NILAM

NILAM

PELAKSANAAN PROGRAM NILAM

Teras 4 : Keciciran Pendidikan & masalah literasi, merapatkan kesenjangan pendidikan


MySG  I  HR09 | Guru Perpustakaan & Media : 83 (SK) , 107 (SMK)

Tugas Utama (Khusus) : Perkara 5 & 6


Merancang dan mengurus program pembacaan (Program NILAM) dan pembudayaan ilmu.

&

Menghantar data dan laporan pelaksanaan program PSS dan program NILAM kepada

BSTP melalui PPD dan JPN.

MATLAMAT

Matlamat Program NILAM yang ialah melestarikan budaya membaca sepanjang hayat dalam kalangan murid-murid selaras dengan hasrat Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025 (PPPM 2013-2025) 

OBJEKTIF

Pelaksanaan program-program galakan pembacaan berkualiti bertujuan untuk :-

KAEDAH PELAKSANAAN

Pelaksanaan Program NILAM di peringkat negeri dilaksanakan di bawah seliaan USTP Daerah dan SSTP JPN dengan kerjasama dan pemantauan oleh BSTP dan rangkaiannya sebagai urus setia. Pelaksanaan program NILAM di peringkat JPN dan BSTP serta rangkaiannya termasuklah memastikan pelaksanaan program NILAM itu sendiri seperti yang telah dinyatakan dalam Surat Pekeliling Ikhtisas Bil.1/2005, menyelia, menilai dan melapor untuk tujuan penambahbaikan dan penyuburan. Dokumen panduan pelaksanaan program perlu disediakan mengikut kesesuaian sekolah. Walau bagaimanapun kerangka asas yang menjadi asas kepada konsep dan pelaksanaan Program NILAM yang ditambahbaik yang disediakan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia perlulah dipatuhi. Sekolah juga boleh menghasilkan aktiviti yang berkesan dan inovatif mengikut kreativiti masing-masing.

PEREKODAN NILAM DI SEKOLAH - ADVANCE INTEGRATED NILAM SYSTEM (AINS)

Bermula 5 Ogos 2019, perekodan NILAM telah dipermudahkan  dan dipertingkatkan seiiring dengan kemajuan teknologi dan Dasar Pendidikan Digital (DPD) menggunakan medium perekodan ADVANCE INTEGRATED NILAM SYSTEM (AINS) yang  dilaksanakan oleh semua murid sekolah KPM. Surat hebahan KPM.600-8/20/2 Jld.5 (76) bertarikh 2 Mei 2024.

YB Fadhlina Sidek, Menteri Pendidikan Malaysia telah melancarkan Advance Integrated NILAM System (AINS) pada 19 Mac 2024. Sistem ini akan memberi pengiktirafan kepada kuantiti pembacaan dan aktiviti pengayaan selepas pembacaan dengan penambahan elemen-elemen baharu seperti Al dan gamifikasi. Sistem AINS membantu memudahkan urusan guru untuk mengesahkan bacaan dan aktiviti pengayaan murid. Pengiktirafan bintang dan sijil disediakan secara dalam talian sejurus aktiviti lengkap dilaksanakan. Melalui paparan dashboard yang disediakan, rekod bacaan, bintang pengiktirafan dan penarafan tahap pencapaian NILAM murid di peringkat sekolah, daerah, negeri dan kebangsaan dapat dipantau secara 'real time'. Maklumat dan tatacara penggunaan AINS adalah seperti berikut :

SASARAN PURATA BAHAN BACAAN 

JPN Kedah melalui Mesyuarat Jawatankuasa Induk Galakan Membaca Bil. 2/2022 telah memutuskan untuk menetapkan purata bahan bacaan NILAM bagi murid-murid sekolah Negeri Kedah adalah  lebih banyak daripada KPI purata bacaan kebangsaan.

** Kaedah penetapan KPI adalah : Bilangan ( 50 bahan X 3 tahun ) bersamaan 150 bahan bacaan ( 1 bintang )**

AKTIVITI GALAKAN MEMBACA

CADANGAN PELAKSANAAN AKTIVITI PENGAYAAN SELEPAS PEMBACAAN

Bagi menilai keberhasilan aktiviti pembacaan murid-murid, aktiviti-aktiviti pengayaan selepas pembacaan perlu dilaksanakan. Pelaksanaan dan penilaian aktiviti-aktiviti ini memerlukan penglibatan semua guru (di sekolah) dan juga ibu bapa ( di luar sekolah) 

Contoh aktiviti pengayaaan selepas pembacaan

a. Bercerita

Bercerita kepada rakan / pendengar tentang isi cerita sesebuah buku. 


b. Membaca Bersama

Aktiviti membaca sebuah buku secara bersama-sama .


c. Ulasan Buku


d. Bicara Buku / Diskusi Buku Membicarakan buku yang telah dibaca berdasarkan sekurang-kurangnya satu daripada aspek berikut :  


e. Syarahan Menyampaikan syarahan mengenai sesuatu topik berdasarkan pembacaan dan rujukan daripada beberapa buah buku.


f. Forum Merupakan perbincangan terbuka sama ada diperingkat sekolah atau peringkat yang lebih tinggi.  

g. Lakonan / Sketsa  Sekumpulan murid melakonkan semula watak-watak berdasarkan:  


h. Deklamasi Sajak Deklamasi sajak dijalankan di dalam kelas, dewan perhimpunan, atau di peringkat yang lebih tinggi.  


i. Berpantun Berpantun dijalankan di dalam kelas, dewan perhimpunan, atau di peringkat yang lebih tinggi.  


j. Mencipta Lirik Lagu dan Persembahan. 


k. Radio Sekolah Radio Sekolah dijalankan di dalam bilik khas, bilik audio, studio sekolah, atau tempat yang telah disediakan. Radio sekolah merupakan program yang mengasah bakat murid menjadi seorang penyampai radio. Bahan persembahan boleh terdiri daripada promosi bahan-bahan di pusat sumber atau program-program sekolah.  

TUGASAN 3

Akan dibentangkan dalam perjumpaan PLC