AKTIVITI PUSAT SUMBER 2025
AKTIVITI PUSAT SUMBER 2025
PEMINJAM BUKU BERTUAH BULAN NOVEMBER BER 2025
Tahniah kepada staf dan siswa guru yang telah tepilih sebagai PEMINJAM BERTUAH BUKU BULAN NOVEMBER 2025 (dari kiri)
En. Muhammad Jamil bin Md. Saat, Staf Jabatan Hal Ehwal Pelajar
Ahmad Irfan bin Azmi, PT1S1-10
Nur Auni Batrisyia binti Kamal Bahrin, PT1S1-10
MAJLIS PENYAMPAIAN HADIAH PERTANDINGAN RESENSI BUKU PERINGKAT IPGKIK 2025
1 Disember 2025
Pusat Sumber IPG Kampus Ilmu Khas telah mengadakan Majlis Penyampaian Hadiah Pertandingan Resensi Buku Peringkat IPG Kampus Ilmu Khas pada 1 Disember 2025 (Isnin) di Dewan Kuliah IPGKIK. Pemenang pertandingan resensi buku adalah seperti berikut:
KATEGORI PELAJAR PPISMP
Tempat Pertama
Nur Hidayah binti Jamaludin (PPS1-4)
Tempat Kedua
Nur Irdina Batrisyia binti Hamiruddin (PPS1-6)
Tempat Ketiga
Nur Batrisyia binti Mohd Zainudin (PPS1-1)
KATEGORI PELAJAR PISMP
Tempat Pertama
Muhammad Haziq Aiman Mohd Rahemi (PT1S1-10)
Tempat Kedua
Nur Izyan Najwa binti Hassim (PT1S1-10 )
Tempat Ketiga
Muhammad Akram bin Azhan (PT1S1-10)
KATEGORI PENSYARAH
Dr. Ilhavenil a/p Narinasamy, Pensyarah Jabatan Perancangan, Penyelidikan dan Inovasi
LAWATAN PENANDA ARAS KE PERPUSTAKAAN M.KAMAL HASSAN, UNIVERSITI ISLAM ANTARABANGSA MALAYSIA
26 November 2025
Pusat Sumber IPG Kampus Ilmu Khas telah mengadakan Lawatan Penanda Aras Ke Perpustakaan M.Kamal Hassan, Universiti Islam Antarabangsa, Malaysia, Cawangan Gombak pada 26 November 2025.
Lawatan singkat pusat sumber ke perpustakaan UIAM ni bertujuan melihat tawaran perkhidmatan perpustakaan M.Kamal Hassan yang disediakan kepada para pengguna di samping bertukar-tukar pandangan bagi meningkatkan lagi kualiti perkhidmatan pusat sumber IPGKIK
Antara ruang perkhidmatan yang mendapat perhatian para pengguna di perpustakaan M.Kamal Hassan antaranya ialah Student Lounge, MBSB AZKA PPZ Corner, ISRA Corner by CIMB Islamic, Bilik belajar, Ruang Pelajar Berkeperluan Khas dan banyak lagi.
PEMINJAM BUKU BERTUAH BULAN OKTOBER 2025
Tahniah kepada pensyarah dan siswa guru yang telah tepilih sebagai PEMINJAM BERTUAH BUKU BULAN OKTOBER 2025 (dari kiri)
Puan Pushpavalli a/p Rengasamey, Pensyarah STEM
Nur Damian Hanis binti Ismail, PPS1-5
Nur Alya Nabilah binti Ahmad Tamizi, PPS1-5
PEMINJAM BUKU BERTUAH BULAN SEPTEMBER 2025
Tahniah kepada pensyarah dan siswa guru yang telah tepilih sebagai PEMINJAM BUKU BERTUAH BULAN SEPTEMBER 2025 (dari kiri)
Puan Irene Chai Pei Lyn, Pensyarah Jabatan Muzik
Puan Aliza binti Alwi, Ketua Jabatan Bahasa
Nurin Jazlin binti Zammari, PPS1-6
Muhammad Aminuddin bin Mohd Fhavelah, PPS1-18
Chua Sin Hong, PPS1-15
TAKLIMAT PENGKATALOGAN BAHAN : PENULISAN AKADEMIK - 9 SEPTEMBER 2025
Pada 9 September 2025 (Selasa) Pusat Sumber telah memberi taklimat berkaitan pengkatalogan bahan untuk subjek Penulisan Akademik. Taklimat ini dikendalikan oleh Cik Nor Azila Mohd Noor (Pustakawan) untuk pelajar PPISMP Semester 1 seramai 55 orang, pelajar di bawah selian Mentor Dr. Hairul Faiezi Lokman. Taklimat ini mendedahkan para pelajar dengan jenis-jenis bahan yang akan digunakan dalam penulisan akademik, cara pencarian bahan di rak berdasarkan nombor panggilan (DDC), pencarian bahan melalui Online Public Access Cataloging (OPAC) dan akses terbuka di dalam dan di luar negara.
