatkan di lokasi-lokasi tertentu dan jaraknya berjauhan antara satu sama lain. Ini untuk mengelakkan daripada berlakunya komunikasi di antara mereka.