Program Keselamatan Jalan Raya 2023

𝗣π—₯π—’π—šπ—₯𝗔𝗠 π—žπ—˜π—¦π—˜π—Ÿπ—”π— π—”π—§π—”π—‘ π—π—”π—Ÿπ—”π—‘ π—₯𝗔𝗬𝗔 (PKJR) π—•π—˜π—₯𝗦𝗔𝗠𝗔 MURID-MURID π—¦π—˜π—žπ—’π—Ÿπ—”π—› π—žπ—˜π—•π—”π—‘π—šπ—¦π—”π—”π—‘ π—§π—”π—‘π—π—¨π—‘π—š 𝗔π—₯𝗨 𝟭 

TANJUNG ARU, 6 Disember 2023 - Sekolah Kebangsaan Tanjung Aru 1 menjemput Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Negeri Sabah untuk menyampaikan ceramah dan pameran sempena Program Keselamatan Jalan Raya bertempat di Dewan Terbuka SK Tanjung Aru 1, Kota Kinabalu, Sabah.

Seramai 830 orang pelajar dan 55 orang guru telah hadir ke program ini. Puan Siti Zuraidah binti Sadi, Pegawai Unit Keselamatan Jalan Raya dan Korporat (UKJRK) JPJ Negeri Sabah menyampaikan ceramah keselamatan jalan raya yang merangkumi topik Tips Keselamatan Pejalan Kaki, Tips Keselamatan Berbasikal, Cara Pemakaian Topi Keledar Yang Selamat, Pemakaian Tali Pinggang Keledar dan Kerusi Keselamatan Kanak-Kanak serta Informasi Tentang Kenderaan Mikromobiliti.

Di samping itu, sesi pameran yang dikendalikan oleh Puan Farleeza binti Ramley, Pegawai UKJRK JPJ Negeri Sabah merangkumi taklimat dan mempamerkan Peralatan Kit Keselamatan Kenderaan, Tips Pemilihan Topi Keledar Motosikal Yang Selamat Digunakan dan Peralatan Keselamatan Berbasikal.

Aktiviti lain seperti demonstrasi pemakaian topi keledar motosikal bersama pelajar dan sesi soal jawab kuiz turut diadakan bagi menguji dan memantapkan kefahaman para peserta program tentang keselamatan di atas jalan raya.

Pegawai UKJRK JPJ turut mengikuti Sesi Pengawasan Pelajar Pulang Dari Sekolah bagi memastikan ibu bapa mengiringi pelajar keluar dari premis sekolah untuk mengelakkan sebarang kemalangan yang tidak diingini berlaku.

Tahniah dan terima kasih diucapkan kepada YBrs. Encik Maklin bin Daud, Guru Besar SK Tanjung Aru 1, Pihak PIBG SK Tanjung Aru 1 dan barisan urus setia atas jemputan dan komitmen dalam menjayakan program. Semoga ilmu yang disampaikan dapat meningkatkan kesedaran dan pengetahuan belia Malaysia berkenaan kepentingan menjaga keselamatan di atas jalan raya.