Pengurusan Kewangan

PENGURUSAN KEWANGAN PUSAT SUMBER SEKOLAH


Kewangan Pusat Sumber perlu diuruskan secara kemas kini dan sistematik untuk memastikan  urusan  pentadbiran  dan  pengurusan  PSS  berjalan  dengan  sempurna  dan segala rancangan serta aktiviti dapat dilaksanakan sebaik mungkin. Penyelaras PSS perlu mengetahui sumber serta kedudukan kewangan PSS dan memahami prosedur penggunaan kewangan PSS. 

Bantuan Geran Per Kapita (PCG) merupakan bantuan kewangan yang diperuntukkan kepada setiap murid yang bersekolah di Sekolah Kerajaan atau Sekolah Bantuan Kerajaan. 

Pengurus Sekolah WAJIB memaklumkan kepada Ketua Bidang / Ketua Panitia / Guru Perpustakaan dan Media (GPM) dalam Mesyuarat Jawatankuasa Kewangan dan Akaun (JPKA) Sekolah mengenai jumlah peruntukan PCG yang diterima serta agihannya supaya perancangan perbelanjaan tahunan dapat dilakukan oleh Ketua Bidang / Ketua Panitia / Guru Perpustakaan dan Media (GPM) dan peruntukan yang diberikan itu dapat dimanfaatkan untuk murid sepenuhnya.

PCG yang layak dituntut terbahagi kepada dua kumpulan iaitu:

Maksud perbelanjaan bagi Kumpulan PCG Pusat Sumber Sekolah (Bukan Mata Pelajaran) adalah seperti yang diterangkan di dalam Surat Pekeliling Kewangan Bilangan 8/2012: Garis Panduan Pengurusan Kewangan Peruntukan Bantuan Persekolahan ke Sekolah berdasarkan Per Kapita dan Enrolmen Murid di bawah :


SPK BT 2 Garis Panduan Pengurusan Kewangan Peruntukan Bantuan Persekolahan Ke Sekolah Berdasarkan Per Kapita Dan Enrolmen Murid.pdf

SURAT PEKELILING KEWANGAN BILANGAN 8 TAHUN 2012


Garis Panduan Pengurusan Kewangan Peruntukan Bantuan Persekolahan Ke Sekolah Berdasarkan Per Kapita dan Enrolmen Murid.

Rujukan pintas :


YURAN KHAS (YKS)

Klik : Ringkasan

PROSEDUR KEWANGAN PUSAT SUMBER SEKOLAH



i.   PCG

ii.  YKS  (Yuran Khas Sekolah)




PENGURUSAN KEWANGAN PUSAT SUMBER SEKOLAH.pdf