MAJLIS PELANTIKAN PEMIMPIN MUDA
By Admin STAR1 2023
By Admin STAR1 2023
Majlis Pelantikan Pemimpin Muda merupakan satu aktiviti tahunan bagi mencungkil bakat kepimpinan serta memaklumkan pada mereka akan tanggungjawab dan tugas yang perlu digalas.
Berikut ialah butiran majlis.
Hari : 10 April 2023
Masa : 8.00 pagi.
Tempat : Dewan SK Tanjung Aru 1
Senarai pemimpin muda yang terlibat :
Pengawas Sekolah
Pengawas Pusat Sumber
Pembimbing Rakan Sebaya (PRS)
Ketua dan Penolong Ketua Kelas
Majlis disempurnakan oleh Guru Besar SK Tanjung Aru 1.
Tahniah atas pelantikan dan selamat menjalankan tugas!
By Admin STAR1 2022
Majlis Pelantikan Pemimpin Muda merupakan satu aktiviti tahunan bagi mencungkil bakat kepimpinan serta memaklumkan pada mereka akan tanggungjawab dan tugas yang perlu digalas.
Berikut ialah butiran majlis.
Hari : 18 Oktober 2022
Masa : 8.00 pagi.
Tempat : Dewan SK Tanjung Aru 1
Senarai pemimpin muda yang terlibat :
Pengawas Sekolah
Pengawas Pusat Sumber
Pembimbing Rakan Sebaya (PRS)
Ketua dan Penolong Ketua Kelas
Majlis didahului dengan Ceramah Kepimpinan oleh penceramah jemputan.
Tahniah atas pelantikan dan selamat menjalankan tugas!
MAJLIS PERPISAHAN
JASAMU DIKENANG
31 OKTOBER 2022
By Admin STAR1 2022
Tanggal 31 Oktober 2022, warga SRAT1 meraikan dua orang guru yang berpindah dan berpencen. Tahniah diucapkan kepada Cikgu Sabri Bahrin yang dinaikkan pangkat sebagai Guru Penolong Kanan Ko-Kurikulum di Sekolah Kebangsaan Lok Yuk Inanam. Teacher Siti Khadijah Norain Binti Mohd Yaakub yang memilih bersara awal, terima kasih di atas jasa yang telah dicurahkan sepanjang perkhidmatan di SK Tanjung Aru 1. Sesungguhnya seluruh warga STAR1 terasa kehilangan kalian berdua tetapi sudah menjadi lumrah , yang bertemu akan berpisah jua. TERIMA KASIH CIKGU.
By Admin STAR1 2023
Program ini merupakan satu aktiviti yang dianjurkan oleh Unit Hal Ehwal Murid (HEM) dan Unit Bimbingan & Kaunseling . Program ini melibatkan semua pengawas sekolah yang telah dilantik bagi sesi persekolahan 2023/2024 Tujuan utama penganjuran kursus ini ialah untuk memberi pendedahan cara membantu pengendalian tugas yang pelbagai kepada pengawas, Ketua dan Penolong Ketua Kelas, Pengawas Pusat Sumber dan Pembimbing Rakan Sebaya sebagai panduan dan bekalan untuk menghadapi cabaran memikul tugas dan tanggungjawab sebagai seorang pemimpin. Oleh yang demikian program ini khususnya dirancang untuk meningkatkan kemahiran dalam kepimpinan pengetahuan dan menambah pengalaman serta memantapkan murid.
Pertambahan ilmu adalah salah satu cara yang dapat memantapkan kemahiran terhadap tugas mereka. Maka kursus kepimpinan ini sangat sesuai dilaksanakan. Semoga usaha ini akan memberi manfaat dan hasil kejayaan yang cemerlang dalam menjalankan tugas murni mereka dari masa ke semasa demi mengharumkan nama sekolah.
Objektif Program:
Mengetahui nilai-nilai serta ciri-ciri seorang pemimpin yang boleh dijadikan tauladan.
Mempraktikkan ciri pemimpin berdasarkan situasi.
Mengetahui tugasan mereka selaku pemimpin sekolah.
Tarikh : 06.04.2023
Hari : Khamis
Masa : 7:30-9:00 pagi
Tempat : Dewan Sekolah STAR 1
Sasaran :
Ketua dan Penolong Ketua Kelas
Pengawas
Pengawas Pusat Sumber
Pembimbing Rakan Sebaya
29 NOVEMBER 2022
By Admin STAR1 2022
Program Kem Bestari Solat merupakan satu bentuk aktiviti ko-kurikulum bagi murid-murid tahun 1 hingga tahun 6. Tujuan pelaksanaannya ialah untuk menerapkan aspek solat di kalangan murid. Pelaksanaan seawal unur 7 tahun adalah bertepatan dengan ajaran Al-Quran dan As-Sunnah dari peringkat usia 10 tahun adalah sebagai latihan ke arah memantapkan lagi pelaksanaan ibadah di kalangan murid-murid.
