Modul 3
MODUL 3: FASA MENGENAL PASTI MASALAH
(E-EXPRESSION)
Hasil pembelajaran:
Saya belajar menemu bual orang awam untuk mendapatkan maklumat yang dikehendaki.
Saya belajar mengenal pasti masalah-masalah yang berlaku daripada satu isu yang diberikan.
Saya belajar mengenal pasti masalah-masalah yang berlaku daripada hasil dapatan (soal selidik/tinjauan/pemerhatian/laporan dll).
Saya belajar memilih satu masalah daripada banyak masalah yang telah dikenal pasti dengan membuat satu "pernyataan masalah".
Saya belajar membuat justifikasi terhadap masalah yang dipilih.
Saya belajar mengenal pasti kesan atau implikasi jika masalah tersebut tidak diatasi.
Saya belajar mengenal pasti punca masalah tersebut daripada root cause.
Kriteria Kejayaan:
Saya dapat menemu bual orang awam untuk mendapatkan maklumat yang dikehendaki.
Saya dapat mengenal pasti masalah-masalah yang berlaku daripada satu isu yang diberikan.
Saya belajar mengenal pasti masalah-masalah yang berlaku daripada hasil dapatan (soal selidik/tinjauan/pemerhatian/laporan dll).
Saya dapat memilih satu masalah daripada banyak masalah yang telah dikenal pasti dengan membuat satu "pernyataan masalah".
Saya dapat membuat justifikasi terhadap masalah yang dipilih.
Saya dapat menjelaskan kesan atau implikasi jika masalah tersebut tidak diatasi.
Saya belajar mengenal pasti punca masalah tersebut daripada root cause.
MENCARI TITIK SAKIT
"TITIK SAKIT" MELALUI JOURNEY MAP
Apakah perkhidmatan yang anda mahu?
Ke manakah anda hendak pergi untuk mendapatkan perkhidmatan tersebut?
Kenal pasti di mana anda bermula dan di mana anda berakhir ketika mendapat sesuatu perkhidmatan.
Sepanjang perjalanan tersebut, kenal pasti “titik sakit” untuk mengetahui sesuatu masalah yang berlaku ketika anda mendapatkan perkhidmatan tersebut.
JOURNEY MAP
Sila tonton video ini.
Sila kenal pasti "titik sakit" yang terdapat dalam video di atas berdasarkan journey map (peta perjalanan) mereka untuk sampai ke destinasi.
Sila tonton video ini.
Sila kenal pasti "titik sakit" yang terdapat dalam video di atas berdasarkan journey map (peta perjalanan) mereka untuk sampai ke destinasi.
MENDALAMI "TITIK SAKIT" MELALUI IRCJCI
Aktiviti
Sebagai pengguna, kita berhadapan dengan banyak masalah berdasarkan pengalaman yang telah dilalui ketika menggunakan tandas awam. Untuk mengenal pasti masalah yang dihadapi ketika mendapatkan perkhidmatan tersebut, ikuti langkah-langkah dengan menggunakan kaedah alat berfikir IRCJCI di bawah ini.
I - INTERVIEW: Menemu bual orang awam untuk mendapatkan maklumat yang dikehendaki berkenaan dengan tandas awam.
R - RECOGNISE: Mengenal pasti masalah-masalah ("titik-titik sakit") yang timbul ketika menggunakan perkhidmatan tandas awam.
C - CHOOSE: Memilih satu masalah daripada banyak masalah yang telah dikenal pasti dengan membina "satu pernyataan masalah".
J - JUSTIFICATION: Membuat justifikasi terhadap satu masalah yang dipilih.
C - CAUSE: Mengenal pasti punca yang paling mungkin sehingga ke root cause.
I - IMPLICATION: menjelaskan kesan atau implikasi jika masalah tersebut tidak diatasi.
Catatan: Tugasan ini akan dibentangkan pada slot pembentangan.
