Pengelasan

PENGENALAN

Tujuan Pengelasan ini adalah untuk memudahkan orang yang bertugas di perpustakaan atau orang yang mencari buku untuk mengesan dan mencapai buku yang terdapat di perpustakaan dengan mudah dan cepat 


Buku-buku rujukan biasanya dikelaskan sebagai satu bahan khas, dan ada peraturan khas untuk meminjamnya. Buku ini biasanya dibezakan daripada koleksi lain dengan menambahkan ‘R’ sebelum nombor pengelasannya.

Nombor pengelasan (DDC) bagi Fiksyen Melayu ialah 899.23. Biasanya sepertiga daripada koleksi PSS di sekolah rendah, ialah fiksyen. Untuk memudahkan kerja, pustakawan / GPM boleh menggantikan nombor ‘899.23’ kepada ‘F’.

Dengan perkembangan teknologi maklumat yang pesat, bentuk media juga turut berubah. Supaya mudah diakses, bahan-bahan seperti kaset video, kaset audio, cakra padat dan lain-lain perlu dikhaskan kelas dan tempatnya.

Bagi mereka yang baru menjadi guru perpustakaan, bolehlah untuk merujuk sistem pengkelasan perpuluhan dewey ini untuk menyemak semua buku-buku yang terdapat di perpustakaan sama ada betul atau tidak. 

SISTEM PERPULUHAN DEWEY (DDC)

Terdapat 2 sistem pengelasan yang terkena iaitu Sistem Pengkelasan Perpuluhan Dewey (Dewey Decimal Classification System-DDC) dan Library of Congress Classification System (LCC). Kementerian Pendidikan Malaysia telah memilih DDC kerana mudah difahami dan kesesuaiannya dengan koleksi sekolah. Melbille Luis Kossuth Dewey telah mencipta satu sistem pengelasan buku bahawasanya sistem pengelasan ini telah digunakan oleh kebanyakan perpustakaan. Beliau telah memberikan nombor pengelasan berdasarkan perkara supaya semua bahan buku dan bukan buku dapat disusun dalam tempat-tempat tertentu agar kita tidak keliru dengan semua jenis-jenis buku. Sistem ini merangkumi semua bidang pengetahuan dan dapat memberi ruang kepada perkara-perkara yang baru dari semasa ke samasa. Di bawah merupakan contoh pengkelasan DEWEY mengikut kategori buku. 

Klik disini : Untuk dapatkan bahan No Pengkelasan Perpuluhan DEWEY

Contoh pelabelan Sistem DEWEY

PSS Chamber of knowledge, SMK Sultanah Bahiyah

NOMBOR PANGGILAN

Tahukah anda?

Pengelasan ialah proses mengumpul bahan-bahan perpustakaan mengikut susunan tertentu secara teratur dengan tujuan menentukan bahab-bahan tersusun dalam satu kelompok yang sama

Nombor Panggilan ialah setiap bahan diberi nombor panggilan yang mengandungi nombor pengelasan dan nombor buku  berdasarkan Sistem Pengkelasan Perpuluhan DEWEY   

KEPERLUAN PENGELASAN

KENAPA PERLU MELAKUKAN PENGELASAN DI PUSAT SUMBER SEKOLAH?

Sistem pengelasan dalam ilmu Sains Perpustakaan adalah bertujuan

APAKAH PENGELASAN BAHAN?

MAKLUMAT PENGETAHUAN AM

PEMBERIAN NOMBOR INTERNATIONAL STANDARD BOOK NUMBER (ISBN)

Apakah Itu ISBN?

International Standard Book Number atau dikenali sebagai ISBN adalah satu nombor piawaian antarabangsa yang unik bagi pengenalan kepada sesebuah buku yang diterbitkan oleh penerbit tertentu.

ISBN diperoleh daripada Agensi ISBN Antarabangsa yang berpusat di London. Perpustakaan Negara Malaysia telah dilantik sebagai Pusat Kebangsaan ISBN di Malaysia mulai Ogos 1982.

ISBN yang telah diberikan hendaklah dicetak di kulit belakang buku.

Contoh ISBN:

ISBN 978-983-99557-1-2
ISBN 978-967-5492-39-6
ISBN 978-967-491-068-6

Struktur ISBN

Setiap ISBN mengandungi 13 angka dan didahului dengan perkataan ISBN dalam huruf tebal. ISBN 13 angka ini dibahagikan kepada lima (5) bahagian dan setiap bahagian dipisahkan dengan tanda sempang.

Bahagian-bahagian tersebut adalah:


Bahagian I : Kod Industri Buku

Bahagian ini mewakili kod industri buku yang digunakan pada peringkat antarabangsa.


Bahagian II : Identiti Kumpulan/Kod Negara

Bahagian ini memberi identiti mengikut negara, kawasan geografi atau kumpulan penerbit.

Malaysia mempunyai 2 identiti kumpulan/kod negara iaitu 983 dan 967.


Bahagian III : Identiti Penerbit

Bahagian ini memberi identiti atau pengenalan penerbit dalam sesebuah negara atau kumpulan.


Bahagian IV : Identiti Judul

 Bahagian ini mewakili bilangan judul yang diterbitkan oleh sesuatu penerbit.


Bahagian V : Angka Kawalan<

Angka Kawalan ini mengawal secara automatik ketepatan nombor ISBN oleh sistem ISBN dan mengesahkan pembinaan struktur nombor ISBN.

Penggunaan ISBN

 ISBN berasingan perlu diberi kepada:

 

ISBN Tidak Boleh Diguna Semula

Nombor ISBN yang telah diperuntukkan TIDAK BOLEH diguna semula. Adalah menjadi tanggungjawab penerbit untuk memaklumkan kepada Pusat Kebangsaan ISBN sekiranya ISBN yang dipohon tidak digunakan atau terdapat sebarang perubahan pada judul.


Faedah-Faedah ISBN