KATA ALUAN KETUA UNIT PUSAT SUMBER

Encik Rosman bin Adam

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarokatuh,

Salam Sejahtera, Salam Malaysia Madani

Ucapan ribuan terima kasih kepada warga IPG Ilmu Khas kerana sudi memberi ruang kepada saya untuk menyampaikan sepatah dua kata dalam Web Pusat Sumber IPG Kampus Ilmu Khas

Setinggi tinggi rasa hormat dan syukur buat Pengarah IPG Kampus Ilmu Khas YBrs Dr Faridah bt Yakob kerana memberi kepercayaan kepada saya untuk menerajui Pusat Sumber dan ribuan terima kasih juga kepada staf Pusat Sumber yang menjadi tulang belakang kepada Unit Pusat Sumber untuk memberikan perkhidmatan yang terbaik.

Jadikanlah buku sebagai teman hidup seharian, kerana buku adalah jambatan ilmu yang dapat menghubungkan kita dengan alam persekitaran, dengan masyarakat, dengan negara kita dan dengan dunia luar. Melalui buku dan pembacaan, kita akan dapat membentuk suatu budaya dan tradisi nilai serta pemikiran bangsa yang akan menjadi asas kekuatan bangsa dan negara.

Ini secara tidak langsung merealisasikan matlamat Institut untuk mencapai kecemerlangan dalam pembelajaran, pengajaran, dan penyelidikan. Ini adalah selari dengan usaha untuk melahirkan 'Modal Insan Kelas Pertama yang dapat dicetuskan melalui peningkatan keupayaan dan penguasaan ilmu pengetahuan, pengukuhan sains, penyelidikan dan inovasi seterusnya pembentukan masyarakat berbudaya dan memiliki kekuatan mental dan fizikal.

Akhir kata saya mendoakan kesejahteraan buat seluruh warga IPG Kampus Ilmu Khas untuk terus berusaha dalam mencapai kegemilangan.


Sekian, terima kasih