Lihat senarai pemenang Kuiz FFL!
Laman ini disediakan untuk kegunaan guru-guru, sejajar dengan sahutan Kementerian Pendidikan Malaysia untuk mengintegrasikan elemen Celik Kewangan dalam kurikulum persekolahan. Guru-guru boleh menggunakan idea dan kandungan laman ini sebagai panduan termasuk penyampaian pembelajaran anda sendiri.
Selamat mencuba!
Berdasarkan panduan yang digariskan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia, terdapat 6 Elemen Celik Kewangan dengan pelbagai tema (seperti di bawah) yang perlu diterapkan ke dalam 7 subjek sasar di Sekolah Rendah dan Sekolah Menengah. Integrasi ini bertujuan meningkatkan literasi kewangan sejak usia muda lagi.
Lihat bahagian mana bagi subjek anda yang terbabit dengan elemen Celik Kewangan
di Panduan Pelaksanaan Pendidikan Kewangan Kementerian Pendidikan Malaysia
Kami kongsikan Pek Aktiviti Celik Kewangan (PACK) yang mengandungi idea serta aktiviti-aktiviti berdasarkan satu standard kandungan daripada setiap elemen Celik Kewangan sebagai panduan guru-guru.
Kami bawakan elemen Celik Kewangan yang sesuai dengan subjek secara langsung (DSKP atau unit buku teks yang mempunyai tajuk wang/pengurusan wang) dan secara tidak langsung dengan mencadangkan unit buku teks yang berkaitan dan boleh diintegrasikan dengan elemen Celik Kewangan.
Semua aktiviti yang disediakan boleh digunakan sebagai contoh sama ada untuk membantu anda mencetus idea atau untuk dilaksanakan sebagai aktiviti PdPc. Anda boleh menjalankan sepenuhnya kesemua aktiviti yang kami cadangkan atau mana-mana bahagian pada satu-satu masa.
Kami sediakan Pek Aktiviti Celik Kewangan ini untuk subjek-subjek berikut:
Cikgu, sudah sedia untuk terokai Pek Aktiviti Celik Kewangan (PACK) kami?
Ikuti 3 langkah mudah ini dan mulakan pengembaraan anda!