BICARA BUKU 2025
PENGENALAN
Pertandingan Bicara Buku dijalankan bertujuan untuk menggalak dan melahirkan murid-murid yang mampu menyampaikan idea dan pandangan serta dapat melestarikan budaya pembacaan berkualiti. Menerusi pertandingan ini juga akan dapat membantu murid dalam proses pencarian ilmu pengetahuan dan literasi maklumat.
OBJEKTIF
Mencungkil bakat dan kreativiti murid dalam bicara buku bersahaja dan meyakinkan.
Melestarikan budaya pembacaan berkualiti dalam kalangan murid sekolah secara berterusan.
Membina keyakinan diri dan semangat juang yang tinggi serta berdaya saing dalam kalangan murid.
Meningkatkan kemahiran berbahasa iaitu mendengar, bertutur dan membaca.
KATEGORI
Pertandingan ini khusus untuk murid sekolah rendah dan menengah (Tahun 1 - Tingkatan 4) yang terbahagi kepada empat (4) kategori secara individu seperti berikut :
a. Sekolah Rendah Bahasa Melayu
b. Sekolah Rendah Bahasa Inggeris
c. Sekolah Menengah Bahasa Melayu
d. Sekolah Menengah Bahasa Inggeri
SYARAT-SYARAT
Penyertaan murid sekolah rendah dan sekolah menengah (Tahun 1 – Tingkatan 5).
Calon telah membaca dan membuat perekodan bacaan sekurang-kurangnya 200 bahan bacaan melalui Advanced Integrated Nilam System (AINS).
Terbuka kepada sekolah-sekolah yang mendaftar di bawah Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM).
Tema : bebas dan mesti bersesuaian dengan tahap murid.
Durasi video youtube mestilah tidak melebihi 6:00 minit.
Peserta boleh berpakaian sekolah atau mengikut tema.
Idea dan kreativiti untuk mengulas kandungan buku mestilah asli dan bersesuaian.
Latar belakang/ muzik latar dibenarkan tetapi mestilah tidak secara berlebihan dan mengganggu bicara buku.
Rakaman bicara buku mestilah terus menerus tanpa suntingan.
Kandungan yang perlu ada dalam youtube adalah seperti berikut:
a) Nama murid
b) Nama dan kod sekolah
c) Tajuk buku
Pihak penyelaras negeri perlu memasukkan pautan (link) video bicara ke dalam google form yang disediakan. Video tersebut mestilah dimuat naik ke saluran Youtube TV PSS masing-masing.
Keputusan panel hakim adalah muktamad.
Tarikh akhir menghantar pencalonan peserta peringkat Negeri Kedah adalah pada 30 OGOS 2025
KANDUNGAN VIDEO
Kandungan yang perlu ada dalam video / youtube ialah :
Nama murid
Nama sekolah dan Kod sekolah
Tajuk buku
ASPEK PEMARKAHAN
Teknik Persembahan - 20 markah
Bahasa dan Pertuturan - 20 markah
Penghayatan cerita - 20 markah
Interaksi dengan audiens - 15 markah
Mesej/ Nilai dalam cerita - 5 markah
Tempo penceritaan/ Perkembangan cerita - 10 markah
Kawalan suara - 10 markah
Folio calon (power point) - Pelengkap