Lihat senarai pemenang Kuiz FFL!
- dipetik daripada Strategi Literasi Kewangan Kebangsaan Malaysia 2019-2023
Memperolehi kebebasan kewangan perlu menjadi impian setiap individu. Jom lihat 3 langkah untuk mencapai kebebasan kewangan:
Langkah pertama untuk mencapai kebebasan kewangan adalah dengan meningkatkan pemahaman dan kemahiran untuk membuat keputusan kewangan terbaik.
Langkah kedua adalah memperkasakan diri dengan kesedaran, ilmu, kemahiran dan sikap yang diperlukan untuk membuat keputusan kewangan yang bijak.
Kita mencapai langkah ketiga apabila kita menjalani kehidupan yang bermakna, selesa dan stabil, bebas daripada kebimbangan kewangan dan berupaya menghadapi sebarang situasi yang tidak dijangka tanpa mengalami beban kewangan.
"...saya dapat membuat keputusan kewangan untuk diri sendiri dan keluarga saya dengan bijak, bertanggungjawab dan berkesan disamping menyumbang secara produktif kepada pembangunan ekonomi negara kita yang tercinta. ."
- Muhd Hafiz Muhd Ali, Guru
"...ia mampu memberi lebih banyak masa dan ketenangan untuk melakukan aktiviti yang diminati seperti mengembara ke negara lain. Paling penting, kebebasan kewangan membolehkan saya menghabiskan masa berkualiti bersama keluarga."
- Efa Ramona, Geosaintis
"...saya ingin tahu masa depan anak-anak dan keluarga saya terjaga sekiranya apa-apa kejadian tak diingini berlaku pada saya. "
- Aida Ghazali, Suri rumah
"...ia memberikan saya ketenangan dan keterangan minda untuk mengejar cita-cita hidup saya tanpa dibelengui kesusahan kewangan."
- Dharmaraj Sivalingam, Pengurus di syarikat swasta
"...kita tidak perlu bimbang menunggu gaji bulanan untuk kelangsungan hidup. Ia akan memberi impak dalam kualiti seharian kita. Kebebasan kewangan harus diterap dalam diri kita dan juga anak-anak daripada konsep mula menabung dan elakkan berhutang."
- Ezzeline Iswan, Pegawai Bank
"...yang pasti cuma salah satu boleh menjadi 'tuan': duit ataupun saya."
- Ashley Foo, Pelajar Universiti
2. Anda juga boleh menambah gambar, lukisan pada jawapan anda.
3. Setelah selesai dengan jawapan anda, klik pada mana-mana bahagian di luar kotak jawapan anda
Tahap pengetahuan kewangan sesebuah masyarakat merupakan permulaan untuk menamatkan kemiskinan dan membina sistem kewangan yang inklusif.
Perkembangan ekonomi negara ekoran kewangan individu yang kukuh adalah langkah penting untuk menamatkan kelaparan, mencapai jaminan makanan dan nutrisi yang lebih baik serta menggalakkan pertanian mampan.
Pengurusan kewangan yang baik merupakan langkah permulaan ke arah hidup yang lebih selesa, di mana anda dapat memberi lebih banyak perhatian pada tabiat hidup yang sihat dan sejahtera dan mendapat perlindungan yang diperlukan.
Kedudukan kewangan yang kukuh bagi masyarakat dapat menjamin pendidikan menyeluruh serta menggalakkan peluang pembelajaran sepanjang hayat kepada semua.
Kesaksamaann gender dan inisiatif yang menguatkan semua wanita adalah sinonim dengan negara yang mempunyai keadaan ekonomi yang lebih kukuh
Pengurusan kewangan yang kukuh di kalangan individu seterusnya dapat memastikan negara mencapai dan mengurus sumber air dengan mampan dan menyediakan sanitasi kepada semua.
Tahap celik kewangan seseorang individu membina masyarakat yang dapat mempromosikan perkembangan ekonomi mampan dan menyeluruh, pekerjaan yang bermaruah dan produktif untuk semua.
Individu dan masyarakat yang menguasai kewangan secara menyeluruh dapat mengurangkan ketidaksamaan pendapatan dalam dan sesama negara.