PENGENALAN PERTANDINGAN VIDEO KREATIF TVPSS NEGERI KEDAH TAHUN 2025
Pertandingan Video Kreatif TV PSS (VKTVPSS) Peringkat Kebangsaan merupakan pengiktirafan KPM dalam usaha menggalakan kemenjadian murid melalui pasukan TV PSS. Video Kreatif TV PSS mampu meningkatkan keupayaan pembelajaran mendalam (deep learning) murid melalui teknologi dan literasi digital, membangunkan generasi bestari Malaysia yang kompeten dan beretika dalam teknologi dan literasi digital bagi memenuhi keperluan masa hadapan dan aspirasi negara dan melahirkan individu yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan agar mereka menjadi warganegara yang bertanggung jawab dan berfungsi dalam masyarakat berilmu berlandaskan nilai murni.
MAKLUMAT PERTANDINGAN VIDEO KREATIF TVPSS NEGERI KEDAH TAHUN 2025
Objektif:
Mempertingkat kemahiran digital dan inovasi dalam kalangan murid
Mempertingkat kemahiran merancang murid dalam membuat bahan inovasi
Mempertingkat kreativiti murid dalam membangunkan bahan inovasi.
Melatih murid mempraktikkan kemahiran berkomunikasi, didedahkan kepada aspek-aspek kewartawanan, penulisan berita dan elemen-elemen lain ketika penghasilan bahan pendidikan.
Membina dan meningkatkan keyakinan melalui pengalaman berhadapan dengan kamera video dan khalayak yang ramai.
Melestarikan budaya pembacaan berkualiti dalam kalangan murid sekolah secara berterusan.
Pertandingan TVPSS 2025 diharap dapat:
Melahirkan murid yang Kreatif dan Inovatif dengan menyediakan pembelajaran yang menjurus ke arah Pendidikan Digital
Menjayakan Dasar Pendidikan Kebangsaan dan menyokong pelaksanaan PPPM 2013-2025, terutamanya yang berhubung dengan Anjakan 7, iaitu Memanfaatkan ICT bagi meningkatkan kualiti pembelajaran sekaligus dapat menyokong kualiti kemenjadian murid sejajar dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan
Murid dapat menguasai pelbagai kemahiran kognitif termasuk penyelesaian masalah, penaakulan dan pemikiran kreatif dan inovatif sekaligus menyokong kemahiran berfikir dalam Aspirasi Murid yang termaktub dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013 -2025.
SYARAT-SYARAT PERTANDINGAN
Pertandingan ini khusus untuk murid sekolah rendah dan menengah (tidak termasuk Ting.5 & 6) secara berkumpulan sahaja ( 4 orang )
Setiap daerah boleh menghantar satu video penyertaan sahaja.
Calon telah membaca dan membuat perekodan bacaan sekurang-kurangnya 200 bahan bacaan melalui Advance Integrated Nilam System (AINS).
Tema pertandingan tahun 2025 adalah BAHAN DIGITAL MEMPERKASA PENDIDIKAN NEGARA
Penghasilan video mestilah dalam Bahasa Melayu SAHAJA
Hanya video yang dihasilkan pada tahun 2025 sahaja dibenarkan untuk penyertaan.
Setiap video penyertaan mestilah mematuhi format TVPSS seperti yang dinyatakan dalam KIT TVPSS Kebangsaan.
Durasi video:
Tidak melebihi 5.00 minit, genre adalah bebas (dokumentari / temubual / tutorial / PDPc dan lain-lain) sama ada di dalam atau di luar sekolah.
Kualiti video amat dititik beratkan.
Cara penghantaran penyertaan adalah menggunakan borang yang disediakan. Pihak daerah hanya perlu memasukkan pautan (link) video daripada channel Youtube TVPSS masing-masing dalam format MP4.
Keputusan juri adalah muktamad.
Cara penghantaran penyertaan adalah menggunakan borang yang disediakan. Bukti penglibatan dan pencapaian boleh ditunjukkan dengan cara yang sesuai sama ada menggunakan Power point (folio). Kesemua bahan ini perlu dihantar kepada urusetia melalui pautan yang disediakan.
Penyertaan akan dibatalkan sekiranya hasil karya yang dikemukakan tidak asli atau diplagiat serta gagal mematuhi syarat pertandingan.
Hasil produksi yang dikemukakan mestilah tidak pernah memenangi mana-mana pertandingan peringkat kebangsaan atau setara dengannya.
Bahan Video Kreatif yang dihasilkan hendaklah tidak menyentuh sensitiviti raja, agama, kaum, politik atau merendahkan martabat mana-mana komuniti dan kumpulan tertentu serta tidak menyinggung mana-mana pihak.
Penggunaan runut bunyi, muzik, animasi, gambar, logo dan lain-lain media hak cipta serta tanda perniagaan tanpa kebenaran adalah dilarang.
Semua video yang dihasilkan TIDAK DIBENARKAN disiar di mana-mana platform media sosial seperti Youtube, Tiktok, Facebook, Instagram dan lain lain. Penyiaran video tersebut hanya akan dibuat di YouTube penganjur sahaja. Sekiranya terdapat pelanggaran pada syarat ini, penyertaan akan dibatalkan.
Cara penghantaran penyertaan adalah menggunakan borang yang disediakan. Pihak penyelaras negeri hanya perlu memasukkan pautan (link) video daripada channel Youtube TVPSS masing-masing dalam format MP4.
Tarikh akhir menghantar pencalonan peserta peringkat Negeri Kedah adalah pada 30 OGOS 2025
SYARAT PENYERTAAN
Penyertaan terbuka kepada semua sekolah KPM seperti berikut:
Satu penyertaan kategori Sekolah Menengah dan
Satu penyertaan kategori Sekolah Rendah.
PANDUAN PEMARKAHAN
Bukti penglibatan aktif calon dalam aktiviti rakaman program TVPSS sepanjang berada di sekolah iaitu bagi semua sekolah menengah dan sekolah rendah KPM. Ini boleh terdiri daripada aktiviti / program seperti pengacaraan, penerbitan, pengarahan, kewartawanan, lawatan atau lain-lain penglibatan yang melibatkan studio TVPSS.
Lain-lain bukti pencapaian akademik dan ko-akademik calon
Bukti kejayaan yang dicapai dalam aktiviti TV PSS dan video
Lain-lain keistimewaan murid
Rekod bacaan bahan NILAM calon minima 200.
Pernah menyertai beberapa pertandingan di peringkat Daerah, Negeri, Kebangsaan dan Antarabangsa
Video yang dipertandingkan
Folio calon (power point)
PEMARKAHAN
Grafik - 15%
Aspek Komunikasi - 20%
Videografi / Suntingan - 20%
Jalan cerita / Skrip - 20%
Penataran Audio - 10%
Kreativiti Penutupan - 10%
Wow Factor - 5%