TAKLIMAT KEPENGGUNAAN PUSAT SUMBER : 14 OGOS & 19 OGOS 2025
Pada 14 Ogos dan 19 Ogos 2025 Pusat Sumber telah memberi taklimat berkaitan Kepenggunaan Pusat Sumber kepada 430 pelajar baru PISMP (Persedian) Semester 1 Ambilan Ogos 2025 - Julai 2023 dan 220 orang pelajar baru PISMP Semester 1 Ambilan Ogos 2024 - Julai 2029 di Dewan Dato' Razali Ismail, IPG Kampus Ilmu Khas. Talimat ini bertujuan memberi pendedahan kepada para pelajar berkaitan perkhidmatan, fasiliti dan kemudahan yang disediakan untuk pengguna.
PEMINJAM BUKU BERTUAH BULAN OGOS 2025
Tahniah kepada 3 orang siswa guru yang telah tepilih sebagai PEMINJAM BUKU BERTUAH BULAN OGOS 2025
Nor Aslina binti Hermantino
Nur Nadia binti Haidzir
Iman Anaqi Syauqina binti Che Azli
LAWATAN PENANDA ARAS KE PUSAT DOKUMENTASI MELAYU, DEWAN BAHASA DAN PUSTAKA
6 OGOS 2025
Pusat Sumber IPG Kampus Ilmu Khas telah mengadakan Lawatan Penanda Aras Ke Pusat Dokumentasi Melayu (PDM), Dewan Bahasa dan Pustaka pada 6 Ogos 2025. Lawatan singkat pusat sumber ke PDM ni bertujuan melihat secara dekat perkhidmatan yang disediakan oleh PDM untuk para pengguna. Selain itu, kami saling berkongsi idea dan pandangan berkaitan jalinan kerjasama yang dapat dimanfaatkan bersama oleh PDM dan Pusat Sumber IPGKIK khususnya kepada warga siswa guru.
Dalam sesi lawatan penanda aras ini, kami juga diberi penerangan berkaitan bahan-bahan (buku, majalah, artikel dll) yang didigitalkan untuk kemudahan pengguna. Selain itu, PDM amat mengalukan supaya pusat sumber dan warga siswa guru menggunakan portal Pusat Rujukan Persuratan Melayu di prpm.dbp.gov.my sebagai sumber rujukan digital yang disahkan merangkumi kamus, istilah, ensiklopedia, bahasa, sukuan, puisi dll.Sebahagian besar bahan yang terdapat di PDM menfokuskan kepada memperkembang dan memperkaya khazanah bahasa melayu dan sastera dalam pelbagai bidang ilmu pengetahuan dan teknologi.
LAWATAN KE PESTA BUKU ANTARABANGSA KUALA LUMPUR
29 MEI 2025
Pada 29 Mei 2025 (Khamis), seramai 29 orang pensyarah dan staf Institut Pendidikan Guru Kampus Ilmu Khas telah mengunjungi Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur di Pusat Dagangan Dunia (World Trade Centre) Kuala Lumpur.
