Lihat senarai pemenang Kuiz FFL!
Kalau sebut perkataan ‘bajet’ ni, kita selalu dengar.. "Alamak, tak cukup bajet la bro'!. Mak Zara pun kata bajet tu penting untuk sesiapa sahaja yang sayangkan duit mereka. Ha, siapa tak sayang duit kan?
Tapi, bajet tu apa sebenarnya? Antara soalan yang akan dijawab dalam episod ini adalah: Bajet tu apa? Kenapa kita perlu gunakan bajet? Apa jadi pada orang yang tak gunakan bajet? Macam mana saya nak mula bajet di usia muda? Apakah tips-tips untuk mengamalkan tabiat bajet?
Jom tengok!
Dari usia kecil lagi, kita dah mula nampak ibu bapa atau orang dewasa sekeliling kita membuat pertukaran dengan sekeping kertas atau syiling untuk mendapatkan sesuatu. Tapi, kenapa duit tu penting sangat? Jom kita kenali duit dengan lebih mendalam supaya kita boleh 'berkawan rapat' dengan duit!
Antara soalan yang akan dijawab dalam episod ini adalah: Duit tu Apa? Kenapa kita kena ada duit? Apakah antara barang yang boleh kita beli dengan duit? Apakah antara tips-tips penting mengenai duit? Jom saksikan!