MEMBINA PERNYATAAN MASALAH
Contoh pernyataan masalah:
"Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT) Murid Rendah"
"Penggunaan Beg Plastik di Pasar Raya Tidak Cekap"
"Perkhidmatan di Bahagian Penyambut Tetamu Kurang Efisien"
"Kehadiran Murid Kurang Memuaskan"
"Pelajar Kurang Yakin Berkomunikasi dalam Bahasa Inggeris"
"Kemahiran Membaca Murid Prasekolah Rendah"
"Aktiviti Pembelajaran di dalam Bilik Darjah Kurang Menyeronokkan"
"Pembelajaran secara dalam talian kurang efisien"
MENGENAL PASTI ROOT CAUSE
Aktiviti:
Berdasarkan cerita Bangau Oh Bangau di bawah ini, anda dikehendaki untuk mengenal pasti masalah yang timbul dan mencari punca-puncanya, dan akhir sekali root cause terhadap masalah tersebut.
Bangau Oh Bangau
Bangau oh bangau, mengapa engkau kurus?
Macam mana aku tak kurus, ikan tidak timbul.
Ikan oh ikan, mengapa kau tak timbul?
Macamana aku nak timbul, rumput panjang sangat.
Rumput oh rumput, kenapa engkau panjang sangat?
Macamana aku tak panjang, kerbau tak makan aku.
Kerbau oh kerbau, kenapa tak makan rumput?
Macam mana aku tak makan rumput, perut aku sakit.
Perut oh perut, kenapa engkau sakit?
Mana mana aku tak sakit, makan nasi mentah.
Nasi oh nasi, kenapa engkau mentah?
Macam mana aku tak mentah, kayu api basah.
Kayu oh kayu, kenapa engkau basah?
Macam mana aku tak basah, hujan timpa aku.
Hujan oh hujan, kenapa timpa kayu?
Macam mana aku tak timpa kayu, katak panggil aku.
Katak oh katak, kenapa panggil hujan?
Macam mana aku tak panggil hujan, ular nak makan aku.
Ular oh ular, mengapa nak makan katak?
Macamana aku tak nak makan katak, MEMANG MAKANAN AKU! MEMANG MAKANAN AKU!
TUGASAN:
Secara berkumpulan, anda dikehendaki mengenal pasti "titik-titik sakit" berdasarkan kerangka PELAN PEMBELAJARAN - WHERE TO.
Nota: Panduan dan Teknik-teknik temu bual
Memperkenalkan diri terlebih dahulu.
Menyatakan tujuan temu bual ini diadakan.
Menanyakan masalah yang berlaku ketika mendapatkan perkhidmatan di suatu kawasan/situasi yang ditetapkan. Contohnya: Mendapat perkhimatan menggunakan Tandas Awam.
Mendalami masalah-masalah yang berlaku tersebut dengan 5W 1H (what, where, who, when, why & how).
Bijak membuka ruang supaya responden dapat menghuraikan masalah yang diceritakannya.
Beri ruang supaya responden anda memberi ulasan terhadap perkara yang dibualkan.
Jangan memberi komen atau ulasan sama ada pandangan responden itu betul atau salah.
Dengar dengan teliti dan catat setiap butiran diucapkan oleh responden.
Tunjukkan rasa prihatin anda.
Minta kebenaran untuk mendapatkan nama, umur dan maklumat lain yang berkaitan.
"Titik Sakit"/Isu dalam WHERE TO
"PENSYARAH GAGAL MERANCANG PELAN PEMBELAJARAN"
1. Pembelajaran pelajar, tiada hala tuju.
2. Pelajar tidak tertarik dengan aktiviti pembelajaran.
3. Pelajar tidak dapat menerokai dan mengalami idea utama.
4. Pelajar tidak disediakan ruang dan peluang untuk pelajar berfikir semula dan menyemak.
5. Pelajar tidak diberi peluang menilai kerja mereka dan implikasinya.
6. Aktiviti pembelajaran pelajar tidak sesuai dengan kepelbagaian kebolehan atau latar belakang pelajar.
7. Aktiviti pembelajaran tidak melibatkan pelajar secara maksimum dan berkesan.
8.Kurang mengaplikasikan model-model KPPB (6C, MRP, MPP, 3E & 3R)
9.Kurang membudayakan penggunaan OPD dalam pembelajaran.