Lawatan yang dianjurkan oleh Pusat Sumber IPGKIK ini bertujuan menyemarakkan budaya membaca dan menjadikan membaca sebagai wadah santapan minda yang terbaik
PROGRAM JOM BACA BERSAMA PERINGKAT IPGM KAMPUS ILMU KHAS
30 April 2025
Pada 30 April 2025 (Rabu) Pusat Sumber telah menganjurkan Program Jom Baca Bersama 10 Minit Peringkat IPGM Kampus Ilmu Khas sempena sambutan Hari Buku dan Hakcipta Sedunia yang disambut pada 23 April setiap tahun. Tema Program Jom Bersama pada tahun ini ialah "Nikmati Saat Ini...Dimensi Inklusif bertujuan melahirkan warga IPGMKIK yang berbudaya membaca dan cakna kepada rakan yang berkeperluan khas dengan mewujudkan ruang lingkup pembacaan inklusif yang boleh dicapai melalui pelbagai dimensi. Selain daripada itu, program ini juga memberi ruang untuk kita membuat penilaian diri terhadap kadar pembacaan kita samada semakin bertambah atau masih di tahap lama.
Program Jom Baca Bersama diisi dengan Taklimat ISBN dan e-ISBN oleh En. Rosman bin Adam, Ketua Unit Pusat Sumber dan Taklimat Program Resensi Buku oleh Cik Nor Azila binti Mohd Noor, Pustakawan Pusat Sumber. Bagi menarik minat pelajar Berkeperluan Khas (MBPK), En Mohammad Sukeri bin Zin telah dijemput untuk berkongsi bacaan e-book yang dipinjam melalui perpustakaan digital u-Pustaka bertajuk History of Artificial Intelligence karangan Blake Carson. Seterusnya, para peserta program turut didedahkan dengan penghasilan karya penulisan menggunakan Aplikasi AI Book Creator dan ChatGPT yang disampaikan oleh Puan Norani binti Abd Rahim, Pensyarah Jabatan Pengajian Melayu, IPGMKIK.
Program Jom Baca Bersama 10 Minit telah dirasmikan oleh YBrs. Dr. Faridah binti Yakob, Pengarah IPGMKIK secara dalam talian yang dihadiri oleh para pelajar, pensyarah dan staf seramai 63 orang secara bersemuka. Program ini juga telah disaksikan di YouTube Pusat Sumber dan menerima 76 view dan 393 likes.
MAJLIS PENYAMPAIAN HADIAH PERTANDINGAN INOVASI ILMU KHAS 2025
(INO-IK2025) 21 APRIL 2025
Pada 15 April 2025, IPGM Kampus Ilmu Khas telah menganjurkan Pertandingan Peringkat Akhir Pertandingan Inovasi Ilmu Khas 2025 (INO-IK 2025) di Dewan Dato' Razali Ismail sempena Perhimpunan Bulan April dan Sambutan hari Raya Aidil Fitri 1446H/2025. Pertandingan ini telah disertai oleh 79 penyertaan daripada kategori pelajar, pensyarah dan pengurusan.
Pada Peringkat akhir, sebanyak 11 kumpulan telah dipertandingkan meliputi 11 kumpulan kategori pelajar, 9 kumpulan kategori pensyarah dan 7 kumpulan kategori pengurusan. Dalam pertandingan peringkat akhir ini, Pusat Sumber telah memenangi hadiah Tempat Ketiga (Anugerah Emas) dengan membawa inovasi bertajuk : Auto Reminder Pusat Sumber. Inovasi ini bertujuan meningkatkan perhidmatan sirkulasi kaunter dengan menghantar peringatan ringkas kepada peminjam dua (2) hari sebelum tarikh peminjaman tamat.
