PERMOHONAN ISBN/ISSN

Apakah itu ISBN?

International Standard Book Number atau dikenali sebagai ISBN adalah satu nombor piawaian antarabangsa yang unik bagi pengenalan kepada sesebuah buku yang diterbitkan oleh penerbit tertentu. ISBN diperoleh daripada Agensi ISBN Antarabangsa yang berpusat di London. Perpustakaan Negara Malaysia telah dilantik sebagai Pusat Kebangsaan ISBN di Malaysia mulai Ogos 1982.

ISBN yang telah diberikan hendaklah dicetak di kulit belakang buku.

Contoh ISBN:

ISBN 978-983-99557-1-2
ISBN 978-967-5492-39-6
ISBN 978-967-491-068-6

Faedah-Faedah ISBN

Sila klik pautan permohonan ISBN 


Apakah Itu ISSN?


International Standard Serial Number (ISSN) atau lebih dikenali sebagai ISSN adalah Nombor Bersiri Piawai Antarabangsa yang unik bagi pengenalan sesebuah penerbitan berkala. ISSN diperoleh daripada Agensi ISSN Antarabangsa yang berpusat di Paris, Perancis. Perpustakaan Negara Malaysia telah dilantik sebagai Pusat Kebangsaan ISSN mulai Jun 1976.

Contoh ISSN
ISSN 1823-7037
ISSN 2590-4329

Apakah Faedah-Faedah ISSN?

Ceramah Perkhidmatan Kepada Penerbit : ISBN/ISSN/PDP

Ikuti perkongsian berkaitan perkhimatan ISBN, ISSN dan PDP yang disediakan oleh Perpustakaan Negara Malaysia.