Lihat senarai pemenang Kuiz FFL!
A.b.ii Pembayaran dan Pembelian
Yakin untuk membuat keputusan berbelanja sendiri tanpa dipengaruhi pilihan rakan
D.a.ii Pengetahuan, Maklumat dan Nasihat
Tahu perbezaan di antara maklumat atau nasihat kewangan dan pemasaran, promosi produk atau iklan dalam situasi kewangan
A.c.iii Pembayaran dan Pembelian
Membuat keputusan berbelanja dengan mengambil kira semua aspek - termasuk apabila membeli barangan besar
C.a.ii Mengenal Pasti Risiko
Mengenal pasti tipu helah harga dan iklan palsu
SDG1 Kemiskinan Sifar
1.2.1 Pelajar tahu strategi dan langkah-langkah mengurangkan kemiskinan dan boleh membezakan di antara pendekatan berdasarkan kekuatan atau kelemahan bagi penyelesaian isu kemiskinan
8. Membincangkan bagaimana pilihan kita memberi kesan kepada orang lain dan planet, dan mengamalkan tingkah laku bertanggungjawab
Matematik
Tahun 6: 5.1 Penyelesaian Masalah Melibatkan Wang
Pendidikan Islam
Tahun 1: Unit 3 Kedai Kek Ummi
Unit 4 Seronoknya di Pasar Raya
Pendidikan Moral
Tahun 2; Tahun 3; Tahun 4
Unit 13 Kesederhanaan
Aktiviti secara individu, berpasangan dan berkumpulan dipelbagaikan semasa sesi pembelajaran berkenaan mengurus dan merancang kewangan
Pelajar menonton video ringkas tentang konsep aset dan liabiliti, perbelanjaan berhemah dan membuat carian perbezaan di antara fakta dan pendapat secara kendiri di luar waktu sesi pembelajaran
Aktiviti 1
Bingo Harta Keluarga
Aktiviti 2
Langkah Kiri, Langkah Kanan
Aktiviti 3
Wartawan Semasa
Aktiviti 4
Perbelanjaan Terakhir
CK3.6.1 Memberi contoh aset keluarga
CK3.6.2 Menerangkan perbezaan antara aset dengan liabiliti serta memberi contoh bagi kedua-duanya
1. Sediakan sumber bagi keratan gambar atau minta pelajar bawa dari rumah
2. Terangkan langkah-langkah aktiviti kepada pelajar
3. Melalui permainan bingo aset/liabiliti, minta wakil kumpulan yang mendapat skor 1 bingo memberi penerangan mengapa item dipilih merupakan aset atau liabiliti
4. Minta kumpulan pelajar yang berlainan pendapat untuk memberi soalan lanjutan atau berkongsi pendapat mereka kepada kelas
1. Pilih keratan-keratan gambar yang menggambarkan aset dan liabiliti keluarga dan lekat pada bingo aset atau bingo liabliti
2. Jelaskan kepada kelas mengapa item yang dipilih merupakan aset atau liabiliti
Galakkan pelajar membanding bezakan aset di rumah masing-masing atau item yang mereka perhatikan di sekeliling mereka
CK3.6.3 Menerangkan bagaimana desakan daripada rakan sebaya boleh mempengaruhi keputusan berbelanja
1. Terangkan langkah-langkah aktiviti kepada pelajar
2. Bacakan situasi-situasi berbelanja kepada pelajar
3. Minta pelajar berkongsi situasi yang pernah dialami mereka atau memberi penjelasan lanjut berkaitan situasi yang dikongsi
1. Pelajar berdiri di tengah (atas garisan) dan bergerak ke kanan apabila bersetuju dengan kenyataan yang dibacakan guru, dan bergerak ke kiri jika tidak bersetuju
2. Menceritakan keadaan di mana situasi dibacakan guru berlaku kepada diri sendiri
3. Mengutarakan pendapat atau memberi penjelasan kepada situasi yang dikongsi guru
Langkah Kiri, Langkah Kanan juga boleh dipelbagaikan kepada gaya "O" dan "X" dengan tangan sambil menghadap rakan-rakan, atau berdiri untuk ya dan duduk untuk tidak
CK3.6.4 Menilai iklan di media cetak, dalam talian dan di televisyen serta menilai sama ada iklan-iklan berkenaan merupakan fakta atau pendapat
1. Sediakan stesen-stesen bagi iklan daripada media cetak, televisyen dan dalam talian
2. Bantu pelajar untuk melengkapkan catatan penilaian iklan pada Padlet jika perlu
1. Bincangkan bersama-sama rakan kelas perbezaan fakta dan pendapat
2. Pilih jenis iklan untuk dinilai dan catatkan pemerhatian serta penilaian iklan
3. Rekodkan penilaian ke padlet
4. Baca catatan penilaian rakan-rakan di padlet dan kongsikan komen
Bagi situasi tanpa capaian internet, gunakan ruang di sekitar kelas atau papan putih untuk kolum di mana pelajar boleh melekat nota penilaian mereka
Aktiviti ini juga boleh dilakukan di luar waktu kelas sebagai aktiviti pemerhatian luar kelas bagi memudahkan aktiviti penilaian iklan di televisyen dan sumber-sumber lain
CK3.6.5 Menggunakan teknik membuat keputusan secara sistematik dalam setiap keputusan berbelanja
1. Umumkan situasi pandemik/peperangan dunia. Kerajaan telah mengarahkan kita berkurung selama satu minggu di rumah. Minta pelajar menyenaraikan 10 barangan pembelian untuk tempoh berkurung berdasarkan 20 barangan tersenarai.
2. Minta pelajar kongsi 10 barangan pilihan dan anggaran harga mereka
3. Kongsikan harga sebenar setiap barangan daripada senarai
4. Edarkan katalog-katalog runcit dan minta pelajar membuat pelan perbelanjaan untuk 10 barangan bagi tempoh berkurung
5. Adakan perbincangan kelas untuk berkongsi teknik-teknik dalam membuat keputusan berbelanja secara sistematik
1. Senaraikan 10 barangan yang akan dibeli sepanjang tempoh berkurung selama seminggu
2. Catatkan anggaran harga dan kos barangan-barangan yang dipilih daripada senarai
3. Buat pilihan 10 barangan dengan merujuk katalog runcit
4. Kongsi dan bincangkan teknik yang digunakan dalam membuat keputusan berbelanja kepada kelas
Sediakan katalog runcit daripada pelbagai peruncit berbeza. Contoh aktiviti menarik bagi teka harga daripada rancangan The Price is Right
Penilaian Kendiri
Pelajar menilai penguasaan kendiri terhadap pengetahuan berkaitan perbelanjaan pada Rubrik Perbelanjaan
Penilaian Rakan
Secara berpasangan, lakukan soal jawab dengan merujuk rubrik penilaian rakan dan sahkan penilaian kendiri rakan atau cadang tahap penguasaan baharu berdasarkan jawapan dan maklum balas daripada rakan
Pelajar merangka bajet dan perancangan perbelanjaan bagi tempoh seminggu dan berkongsi dengan rakan kelas