PERTANDINGAN UCAPAN RAYA...Dariku Ikhlas untukmu
10 - 27 MAC 2027
Pusat Sumber (PS) telah menganjurkan Pertandingan Ucapan Raya...Dariku Ikhlas Untukmu sepanjang bulan Ramadhan Al-Mubarak. Pertandingan terbuka kepada semua Siswa Guru IPGMKIK. Majlis penyampaian hadiah telah disempurnakan oleh Ketua Unit Pusat Sumber pada 9 April 2025 (Rabu). Tahniah kepada para pemenang. Para pemenang adalah seperti berikut :
(1) Sofia Binti Mohd Nazri - PT3S2-5 (2) Nur A'in Izzati Binti Mohd Nawawi - PT3S2-5 (3) Nor Syafikah Binti Shamsurrijal - PT3S2-1 (4) Cik Kriztarina Sami Anak Maurice Gurang - PT3S2-3 (5) Cik Wai Kai Juan - PT2S2-5 (6) Cik Tengku Nur Sufia - PT3S2-5 (6) Cik Ummi Humaira Binti Mohd Asri - PT3S2-1 (7) Na'ilatul Husna Binti Zulkipli- PT3S2-1 (8) En. Muhammad Harith Haikal bin Hamdan Fikri -PPS2-9 (9) Cik Dhavanisha A/P Kusilokumar- PT3S2-3 (11) Cik Nuradilah Binti Mohamad Khair - PT3S2-5 (12) Cik Wan Nurul Awatif Binti Wan Zarimi - PT3S2-3 (14) Nurul Hanisah Binti Sedek Hasan - PT3S2-1 (15) En. Muhammad Hafidzin Fahmi bin Muhammad Hilmy - PT3S2-3
TAHNIAH KEPADA SEMUA PEMENANG
UCAPAN VIDEO HARI RAYA AIDIL FITRI 1446 HIJRAH
PUSAT SUMBER, IPGM KAMPUS ILMU KHAS
Sempena syawal 1446 hijrah, kami staf Pusat Sumber menyusun 10 jari memohon kemaafan kepada seluruh warga IPGM Kampus Ilmu Khas atas kesilapan dan kekhilafan yang telah kami lakukan. Kami juga doakan semoga Ramadhan tahun ini, ibadah yang kita laksanakan diterima oleh yang Esa jua. Dan bergembira di hari raya bersama keluarga dan orang yang tersayang.
MAAF ZAHIR DAN BATIN DARIPADA KAMI PUSAT SUMBER, IPGMKIK
LAWATAN KHIDMAT NASIHAT DAN PERUNDINGAN KE PUSAT SUMBER
25 FEBRUARI 2025
Pusat Sumber (PS) telah menerima kunjungan Lawatan Khidmat Nasihat dan Perundingan daripada Bahagian Khidmat Nasihat dan Perundingan, Perpustakaan Negara Malaysia pada 25 Februari 2025. Pegawai yang hadir dalam lawatan ini ialah Encik Mohd Hafiz Salim, Puan Sayani binti Ismail dan Puan Nurulhiza binti Jip.
Secara keseluruhan, tujuan lawatan ialah memantau perkhimatan yang ditawarkan oleh Pusat Sumber IPGM Kampus Ilmu Khas kepada para pengguna termasuk kemudahan dan fasiliti yang terdapat di pusat sumber.
AKTIVITI PUSAT SUMBER 2024
PELANCARAN PROGRAM RESENSI BUKU@IPGMKIK 2024
17 APRIL 2024
Pusat Sumber (PS) telah mengadakan Majlis Pelancaran Program Resensi Buku@IPGMKIK yang disempurnakan oleh YBrs. Dr. Faridah binti Yakob, Pengarah IPGM Kampus Ilmu khas sempena Majlis Perhimpunan Bulanan dan Sambutan Hari Raya Aidil Fitri yang telah diadakan pada 17 April 2024.
Program Resensi Buku merupakan signature program Institut Pendidikan Guru Malaysia Kampus seluruh Malaysia bertujuan membudaya dan menggalakkan pembacaan dalam kalangan seluruh warga kampus. Di dalam program ini, peserta perlu membuat ulasan ringkas berkaitan bahan yang dibaca dan memuatnaik ulasan tersebut dalam bentuk video berdurasi 3 minit di media sosial masing-masing dengan memasukkan tanda pagar #ResensiIPGM, #IPGMMembaca dan #MalaysiaMembaca.
Bagi merancakkan lagi perjalanan program ini, UPS telah dilantik sebagai penyelaras program bagi memastikan objektif program tercapai. Harapan kami agar warga IPGMKIK dapat memanfaatkan program ini sebagai satu cara ruang peningkatan ilmu serta sahsiah yang baik selaras dengan objektif Malaysia Madani. “SELAMAT MEMBACA”.
