PERATURAN PUSAT SUMBER
Siswa guru diwajibkan sentiasa memakai Kad Matrik semasa berada di Pusat Sumber.
Berpakaian kemas mengikut peraturan yang telah ditetapkan oleh institut.
Sentiasa SENYAP dan tidak mengganggu pengguna lain.
Dilarang mengoyak, memotong dan menconteng mana-mana bahagian koleksi bercetak serta merosakkan harta Pusat Sumber.
Dilarang membawa keluar bahan-bahan Pusat Sumber tanpa bukti pinjaman atau tanpa kebenaran pegawai bertugas.
Bahan bacaan yang telah digunakan hendaklah diletakkan di atas troli yang disediakan.
Dilarang mengalihkan bahan-bahan koleksi dan perabot dari tempat asal.
Dilarang membawa masuk barang-barang persendirian seperti beg, fail, buku, botol air dan lain-lain ke dalam Pusat Sumber. Barang-barang tersebut perlu diletakkan di ruang penyimpanan barang yang disediakan.
Dilarang makan dan minum di dalam Pusat Sumber.
Telefon bimbit perlu berada dalam mod senyap.
PENDAFTARAN KEAHLIAN (SISWA GURU)
Terbuka kepada semua Siswa Guru Institut Pendidikan Guru Kampus Ilmu Khas.
Pemohon perlu mengisi borang keahlian dalam talian di https://forms.gle/t4crCNrpiNP5aQcg6 dan sertakan satu (1) keping gambar berukuran pasport.
Barkod pada kad matrik digunakan dalam proses peminjaman.
Kad keahlian tidak boleh ditukar milik.
PENDAFTARAN KEAHLIAN (PENSYARAH & STAF)
Terbuka kepada semua Pensyarah & Staf Institut Pendidikan Guru Kampus Ilmu Khas.
Pemohon perlu mengisi borang keahlian dalam talian di https://shorturl.at/auAC4 dan sertakan satu (1) keping gambar berukuran pasport.