SUMBER DALAM TALIAN
SUMBER DALAM TALIAN
e-Perpustakaan IPGM KPM
e-Perpustakaan ini diwujudkan sebagai sokongan kepada pembelajaran siswa guru yang meliputi sumber-sumber digital terbuka daripada pelbagai institusi kerajaan dan institusi pengajian tinggi di Malaysia. Sila klik pautan berikut : sites.google.com/moe-dl.edu.my/elib-ipg/home
EBSCO HOST (Intranet)
EBSCO e-Books : mengandungi eBook Arabic Collection (EBSCOhost), eBook Collection (EBSCOhost), eBook Education Collection (EBSCOhost), eBook Open Access (OA) Collection (EBSCOhost), Open Dissertations dan Oxford American College Dictionary yang boleh diakses secara percuma. Purchased e-Books : 271 buah judul buku yang dilanggan oleh IPGM. Sila klik pautan berikut : http://search.ebscohost.com . Let's Find Your Institution : INSTITUT PENDIDIKAN GURU MALAYSIA . User ID : IPGM Password : Libr4ry_25. Sila klik senarai langganan ebook EbscoHost.
emerald PUBLISHING (Open Access)
emeraldPublishing curate and disseminate research in the following subject areas 1) Accounting, finance & economics 2) Business, management & strategy 3)Education 4) Engineering 5) Equality, diversity & inclusion 6) Health & social care 7) HR, learning & organisation studies 8) Information & knowledge management 9) Library & information sciences 10) Marketing 11) Operations, logistics & quality 12) Property management & built environment 13) Public policy & environmental management 14) Sociology & criminology 15) Tourism & hospitality management. Sila klik pautan berikut https://www.emerald.com/insight dan daftarkan keahlian. Klik "Register" dan daftarkan menggunakan akaun Delima (@moe-dl.edu.my) atau akaun IPGM(@ipgm,edu.my). Pendaftaran dibuka untuk semua pensyarah/staf/pelajar IPGK sahaja. Sila klik Senarai Jurnal emerald Publishing.
Cnki.net (Intranet)
CNKI menyediakan sumber digital sehenti termasuk jurnal akademik, disertasi/tesis, e-buku, akhbar dan kertas persidangan kepada pengguna luar negara di lebih 100 negara dan wilayah di luar China, termasuk lebih daripada 1,000 institusi. Sila Klik pautan berikut : https://www.cnki.net . untuk akses sila masukkan username : syipgm dan passwood : ipgm
ALMANHAL (OPEN ACCESS)
Al Manhal menyediakan maklumat elektronik Arab terkemuka dunia bagi pangkalan data carian teks penuh bahasa Arab bagi penerbitan ilmiah dan saintifik dari Timur Tengah, Afrika & Asia. Sila ikut arahan di bawah untuk akses pangkalan data ini.
1) Sila masuk ke laman web berikut : https://ipgm.app.deepknowledge.io . Klik segmen "Resources".
2) Sila daftar keahlian - Klik pada Register New Account dengan menggunakan akaun Delima (@moe-dl.edu.my) atau akaun IPGM(@ipgm,edu.my). Pendaftaran dibuka hanya untuk pensyarah/staf/pelajar IPGK sahaja.
3) Setelah selesai mengisi borang pendaftaran, klik Submit. pengesahan pengaktifan akaun akan dihantar ke emel yang telah didaftarkan. Sila klik active pada pautan yang dihantar.
4) Setelah selesai tuan/puan boleh log in pangkalan data AlManhal melalui laman web https://ipgm.app.deepknowledge.io menggunakan User Name (emel) dan password yang telah didaftarkan.
G-REPOSITORI IPG
G-Respositori merupakan salah satu inisiatif Perpustakaan Maya IPGM yang dibangunkan untuk memastikan semua kandungan digital perpustakaan dapat diakses dengan mudah dan cepat serta dipelihara sebagai koleksi warisan Negara. Ia juga sebagai medium untuk perkongsian maklumat di antara semua kampus IPG. Secara tidak langsung inisiatif ini dapat menjadikan IPG sebagai hub pendidikan dan penyebaran maklumat secara digital.
Antara bahan yang dimasukkan di dalam inisiatif G-Repositori adalah Kajian Tindakan Pelajar, Jurnal, Laporan dan bahan-bahan terbitan IPG KPM. Sila klik pautan berikut untuk melayari G-Repositori IPG : (Akses dihentikan sehingga diberitahu)
u-PUSTAKA
Portal u-Pustaka menyediakan akses kepada kandungan dan perkhidmatan maklumat untuk ahli-ahli u-Pustaka secara efisyen, bersepadu, telus, pada bila-bila masa dan di mana sahaja. Portal u-Pustaka menggalakkan pembelajaran sepanjang hayat untuk kesemua ahli u-Pustaka dan ahli atas talian menerusi komponen penerbitan web, kolaborasi, pengurusan kandungan dan perkhidmatan peminjaman dan pemulangan bahan maklumat. Untuk mengakses u-Pustaka, sila daftar keahlian di pautan berikut: https://www.u-library.gov.my/portal/ms/web/guest/registration
KATALOG INDUK KEBANGSAAN
Katalog Induk Kebangsan (KIK) Merupakan perkhidmatan perkongsian sumber dalam kalangan perpustakaan konsortium di Malaysia yang di hos dan diselaraskan oleh Perpustakaan Negara Malaysia (PNM). KIK menyediakan akses kepada sumber maklumat komprehensif mengenai bahan perpustakaan di Malaysia untuk rujukan pustakawan, penyelidik dan orang awam.
Melalui KIK pengguna boleh mendapatkan bahan fizikal melalui perkhidmatan pinjaman antara perpustakaan (Interlibrary Loan) dan mendapatkan salinan fotokopi atau imbasan dokumen melalui kaedah penghantaran dokumen (Document Delivery). Untuk penerangan lanjut sila lawati laman sesawang KIK di pautan ini : https://upnih.pnm.gov.my. Sila Berhubung dengan Pustakawan Pusat Sumber bagi tujuan mengakses kandungan bahan yang ditawarkan dalam KIK.
UiTM Digital Library Repository
Universiti Teknologi MARA Institutional Repository (UiTM IR) ialah sebuah pusat pengumpulan digital, bertindak sebagai repositori akses terbuka yang mengumpul, memelihara, dan menyebarkan hasil ilmiah oleh ahli universiti di Universiti Teknologi MARA (artikel jurnal, bab buku, buku, kertas persidangan, tesis, kertas kerja, laporan teknikal, data dan jenis kertas penyelidikan yang tidak diterbitkan) manuskrip dan juga jenis manuskrip penyelidikan yang tidak diterbitkan. Sila klik pautan berikut untuk akses : https://ir.uitm.edu.my