Modul 2
Pengenalan Inovasi
Hasil pembelajaran:
Saya belajar memahami keperluan inovasi dalam pekerjaan dan kehidupan.
Saya belajar memahami keutamaan suara pengguna dalam menghasilkan produk mereka.
Saya belajar menjelaskan kepentingan temu bual dalam memperoleh maklumat daripada pengguna.
Saya belajar mengaplikasikan teknik temu bual untuk memperoleh maklumat yang diperlukan.
Kriteria Kejayaan:
Saya dapat memahami keperluan inovasi dalam pekerjaan dan kehidupan.
Saya dapat memahami keutamaan suara pengguna dalam menghasilkan produk mereka.
Saya dapat menjelaskan kepentingan temu bual dalam memperoleh maklumat daripada pengguna.
Saya dapat mengaplikasikan teknik temu bual untuk memperoleh maklumat yang diperlukan.
Aktiviti
Cari satu masalah yang berlaku dalam kehidupan anda seharian dan selesaikan masalah tersebut dengan menggunakan bahan-bahan yang ada di sekitar anda. Masa yang diberikan ialah lima minit.
Untuk aktiviti ini, anda dikehendaki mencari pasangan masing-masing. Dengan menggunakan kertas sebak, anda dikehendaki membuat sebuah beg untuk pasangan anda, manakala pada masa yang sama pasangan anda turut membuat beg untuk anda. Lukiskan beg tersebut di atas kertas A4 yang disediakan. Kedua-dua pasangan tidak dibenarkan bercakap-cakap atau berbincang sesama sendiri. Masa yang diberikan ialah lima minit.
Dalam aktiviti berpasangan tadi, anda dikehendaki menemu bual rakan pasangan masing-masing untuk mendapat maklumat tentang ciri-ciri beg yang disukainya. Selepas itu, anda dan pasangan anda dikehendaki melukis beg yang disukai oleh rakan pasangan masing-masing. Masa yang diberikan ialah lima minit.
Selepas itu, anda dikehendaki membandingkan beg yang anda lukiskan kepada pasangan anda tanpa berbincang tadi, dengan beg yang dihasilkan berdasarkan ciri-ciri yang dikehendaki oleh pasangan masing-masing.