NILAM
ANUGERAH TOKOH NILAM NEGERI KEDAH
PENGENALAN
Anugerah NILAM Peringkat Kebangsaan merupakan pengiktirafan tertinggi KPM dalam usaha membina tabiat membaca dalam kalangan murid selaras dengan hasrat negara melahirkan masyarakat bermaklumat, berpengetahuan, berfikiran kritis dan kreatif apabila Malaysia menjadi sebuah negara maju.
Seramai 64 peserta Anugerah NILAM Peringkat Kebangsaan 2024 akan terlibat dalam sesi pemilihan, melalui pencalonan oleh Pejabat Pendidikan Daerah, Jabatan Pendidikan Negeri Kedah pada tahun 2023.
Penilaian untuk memilih tokoh NILAM Kebangsaan dibuat secara bersemuka dimana para calon akan diverifikasi oleh penilai secara bersemuka. Pemilihan Tokoh NILAM Kebangsaan 2024 akan mengambil kira arahan terkini Kementerian Pendidikan Malaysia.
KEPUTUSAN TOKOH NILAM PERINGKAT NEGERI KEDAH TAHUN 2024
Jabatan Pendidikan Negeri Kedah mengucapkan TAHNIAH kepada semua pemenang dan kepada semua peserta yang telah layak sehingga keperingkat negeri.
KATEGORI BAHASA MELAYU SEKOLAH RENDAH
YASHICA A/P GOPALAKRISHNAN SK AIR MERAH
MUHAMMAD ADAM WAFIY BIN MOHD NASRI SK KEM LAPANGAN TERBANG
NUR ILYANA QISTINA BT MUHAMMAD TASDIQI SK PADANG SANAI
KATEGORI BAHASA MELAYU SEKOLAH MENENGAH
NURUL IFFAH MAZIAH BINTI CHE ANUAR SMK SULTAN BADLISHAH
NUR JANNAH ATYRAH BT ISMAIL SMK SYED MOHAMED AL BUKHARY
NUR ZAINATUL ASMA BINTI ZAMRI SMK IBRAHIM
KATEGORI BAHASA INGGERIS SEKOLAH RENDAH
MUHAMMAD IMAN RIZQ KHAIRI BIN MUHAMMAD ADLINSHAH ARUL
SK JALAN PEGAWAI
ISMAH BINTI BAKTI SK BDR BR DARULAMAN
NUR AFIFAH BINTI NORDIN SK LANAI
KATEGORI BAHASA INGGERIS SEKOLAH MENENGAH
DHAYANAN HEMRAAJ A/L DHANALARAJ SMK SULTAN BADLISHAH
SANJJHANA A/P MANIMARAN SMK CONVENT FATHER BARRE
JAYVAN LIANG WEY KOLEJ SULTAN ABDUL HAMID
TATACARA PENILAIAN ANUGERAH NILAM 2024
Murid diwajibkan memakai pakaian seragam sekolah.
Tarikh akhir muat naik folio calon adalah pada 30 April 2024 (peringkat Negeri Kedah) melalui pautan yang dimaklumkan.
Pemilhan di peringkat negeri akan dilaksanakan pada 6 - 8 Mei 2024 (peringkat Negeri Kedah) dan (tertakluk kepada perubahan tarikh)
Pemilihan diperingkat negeri akan dilaksanakan secara bersemuka dan semua peserta akan dinilai secara bersemuka
PENILAIAN ANUGERAH NILAM 2024
Penilaian Individu
Penilaian Individu diadakan selama 25 - 30 minit bagi setiap orang calon.
Calon diminta untuk menghujahkan pembacaan salah sebuah buku daripada lima pilihan. (Peserta pilih satu bahan bacaan sahaja). Peringatan penghujahan bahan bacaan yang dibaca tidak melebihi 10 minit.
Soalan terbuka. Penilai juga akan kaitkan soalan dengan isu semasa dengan bahan bacaan yang disampaikan oleh calon. Calon akan bersoal jawab dengan para hakim.
Penilaian bermula pada pukul 8.30 pagi. Penilaian murid akan dibuat mengikut jadual yang ditetapkan. Murid perlu bersedia 30 minit lebih awal daripada masa penilaian tersebut.
Pemarkahan
Isi Kandungan dan Pengolahan - (25%)
Penggunaan Bahasa - (20%)
Penyampaian/ Keupayaan Komunikasi - (20%)
Ketokohan dan Profil Murid - (10%)
Folio Murid - (25%)
PENCALONAN TOKOH NILAM 2025
Perlu didaftarkan oleh urus setia daerah sahaja
Tarikh tutup pencalonan SEPTEMBER 2024
Pencalonan perlu dibuat secara dalam talian melalui pautan yang akan dimaklumkan