PANDUAN PENGURUSAN

PUSAT SUMBER SEKOLAH 

MENGAPA PERLUKAN PSS ?

Teras 3 : Kemiskinan berbilang dimensi B40 : malnutrisi, peranti & ruang belajar

Teras 4 : Keciciran Pendidikan & masalah literasi, merapatkan kesenjangan pendidikan

Teras 7 : Peningkatan keupayaan pendidikan digital di sekolah

Pusat Sumber Sekolah (PSS) merupakan penjana pembentukan masyarakat yang berilmu pengetahuan, gemar membaca dan berkemahiran maklumat sejajar dengan perkembangan teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) serta pendidikan abad ke-21. Penerapan dan pembudayaan teknologi pendidikan merupakan elemen penting dalam memartabatkan PSS sebagai nadi utama PDP dan pusat kecemerlangan

PEREKODAN NILAM DI SEKOLAH - ADVANCE INTEGRATED NILAM SYSTEM (AINS)

Kaedah perekodan NILAM telah dipermudahkan dan dipertingkatkan seiiring dengan kemajuan teknologi dan Dasar Pendidikan Digital (DPD) menggunakan medium perekodan ADVANCE INTEGRATED NILAM SYSTEM (AINS) yang akan dilaksanakan oleh semua murid sekolah KPM melalui Surat hebahan KPM.600-8/20/2 Jld.5 (76) bertarikh 2 Mei 2024.

YB Fadhlina Sidek, Menteri Pendidikan Malaysia telah melancarkan Advance Integrated NILAM System (AINS) pada 19 Mac 2024. Sistem ini akan memberi pengiktirafan kepada kuantiti pembacaan dan aktiviti pengayaan selepas pembacaan dengan penambahan elemen-elemen baharu seperti Al dan gamifikasi. Sistem AINS membantu memudahkan urusan guru untuk mengesahkan bacaan dan aktiviti pengayaan murid. Pengiktirafan bintang dan sijil disediakan secara dalam talian sejurus aktiviti lengkap dilaksanakan. Melalui paparan dashboard yang disediakan, rekod bacaan, bintang pengiktirafan dan penarafan tahap pencapaian NILAM murid di peringkat sekolah, daerah, negeri dan kebangsaan dapat dipantau secara 'real time'. Maklumat dan tatacara penggunaan AINS adalah seperti berikut :


PERKONGSIAN ILMU GPM KEDAH

Klik di sini  untuk mengikuti siri perkongsian oleh Guru Perpustakaan dan Media (GPM) negeri Kedah. Semoga perkongsian ini akan memberi panduan kepada semua GPM dalam melaksanakan tugas sebagai GPM dengan baik

Panduan Pelaksanaan TVPSS

BILANGAN PENGUNJUNG PORTAL PANDUAN PENGURUSAN PSS :