Fail Kuasa

PENGENALAN KEPADA FAIL KUASA (PANDUAN)


Fail kuasa  merupakan satu aspek penting yang perlu dititikberatkan dalam pengurusan dan pentadbiran sesebuah pusat sumber sekolah (PSS). Fail Kuasa merupakan rekod penting tentang dasar / polisi dan keputusan-keputusan yang diambil mengenai satu-satu prosedur PSS.


Fail Kuasa merupakan satu rekod tentang penyataan dasar dan keputusan yang diambil tentang satu-satu prosedur PSS. Fail Kuasa PSS harus dirangka secara kolektif oleh Ahli Jawatankuasa PSS dan perlu diubah suai dari semasa ke semasa mengikut keperluan PSS berkenaan. Dengan itu segala perkhidmatan, proses kerja, program dan aktiviti yang dirancang dilaksanakan mengikut landasan yang ditetapkan dalam Fail Kuasa.


TUJUAN FAIL KUASA (PANDUAN PENGURUSAN PSS)


Fail Kuasa PSS disediakan dengan tujuan :


1.    Tidak menjejaskan pengurusan PSS apabila berlaku pertukaran Guru Perpustakaan dan Media.

2.    GPM baharu dapat terus menyambung kerja dan tugas dengan merujuk Fail Kuasa yang disediakan .

3.    Mengelak berlakunya percanggahan idea dalam proses kerja dalam kalangan ahli jawatankuasa dan kakitangan PSS

4.    Dapat mewujudkan satu penyelarasan dan kesinambungan dalam pengurusan dan pentadbiran PSS 


KANDUNGAN FAIL KUASA PUSAT SUMBER SEKOLAH



*Rujukan: Buku Panduan Pengurusan  Pusat Sumber Sekolah Abad ke-21 (ms23-ms33)


## Sila kenalpasti dimanakah lokasi Fail Kuasa PSS sekolah anda 

## Hubungi USTP jika terdapat sebarang masalah