PERTANDINGAN PEMBACA BESTARI NEGERI KEDAH
PENGENALAN
Pertandingan Pembaca Bestari Peringkat Kebangsaan merupakan pengiktirafan KPM dalam usaha membina tabiat membaca dalam kalangan murid selaras dengan hasrat negara melahirkan masyarakat bermaklumat, berpengetahuan, berfikiran kritis dan kreatif.
Seramai 40 peserta Pertandingan Pembaca Bestari Peringkat Negeri Kedah akan terlibat dalam sesi pemilihan, melalui pencalonan oleh Pejabat Pendidikan Daerah, Jabatan Pendidikan Negeri Kedah pada tahun 2025.
Penilaian untuk memilih Pembaca Bestari Kebangsaan dibuat secara dalam talian dimana para calon akan diverifikasi oleh penilai secara dalam talian. Pertandingan Pembaca Bestari Peringkat Negeri 2025 akan mengambil kira arahan terkini Kementerian Pendidikan Malaysia.
PELAKSANAAN PERTANDINGAN PEMBACA BESTARI
PERINGKAT NEGERI KEDAH TAHUN 2025
KATEGORI PERTANDINGAN PEMBACA BESTARI 2025
Pertandingan ini khusus untuk murid sekolah rendah dan menengah yang terbahagi kepada empat (4) kategori secara individu seperti berikut:
a. Sekolah Rendah Bahasa Melayu
b. Sekolah Rendah Bahasa Inggeris
c. Sekolah Menengah Bahasa Melayu
d. Sekolah Menengah Bahasa Inggeris
Penilaian untuk memilih pemenang tempat pertama, kedua dan ketiga akan dibuat secara bersemuka dimana para calon akan dinilai oleh penilai secara bersemuka. Johan setiap kategori akan mewakili Negeri Kedah ke Pertandingan Pembaca Bestari Peringkat Kebangsaan Tahun 2026.
SYARAT PENYERTAAN PERTANDINGAN PEMBACA BESTARI 2025
Penilaian Individu
Penyertaan murid sekolah rendah dan sekolah menengah
Sekolah rendah ( Tahun 4 dan 5 )
Sekolah menengah ( Tingkatan 1 - 4 )
Calon telah membaca dan membuat perekodan bacaan sekurang-kurangnya 200 bahan bacaan melalui Advanced Integrated Nilam System (AINS).
Terbuka kepada sekolah-sekolah yang mendaftar di bawah Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM).
Setiap daerah perlu mencalonkan melalui portal yang disediakan sahaja. Calon juga perlu memuat naik salinan kad pengenalan/ MyKID / sijil kelahiran melalui google form yang disediakan.
Keputusan panel hakim adalah muktamad.
PENILAIAN PEMBACA BESTARI 2025
Penilaian Individu
Penilaian akan dibuat pada bulan September 2025. Pelaksanaan pemilihan pembaca bestari tahun 2025 akan dilaksanakan secara bersemuka. Penilaian secara Individu akan diadakan selama 15-20 minit bagi setiap orang calon.
Calon diminta untuk menyediakan tiga (3) judul buku. Hakim akan memilih salah sebuah judul untuk penghujahan. Ketiga-tiga buku tersebut perlu disertakan rumusan/ sinopsis tidak melebihi 500 patah perkataan.
Hakim boleh mengaitkan apa-apa soalan dengan bahan bacaan yang disampaikan oleh calon.
Penilaian akan dibuat mengikut jadual giliran melalui pengundian yang akan diadakan. Calon perlu bersedia 30 minit lebih awal daripada masa penilaian yang sepatutnya.
Calon diwajibkan memakai pakaian seragam sekolah.
Pemarkahan
Isi Kandungan dan Pengolahan - (40%)
Penggunaan Bahasa - (20%)
Penyampaian/ Keupayaan Komunikasi - (30%)
Ketokohan dan Profil Murid - (10%)
Folio Murid - Pelengkap
PENCALONAN TOKOH NILAM 2025
Perlu didaftarkan oleh urus setia daerah sahaja
Tarikh tutup pencalonan 30 Ogos 2025
Pencalonan perlu dibuat secara dalam talian melalui pautan yang akan dimaklumkan