e-ARTIKEL & JURNAL
e-ARTIKEL & JURNAL
MySitasi
MyJurnal (menggantikan MyCite) ialah sistem dalam talian yang dihasilkan oleh Pusat Sitasi dan Infometrik untuk mengumpul dan mengindeks semua jurnal di Malaysia. Objektif utama MySitasi adalah untuk meningkatkan akses kepada kandungan jurnal Malaysia kepada masyarakat global dan meningkatkan tahap kecapaian kepada jurnal. Selain itu, ia juga menggalakkan penggunaan dan penjanaan rujukan kepada artikel yang diterbitkan. Klik di sini untuk mengakses.
ERIC Education Resources Information Centre merupakan perpustakaan digital dalam talian yang dibina bagi tujuan informasi dan penyelidikan pendidikan. Ia mengandungi petikan dan dokumen teks penuh daripada pelbagai sumber seperti artikel jurnal, buku, kertas penyelidikan, kertas persidangan, laporan teknikal, kertas dasar, disertasi dan tesis. Klik di sini untuk mengakses.
ELSEVIER Elsevier Journal Catalog ialah katalog dalam talian yang menyediakan akses kepada lebih daripada 2,900 judul jurnal akademik terbitan Elsevier merangkumi pelbagai bidang ilmu. Pengguna boleh mencari jurnal berdasarkan kata kunci, bidang subjek dan jenis akses, serta menyusun hasil carian mengikut kerelevanan. Katalog ini membantu penyelidik, pensyarah, pelajar dan pustakawan mengenal pasti jurnal yang sesuai untuk tujuan pembacaan, rujukan atau penerbitan artikel ilmiah. . Klik di sini untuk mengakses.
DOAJ
DOAJ ialah indeks jurnal yang unik dan meluas bagi akses terbuka dari seluruh dunia. Ianya dihasilkan bagi memacu komuniti yang sentiasa berkembang dan komited untuk memastikan kandungan berkualiti tersedia secara percuma dalam talian untuk semua. Klik di sini untuk mengakses.
SAGE
Sage Open ialah jurnal akses terbuka "Gold" yang menerbitkan artikel penyelidikan dan ulasan asal dalam format akses terbuka yang interaktif. Artikel merangkumi spektrum penuh sains sosial dan kemanusiaan. Klik di sini untuk mengakses.
OXFORD ACADEMIC
Oxford Academic ialah platfom penyelidikan akademik Oxford University Press (OUP), menyediakan akses kepada lebih 40,000 buku dan 500 jurnal. Ianya diwujudkan bagi memenuhi keperluan pelajar, penyelidik, profesor dan pengamal yang pelbagai dan berubah-ubah serta mendapatkan maklum balas berterusan daripada komuniti ini. Klik di sini untuk mengakses.
TEMPAWAN Jurnal Penyelidikan TEMPAWAN ialah jurnal berwasit yang diterbitkan oleh Institut Pendidikan Guru Kampus Ilmu Khas sejak tahun 1980-an. Institusi ini sentiasa menyokong dan menggalakkan aktiviti penyelidikan dan penulisan ilmiah di kalangan pensyarah dan semua warga pendidik. Penerbitan jurnal ini bukan sahaja sebagai usaha untuk memupuk amalan penyelidikan, tetapi ia juga merupakan platform untuk menyebarkan idea secara meluas, berkongsi pengalaman, dan penemuan penyelidikan tempatan. Klik di sini untuk mengakses.