Sejarah Sekolah

Sekolah Kebangsaan Tanjung Aru telah dibina   pada   tahun  1952, dikenali  sebagai  GOVERNMENT PRIMARY SCHOOL TANJUNG ARU. Pembinaan ini diasaskan oleh kerajaan British yang pada waktu itu memerintah negeri Sabah.

Blok bangunan yang pertama dibina pada tahun 1952 dikenali sebagai government primary school Tanjung Aru menggunakan Bahasa Melayu sebagai bahasa pengantarnya. Pada tahun 1954 blok bangunan yang kedua dibina bersebelahan padang sekolah. Bangunan ini siap  setahun kemudian iaitu  pada tahun 1955.Blok bangunan ini dikenali  dengan nama   GOVERNMENT   PRIMARY  ENGLISH SCHOOL TANJUNG ARU ( G.P.E.S )  menggunakan bahasa  Inggeris sabagai bahasa pengantar.

Menjelang tahun 1970, Government Primary English Tanjung Aru telah menggunakan Bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar untuk darjah satu. Menjelang tahun 1976, kedua-dua blok ini telah bergabung dan menggunakan Basaha Melayu sebagai bahasa pengantar.

Sekolah ini mempunyai keunikan yang tersendiri iaitu  merupakan  sekolah kerajaan yang tertua di daerah Kota Kinabalu. Bangunan-bangunan sekolah yang  dipisahkan oleh  padang  sekolah.   Sehingga kini bangunan asal sekolah masih tidak berubah dan dikenali sebagai “SEKOLAH BERSEJARAH”.

Pada  20 Februari 1995, sekolah baru telah dibina   berhampiran sekolah dengan nama Sekolah Kebangsaan  Tanjung   Aru  2.  Oleh itu,   Sekolah   Tanjung  Aru ditukarkan  kepada  nama  Sekolah  Kebangsaan Tanjung Aru 1 atau lebih dikenali sebagai STAR1. 

SK Tanjung Aru 1 telah terpilih untuk melaksanakan Program TS25 Kohot 3 pada hujung tahun 2017. Program Transformasi Sekolah 2025 (TS25)  merupakan  sebahagian   daripada  usaha Kementerian Pendidikan Malaysia ke arah meningkatkan kemenjadian murid dan sekolah berkualiti.

Mengaplikasikan amalan terbaik dalam pelaksanaan pengurusan dan kepimpinan serta pedagogi dalam pembelajaran dan pengajaran (PdP) selari dengan hasrat yang terkandung   dalam Pelan  Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013 – 2025

KEKUATAN BILANGAN ANGGOTA WARGA STAR1 2024/2025

JUMLAH GURU: 54  ORANG

JUMLAH AKP: 6  ORANG

JUMLAH MURID: 834 ORAN