GALAKAN MEMBACA

PROGRAM GALAKAN MEMBACA

GALAKAN MEMBACA

Aktiviti-aktiviti yang telah dilaksanakan dengan jayanya di sekolah perlu diterus, ditambah baik, diperluas dan ditambah dengan aktiviti-aktiviti baharu yang sesuai dengan perkembangan trend semasa. Usaha ini perlulah disokong dengan pelbagai promosi melalui media massa, media sosial serta penglibatan tokoh-tokoh ilmuan, professional, hiburan, sukan dan politik. Dalam konteks ini, pihak sekolah hendaklah melaksanakan aktiviti-aktiviti yang sesuai, praktis dan berkesan dalam menyemai, memupuk dan mengembang dan melestarikan budaya membaca.

PERANAN SEKOLAH

Kejayaan sesuatu program pembacaan dan aktiviti pengayaan selepas pembacaan banyak bergantung kepada pengurusan PSS yang cekap. Di samping Pengetua dan Guru Besar, peranan Guru Perpustakaan dan Media (GPM) amat penting untuk menerajui pengurusan PSS sebagai nadi penggerak aktiviti membaca. PSS diharapkan menyediakan wadah sebagai pusat ilmu, pusat penemuan, pusat pengajaran dan pembelajaran, pusat profesional serta pusat hubungan sosial. Pembangunan dan penyediaan sumber dan perkhidmatan PSS perlulah bersesuaian dengan konsep Bilik Darjah Abad 21 yang sedang dibangunkan secara berperingkat-peringkat di sekolah. Selain dari keperluan fizikal yang selesa, PSS juga perlu menjadi ”one stop centre” untuk penyediaan sumber dan juga koleksi bacaan yang mencukupi bagi kegunaan warga sekolah. Aktiviti seperti kemahiran penggunaan PSS dalam minggu orientasi murid baru harus dijalankan bagi meningkatkan keberkesanan PSS disamping aktiviti lain yang berterusan.

PERANAN IBU BAPA , PIBG DAN MASYARAKAT

Aktiviti membaca di sekolah akan menjadi lebih aktif dan berkesan sekiranya ada kesinambungan di luar persekitaran sekolah. Ibu bapa seharusnya menjadi model dan sumber inspirasi kepada anak-anak untuk terus membaca. Di samping memberi galakan dan dorongan secara berterusan, ibu bapa juga perlu meluangkan masa membaca bersama anak-anak dalam persekitaran rumah yang menggalakkan minat membaca. Agensi-agensi kerajaan dan bukan kerajaan juga berperanan untuk bersama-sama membentuk minat membaca kepada murid-murid dan juga masyarakat melalui penganjuran program-program pembacaan. Mereka yang terlibat dalam industri penerbitan dan penyediaan bahan bacaan turut memainkan peranan yang besar dalam membentuk, membudaya dan mengekalkan minat membaca dalam kalangan murid-murid kita. 

RASIONAL PELAKSANAAN

Suatu tamadun atau bangsa hanya dapat dibina melalui masyarakat yang mengamalkan budaya ilmu. Cara utama dalam membina budaya ilmu dalam sesebuah masyarakat berkemahiran tinggi ialah melalui amalan tabiat membaca yang berterusan. Kementerian Pendidikan telah melaksanakan pelbagai program galakan membaca seperti Anugerah NILAM Kebangsaan, Kem membaca 1 Malaysia, Kem Penulis Muda, Khemah Membaca, Kem Literasi Maklumat di sekolah-sekolah. Secara keseluruhan program-program galakan membaca yang dilaksanakan sebelum ini telah mencapai objektif yang disasarkan, namun demikian, masih terdapat keperluan untuk menambahbaik program bagi meningkatkan kualiti pembacaan. Kementerian Pendidikan perlu mencari pendekatan baharu bagi melaksanakan program galakan membaca yang lebih berkesa 

Menyedari hakikat bahawa terdapat keperluan untuk menambahbaik pelaksanaan program, perkara-perkara berikut menjadi asas pertimbangan dalam pelaksanaan NILAM di peringkat sekolah.