JOM BACA BERSAMA 10 MINIT@IPGMKIK 2024
23 APRIL 2024
Pusat Sumber (PS) telah menganjurkan aktiviti Jom Baca Bersama 10 Minit@IPGM Kampus Ilmu Khas pada 23 April 2024, jam 10.00 pagi - 12.00 tengah hari di Ruang Bacaan, UPS. Jom Baca merupakan acara tahunan UPS bertujuan meningkatkan tahap pembacaan para pelajar dan warga IPGMKIK. “Pembacaan Melestarikan Perpaduan” merupakan tema aktiviti Jom Baca pada tahun ini dengan harapan melalui pembacaan yang pelbagai genre (bidang perkara) menjadi pemangkin kepada perpaduan seluruh rakyat Malaysia yang berbilang bangsa dan agama. Disamping itu, aktiviti ini juga memberi ruang kepada Pusat Sumber untuk mencari idea-idea baru dalam meningkatkan tabiat pembacaan para pengguna melalui platfom pendidikan digital daripada sumber-sumber terbuka yang sahih dan bermanfaat.
Jom Baca Bersama 10 Minit@IPGMKIK ini telah dirasmikan oleh Timbalan Pengarah IPGMKIK, YBrs. Encik Mohd Aminudin bin Abu Bakar. Aktiviti ini telah dihadiri oleh pelajar Pra PISMP & PISMP Tahun 1,2 & 3 seramai 30 orang. Antara pengisian aktiviti ialah bacaan serentak selama 10 minit dan perkongsian resensi (ulasan) buku oleh Muhammad Fakrul Razi bin Rosmini (Tajuk buku : Pada Pahitnya Secawan Kopi) dan Nur Aini binti Kamsin (Tajuk buku: Kau dan Aku Sama, Tapi Kenapa Kau Berjaya dan Aku Gagal) oleh pelajar Jabatan Bahasa Melayu, IPGMKIK.
Harapan kami semoga melalui pembacaan yang pelbagai berupaya melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan, hidup dalam rukun dan damai serta meraikan perbezaan kaum, agama dan budaya. Bagi warga IPGMKIK, kepelbagaian pembacaan menjadi teras pembentukan sahsiah diri pendidik yang unggul sejajar dengan konsep Kemampanan dan Kesejahteraan, Malaysia Madani.
BENGKEL BACAAN PANTAS
4 SEPTEMBER 2024
Pusat Sumber (PS) telah menganjurkan Bengkel Bacaan Pantas pada 4 September 2024 (Rabu) di Ruang Bacaan UPS. Penganjuran bengkel ini bertujuan kemahiran teknik-teknik bacaan pantas dan pendedahan berkaitan cara mengaplikasi bacaan pantas dalam peningkatan kadar pembacaan dalam kalangan para pelajar.
Bengkel ini telah dikendalikan oleh En Ahmad Yazid bin Ahmad@Abdul Rahman, Pstakawan Kanan, Bahagian Perkhidmatan Maklumat, Perpustakaan Universiti Sains Islam Malaysia. Seramai 45 orang peserta telah menyertai bengkel. Mereka terdiri daripada pelajar Program Pendidikan Ijazah Sarjana Muda Tahun 1 yang merangkumi 5 Opsyen kebitaraan IPGMKIK, iaitu Pendidikan Khas, Pendidikan Bahasa, Pendididikan Seni Visual, Pendidikan Muzik dan pendidikan Islam dan Moral.
Majlis Penutupan Bengkel Bacaan Pantas telah disempurnakan oleh YBrs. Dr. Faridah binti Yakob, Pengarah IPGM Kampus Ilmu Khas. Antara butiran ucapan beliau adalah supaya peserta yang terpilih dalam bengkel ini akan menjadi duta kepada pelajar-pelajar lain dan dapat berkongsi pelbagai teknik bacaan pantas yang telah dipelajari.
PERTANDINGAN RESENSI BUKU KEMERDEKAAN
OGOS - SEPTEMBER 2024
Sempena sambutan bulan Kemerdekaan Malaysia yang Ke-67, Unit Pusat Sumber telah menganjurkan Pertandingan Resensi Buku Kemerdekaan menyuntik semangat patriotisme dalam kalangan pelajar melalui pembacaan bahan-bahan yang berunsurkan patriotik.
