PENDAFTARAN DAN TAKLIMAT KEPADA PESERTA PERKHEMAHAN PERDANA STAR 1 2023 

By Admin STAR1 2023

25.11.2023, Jam 7:30 pagi : Pendaftaran Peserta Perkhemahan yang dikendalikan oleh AJK Pendaftaran dan AJK Penginapan

Semua peserta dipanggil untuk mendengar taklimat berkaitan peraturan –peraturan yang perlu dipatuhi oleh para peserta sepanjang kem berlangsung.

Taklimat ini telah disampaikan oleh Kem Komandan, Cikgu Mohd Nazry Bin Sulaiman seterusnya melantik Ketua dan Timbalan dari kalangan peserta yang mempunyai ciri-ciri kepimpinan.

AKTIVITI MEMASANG DAN MENDIRIKAN KHEMAH

By Admin STAR1 2023

25.11.2022, Jam 9.00 pagi  : Aktiviti memasang dan mendirikan khemah sepatutnya dilaksanakan di kawasan tapak perkhemahan yang telah ditetapkan. Namun disebabkan hujan lebat, aktiviti ini terpaksa di ubah ke Dewan Terbuka STAR1. Tujuan aktiviti ini dilakukan adalah untuk menilai kemahiran peserta memasang khemah pasang siap selain memupuk sikap kerjasama di kalangan peserta perkhemahan.