PINJAMAN & PEMULANGAN
Peraturan Pinjaman
Tunjukan kad matrik pelajar semasa berurusan di Kaunter Sirkulasi
Pinjaman bagi pihak kedua (siswa guru lain) tidak dibenarkan
Pastikan rekod pinjaman telah dibatalkan (discharged) oleh staf Pusat Sumber apabila membuat pemulangan bahan pinjaman.
Hak pinjaman akan digantung (patron is blacklisted) jika gagal memulangkan bahan pinjaman dalam tempoh yang terlalu lama.
Pembaharuan bahan pnjaman boleh dibuat dua (2) kali sahaja dan ini dapat dilaksanakan jika bahan tersebut tidak ditempah oleh pengguna lain.
KELEWATAN PEMULANGAN BUKU & KEHILANGAN/ROSAK
Denda lewat pemulangan buku akan dikenakan denda dengan kadar RM0.20 sehari
2. Jika buku yang dipinjam hilang, peminjam perlu:
a) Menggantikan buku tersebut dengan judul buku yang sama atau yang hampir sama subjek; atau
b) Membayar harga buku berkenaan
3. Peminjam perlu melaporkan kepada staf Pusat Sumber jika terdapat sebarang kerosakan sebelum bahan dipinjam .