Dalam program ini, para peserta hanya perlu membaca sebuah buku yang ditulis dalam genre sejarah berkaitan pengorbanan dan perjuangan menentang penjajah tanah air semasa era kemerdekaan. Juga meliputi kisah-kisah para pejuang, tokoh dan konflik yang berlaku dalam masyarakat akibat pergolakan semasa negara menuju kemerdekaan. Pertandingan ini hanya menumpukan kepada bahan bacaan digital yang boleh diperolehi secara percuma dari perpustakaan Digital Malaysia iaitu di laman sesawang u-Pustaka.
Tiga (3) peserta yang berjaya dalam pertandingan ini ialah Nur Alya Husna Mohd Rasid (PISMP Pend. Khas - Tempat Pertama), Emiriana Nastasa Bejau Anak Nicholas Umok (PISMP Pend. Khas –Tempat kedua) dan Ummu Shifa Mohd Shukeri (PISMP Pend. Seni Visual – Tempat Ketiga). Sembilan peserta menerima hadiah saguhati.
LATIHAN PENGURUSAN PERPUSTAKAAN
07 NOVEMBER 2024
Pada 7 November 2024 (Khamis), seramai 9 orang pelajar daripada Universiti Sunway, Selangor jurusan Akauntan, telah mengikuti latihan pengurusan perpusatakaan bagi melengkapkan kerja kursus mereka. Para pelajar telah diberi latihan dan menyiapkan tugasan seperti berikut:
a) Menyediakan senarai lengkap bahan terbitan bersiri yang telah disumbangkan kepada IPGM KIK
b) Menyediakan Nombor Panggilan buku-buku Maklumat Kursus (MK) pelajar PISMP melalui pencarian di Library of Congress Catalog, British Library Catalog dan lain-lain sumber.
c) Mempelajari cara untuk menyusun bahan-bahan (buku) di rak dan membuat semakan bacaan nombor panggilan di rak
d) Membuat pindaan format tesis daripada "word" kepada "PDF" dan memasukkan "watermark" untuk projek digital IPGM KIK.
AKTIVITI PUSAT SUMBER 2023
21 JUN 2023
Pada 21 Jun 2023, Unit Pusat Sumber telah menganjurkan Bengkel Literasi Maklumat dan u-Pustaka (Ubiquitous Library) bertempat di Dewan Kuliah, IPG Kampus Ilmu Khas. Penganjuran bengkel ini bertujuan meningkatkan kemahiran dalam pencarian, penilaian dan penggunaan maklumat secara berkesan. Disamping itu juga, peserta bengkel didedahkan dengan pelbagai pangkalan data yang disediakan secara percuma melalui perpustakaan digital u-Pustaka.
Bengkel sehari ini telah dikendalikan oleh En Yazid bin Ibrahim, Timbalan Pengarah Bahagian Gerakan Literasi Maklumat Perpustakaan Negara Malaysia (PNM) dan Puan Siti Shafarah binti Shamsudin, Penolong Pustakawan (K), Bahagian Sumber Elektronik, PNM bersama Puan Rosmaini binti Salehhudin, Penolong Pengarah (K), Bahagian Sumber Elektronik, PNM.
Bengkel Literasi Maklumat dan u-Pustaka telah dirasmikan oleh YBrs. Puan Azlina binti Ahmad, Timbalan Pengarah IPG Kampus Ilmu Khas dan ucapan penutupan bengkel pula telah disampaikan oleh Encik Mohd Nasrun bin Ahmad, Ketua Unit Pusat Sumber IPG Kampus Ilmu Khas. Seramai 60 orang pelajar telah berjaya mengikuti bengkel ini dan 5002 orang peserta telah mengikutinya mengikuti secara dalam talian.
