PENGENALAN

Pusat Sumber Institut Pendidikan Guru Kampus Ilmu Khas (IPGKIK) diwujudkan seawal penubuhannya pada Ogos 1959 yang ketika itu dikenali sebagai Specialist Teacher Training Institute (STTI). Institut ini memulakan operasi dengan pengambilan guru pelatih seramai 40 orang. IPGKIK merupakan institusi perguruan yang menyediakan latihan keguruan  yang diiktiraf dqn profsional. bidang kebitaraan yang menjadi nadi akademik IPGKIK ialah bidang Pendidikan Khas, Pendidikan Muzik, Pendidikan Jasmani dan Kesihatan dan Pendidikan Seni Visual.

Bagi menyokong bidang pendidikan kebitaraan ini, Pusat Sumber memainkan peranan yang penting dalam memenuhi keperluan pengguna (pelajar, pensyarah, warga IPGKIK) dari sudut perkhidmatan, koleksi dan fasiliti yang disediakan. Sehingga tahun 2022, Pusat Sumber mempunyai 59,299 judul/76,330 unit bahan bercetak merangkumi buku, terbitan bersiri (majalah/jurnal), buletin dan laporan agensi kerajaan/swasta, soalan peperiksaan (jilidan) dan pelbagai. Selain itu, sumber atas talian juga ditawarkan oleh IPGM melalui databasa yang dilanggan dan sumber-sumber terbuka yang ditawarkan secara percuma.

Selain itu, Pusat Sumber juga berkonsepkan perkhidmatan mesra inkulsif atau perkhidmatan mesra pelanggan yang menyeluruh, Pusat Sumber menyokong pembelajaran Murid Berkeperluan Khas (MBPK) dengan menyediakan sudut pembelajaran MBPK, koleksi braille, Desktop Video Magnifier dan menyediakan perkhidmatan pembacaan untuk pelajar bermasalah penglihatan.

Bagi memastikan penyampaian maklumat dapat disalurkan kepada semua pengguna (pengurusan, pensyarah, AKP) whatsapp group telegram telah diwujudkan pada Julai 2023. Ia bertujuan berkongsi maklumat berkaitan capaian kepada sumber-sumber digital, penggunaan teknologi dan perkongsian ilmu dalam pelbagai bidang. sehingga kini seramai 234 orang pelajar dan pensyarah menyertai telegram Geng Baca@Pusat Sumber.

FUNGSI UNIT PUSAT SUMBER

Membangunkan koleksi bahan yang memenuhi keperluan pengguna.

Menyediakan maklumat dalam pelbagai sumber kepada pelajar dan pensyarah bagi mencapai objektif pendidikan perguruan yang inklusif.

Meningkatkan budaya membaca dalam kalangan pengguna (warga IPGKIK)

Menyediakan perkhidmatan (Rujukan, Sirkulasi, OPAC, Nasihat & Penyelidikan, Akses Internet dan Koleksi Braille) dan kemaudahan (Rak penyimpaan barang, Meja karel, Bilik Diskusi, Ruang PdP dan Ruang bacaan) yang mesra pengguna

VISI DAN MISI IPGKIK

🎯VISI : Institut Pendidikan Guru Peneraju kecemerlangan pendidikan Guru

🎯MISI : Melahirkan guru yang kompeten dan berjiwa oendidik melaui program pembangunan guru yang dinamik ke arah pendidikan sekolah bertaraf dunia