Kem Bestari Solat ini dilaksanakan bagi memastikan murid tahun 1 hingga 6 mendapat pendedahan serta mengaplikasikan ibadah solat dalam kehidupan seharian dengan sempurna. Di dalam kem ini akan menitik beratkan teori dan amali yang betul bagi melaksanakan solat harian yakni termasuklah dari segi bacaan, perbuatan, rukun, ilmu pengetahuan dan penghayatan solat.
21 MAC 2023
By Admin STAR1 2023
Majlis Penyerahan Tong Kitar Semula sempena Projek Perintis Pengasingan Sisa Pepejal dan Kitar Semula kepada SK Tanjung Aru 1, Kota Kinabalu, Sabah yang disempurnakan oleh TN Zainudin Goyoh, Pengarah Bhgn Hal Ehwal Korporat DBKK.
Projek ini adalah tanda komitmen DBKK dan Meraki Daat Sabah untuk wujudkan komuniti indah, bersih dan lestari serta memupuk rasa tanggungjawab menjaga alam sekitar khasnya di kalangan warga STAR1.
07 HINGGA 11 NOVEMBER 2022
By Admin STAR1 2022
Pengetahuan sejarah amat penting untuk diserapkan dalam jiwa murid-murid bermula daripada peringkat sekolah rendah. Bak kata pepatah, “melentur buluh biarlah daripada rebungnya,”. Melalui penerapan pengetahuan sejarah ini, murid-murid akan dapat mengetahui sejarah negara kita seterusnya dapat memupuk semangat patriotisme yang tinggi dalam kalangan murid-murid terutamanya pada peringkat sekolah rendah. Maka, program “ Jom Kenali Sejarah Negara” diadakan bagi memupuk semangat patriotisme dalam kalangan murid-murid Tahap Dua SK Tanjung Aru 1.
Antara objektif yang ingin dicapai melalui program ini
ialah:
Memupuk semangat patriotisme dalam kalangan murid.
Merangsang murid dalam membaca dan mengetahui sejarah negara.
Memberikan kesedaran kepada murid tentang betapa pentingnya matapelajaran sejarah.
Mempertingkatkan pengetahuan am murid melalui pembacaan informasi yang tepat dan maklumat yang sahih.
Aktiviti Program
- Info Buletin Sejarah
- Kuiz Dalam Talian (Quizzi)
- Membina Model Alatan Tradisional
- Teka silangkata
- Pameran Permainan Tradisional
01 NOVEMBER 2022
By Admin STAR1 2022
Minggu Sains merupakan satu aktiviti yang dapat memberi pendedahan kepada murid berkaitan dengan mata pelajaran Sains dalam kehidupan seharian. Di samping itu juga dapat melahirkan murid yang minat Sains serta menghargai Sains terhadap manusia. Sehubungan dengan itu Panitia Sains Sekolah Kebangsaan Tanjung Aru 1 mengambil inisiatif menjalankan program Minggu Sains sebagai pemangkin dalam melahirkan murid yang berketrampilan, kreatif dan inovatif.
Antara objektif diadakan program Minggu Sains ini ialah untuk:
1. Meningkatkan pencapaian mata pelajaran Sains bagi semua murid Sekolah Kebangsaan menerusi aktiviti-aktiviti yang dijalankan.
2. Membuang tanggapan bahawa mata pelajaran Sains adalah susah sebaliknya sangat menarik untuk dipelajari.
3. Memberi pengalaman menarik kepada murid melakukan hands-on experiment melalui aktiviti yang dijalankan.
4. Menjana minda kreatif dan inovatif dalam kalangan murid.
5. Memupuk kesedaran murid untuk mencintai alam sekitar anugerah Tuhan menerusi penerapan nilai murni dalam aktiviti yang berkaitan dengan kitar semula.
6. Memupuk nilai-nilai murni dalam kalangan murid seperti sikap bekerjasama, berkeyakinan dan bantu membantu.
Antara aktiviti yang dijalankan ialah mengadakan Program Jom Kitar Semula dengan kerjasama Unit 3K Sekolah Kebangsaan Tanjung Aru 1 untuk memberi kesedaran kepada murid bertapa pentingnya menjaga alam sekitar.