PROGRAM JOM BACA BERSAMA PERINGKAT IPG KAMPUS ILMU KHAS 2023
18 MEI 2023
Institut Pendidikan Guru Kampus Ilmu Khas telah melaksanakan Program Jom Baca Bersama Peringkat IPG Kampus Ilmu Khas pada 18 Mei 2023. Aktiviti bacaan serentak ini telah dilaksanakan di semua jabatan/unit masing-masing pada jam 11.00 pagi hingga 11.10 pagi, seramai 88 orang kakitangan telah mengambil bahagian. Dengan tema “Baca Bina Insan”, program ini berupaya memberi inspirasi dan menyuntik semangat warga IPGKIK untuk menjadi insan dan pekerja yang berilmu pengetahuan melalui medium pembacaan yang berterusan. Disamping itu, amalan membaca merupakan terapi minda bagi membentuk warga IPGKIK yang sejahtera dan berbudi pekerti mulia.
Aktiviti Pembacaan : Himpunan Sinopsis Buku Peringkat IPGKIK 2023
Sebagai pengisian kepada Program Jom Baca Bersama Peringkat IPGKIK 2023, Program Himpunan Sinopsis Buku Peringkat IPGKIK 2023 telah dilaksanakan pada 2 Mei–31 Mei 2023 yang melibatkan para Pensyarah, Anggota Khidmat Pengurusan dan seluruh warga siswa. Program ini memerlukan peserta membuat sinopsis buku yang dibaca dan hasil pembacaan ini akan dikumpul seterusnya diterbitkan.
MAJLIS PELANCARAN BUKU “MEMAHAMI KARANGAN MURID PEKAK” : ANALISIS KESILAPAN BAHASA
29 MEI 2023
Pada 29 Mei 2023, Institut Pendidikan Guru Kampus Ilmu Khas melalui Unit Pusat Sumber dan Jabatan Pendidikan Khas telah dijemput menyertai program anjuran Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) iaitu Majlis Pelancaran Buku Memahami Murid Pekak: Analisis Kesilapan Bahasa bersempena dengan Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur (PBAKL) 2023. Golongan sasaran yang terlibat dengan majlis pelancaran ini ialah Bahagian Pendidikan Khas,IPG Ilmu Khas, guru-guru sekolah pendidikan khas/harian dan khalayak umum.
Sehubungan itu, IPG Kampus Ilmu Khas telah menghantar 32 orang siswa/siswi termasuk 5 orang pensyarah untuk menyertai majlis pelancaran buku ini. Di samping itu, 2 orang siswa IPG Ilmu Khas juga di jemput untuk menjadi Jurubahasa Isyarat ketika majlis ini berlangsung. Majlis ini telah dirasmikan oleh Pengarah Bahagian Pendidikan Khas Puan Hajah Salmah binti Jopri.
Antara intipati majlis ini ialah untuk menyebar luas tentang bagaimana untuk memahami bahasa isyarat ketika berkomunikasi disamping bicara buku ini yang disampaikan oleh Profesor Dr. Abdul Halim bin Razali yang mengupas setiap bab yang terkandung dalam buku hasil karangan Dr Abdullah bin Yusuff. Majlis ini berlangsung selama 1 jam dan telah dihadiri oleh 200 orang peserta.
Lawatan ke Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur di Pusat Dagangan Dunia pada 29 Mei 2023 (Isnin) sempena Majlis Pelancaran Buku Memahami Karangan Murid Pekak anjuran Dewan Bahasa dan Pustaka
Lawatan ke Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur di Pusat Dagangan Dunia pada 29 Mei 2023 (Isnin) sempena Majlis Pelancaran Buku Memahami Karangan Murid Pekak anjuran Dewan Bahasa dan Pustaka
Tonton Video latihan EBSCO e-Books yang telah diadakan pada 6-8 Disember di platfom Zoom Meeting
1) Training follow up for EBSCO eBooks: User Experience. Tarikh : 06/12/2023, Masa: 11 pagi. Sila klik untuk menonton video conference.
2. Training follow up for EBSCOhost Basics. Tarikh: 07/12/2023, Masa: 11.00 pagi. Sila klik untuk menonton video conference.
2 JANUARI 2024
Pada 2 Januari 2024, Pusat Sumber telah menerima sumbangan buku dan majalah daripada Puan Nurul Huda Mohd Basri, Pensyarah Jabatan Pendidikan Islam dan Moral IPG Kampus Ilmu Khas.
Ribuan terima kasih daripada Pusat Sumber atas sumbangan tersebut.