Kokurikulum

MAJLIS PENYERAHAN TONG KITAR SEMULA OLEH MERAKI DAAT SABAH

21 MAC 2023

By Admin STAR1 2023

Majlis Penyerahan Tong Kitar Semula sempena Projek Perintis Pengasingan Sisa Pepejal dan Kitar Semula kepada SK Tanjung Aru 1, Kota Kinabalu, Sabah yang disempurnakan oleh TN Zainudin Goyoh, Pengarah Bhgn Hal Ehwal  Korporat DBKK.

Projek ini adalah tanda komitmen DBKK dan Meraki Daat Sabah untuk wujudkan komuniti indah, bersih dan lestari serta memupuk rasa tanggungjawab menjaga alam sekitar khasnya di kalangan warga STAR1.



KEM BESTARI SOLAT 2022

29 NOVEMBER 2022 

By Admin STAR1 2022

Program Kem Bestari Solat merupakan satu bentuk aktiviti ko-kurikulum bagi murid-murid tahun 1 hingga tahun 6. Tujuan pelaksanaannya ialah untuk menerapkan aspek solat di kalangan murid. Pelaksanaan seawal unur 7 tahun adalah bertepatan dengan ajaran Al-Quran dan As-Sunnah dari peringkat usia 10 tahun adalah sebagai latihan ke arah memantapkan lagi pelaksanaan ibadah di kalangan murid-murid. 

Kem Bestari Solat ini dilaksanakan bagi memastikan murid tahun 1 hingga 6 mendapat pendedahan serta mengaplikasikan ibadah solat dalam kehidupan seharian dengan sempurna. Di dalam kem ini akan menitik beratkan teori dan amali yang betul bagi melaksanakan solat harian yakni termasuklah dari segi bacaan, perbuatan, rukun, ilmu pengetahuan dan penghayatan solat.