Modul 6
MODUL 6: FASA TINDAKAN
(B-BUILD)
Hasil pembelajaran:
Saya belajar menyenaraikan bahan atau material yang diperlukan untuk membina produk atau inovasi yang dicadangkan.
Saya belajar membina prototaip berdasarkan ciri-ciri yang dicadangkan berdasarkan C-DURIS-MS.
Saya belajar mendapat maklum balas daripada pengguna untuk aspek penambahbaikan.
Saya belajar membina semula prototaip yang berikutnya bagi menambah baik produk yang dihasilkan berdasarkan maklum balas yang diperoleh.
Saya belajar menulis manual penggunaan produk bagi memudahkan pengguna menggunakan perkhidmatan.
Kriteria Kejayaan:
Saya belajar menyenaraikan bahan atau material yang diperlukan untuk membina produk atau inovasi yang dicadangkan.
Saya belajar membina prototaip berdasarkan ciri-ciri yang dicadangkan berdasarkan CM-DURIS-MS.
Saya belajar mendapat maklum balas daripada pengguna untuk aspek penambahbaikan.
Saya belajar membina semula prototaip yang berikutnya bagi menambah baik produk yang dihasilkan berdasarkan maklum balas yang diperoleh.
Saya belajar menulis manual penggunaan produk bagi memudahkan pengguna menggunakan perkhidmatan.
Kaedah: MBF RM
Tugasan 4
Secara berkumpulan, anda dikehendaki melaksanakan Tugasan 4 berdasarkan langkah-langkah MBF RM di bawah:
M - Material (Menyediakan material atau bahan yang digunakan)
Kumpulan menyenaraikan bahan atau material yang diperlukan untuk membina produk atau inovasi dalam bentuk prototaip yang dicadangkan.
B - Build (Membina produk dalam bentuk prototaip seperti mana yang dicadangkan dalam C-DURIS-MS)
Kumpulan membina satu prototaip untuk menyelesaikan masalah yang telah dipilih berdasarkan C-DURIS-MS.
F - Feedback (Mendapatkan maklum balas daripada orang awam tentang prototaip produk yang telah dibina)
Kumpulan anda menemu bual orang awam tentang prototaip yang telah dibina yang meliputi aspek PM-i di bawah:
Kelebihan prototaip tersebut (P-Plus)
Kekurangan prototaip tersebut (M-Minus)
Aspek-aspek penambahbaikan (i-Improvement)
Soalan-soalan tambahan baharu (jika ada)
R - Rebuild (Membina semula prototaip produk hasil daripada maklum balas tentang aspek-aspek penambah baikan)
Kumpulan membina semula prototaip yang berikutnya berdasarkan maklum balas yang diperoleh.
M - Manual (Menyediakan manual penggunaan produk yang telah dihasilkan)
Kumpulan menulis manual penggunaan produk bagi memudahkan pengguna menggunakan inovasi yang dihasilkan.
Catatan:
Untuk bahagian Feedback, anda dkehendaki pergi ke lapangan 2 untuk mendapat maklum balas daripada orang awam.
Tugasan ini akan dibentangkan pada slot pembentangan.
EUREKA - SKETCH
BUILD - PROTOTAIP