e-TESIS & DISERTASI

EBSCO OPEN DISSERTATIONS (THESIS & DISSERTATIONS)

EBSCO Open Dissertations (Thesis & Dissertations) menawarkan institusi dan pelajar dengan pendekatan inovatif kepada electronic theses dissertation (ETD) dalam repositori institusi. Matlamatnya adalah untuk membantu menjadikan tesis dan disertasi pelajar dapat diakses secara meluas.  Klik di sini untuk mengakses.

MYTO (MALAYSIAN THESIS ONLINE)  

MyTO ialah inisiatif disertasi tesis elektronik (ETD) untuk menguruskan koleksi tesis dan disertasi universiti awam dan swasta di Malaysia. MyTO telah ditubuhkan pada penghujung tahun 2005 untuk menjadi pusat repositori tesis Malaysia dan berkongsi koleksi tesis antara perpustakaan akademik di Malaysia secara elektronik. MyTO menyediakan akses hasil carian yang tepat dan mudah melalui gabungan operator Boolean, carian teks penuh dan semakan. MyTO juga menyediakan beberapa format akses tesis untuk pengguna seperti abstrak, 24 muka surat teks penuh dan teks lengkap. Klik di sini untuk mengakses.

OATD (OPEN ACCESS THESIS AND DISSERTATIONS)

OATD.org diwujudkan bertujuan menjadi sumber terbaik bagi tesis dan disertasi terbuka yang telah diterbitkan di seluruh dunia. Metadata (maklumat tentang tesis) datang daripada lebih 1100 kolej, universiti dan institusi penyelidikan. OATD kini mengindeks 6,795,996 tesis dan disertasi. Klik di sini untuk mengakses.

UUM ETHESIS (THESIS & DISSERTATIONS)  

Tesis dan Disertasi Elektronik UUM merupakan koleksi tesis dan disertasi Ph.D dan Sarjana yang dihasilkan oleh pelajar UUM. Semua bahan yang disimpan di sini adalah koleksi arkib dalam talian. Koleksi ini bertujuan untuk berkongsi maklumat bibliografi tesis sahaja dan ia adalah akses terhad kepada semua pengguna. Walau bagaimanapun, pengguna boleh mendapatkan kebenaran untuk mengakses teks penuh dengan menghubungi pengarang tesis daripada pautan yang diberikan sebagai "minta salinan" pada pengarang atau tajuk tertentu. Hanya tesis yang memberikan kebenaran deposit oleh pengarang boleh diakses secara bebas oleh semua pengguna. Akses kepada tesis dan disertasi bercetak tersedia di Aras 2, Bangunan Perpustakaan Baharu, UUM. Klik di sini untuk mengakses.