Lihat senarai pemenang Kuiz FFL!
Kem Fun(d) for Life menggabungkan aktiviti interaktif seperti simulasi kewangan dan juga pembinaan aplikasi digital. Kem ini bertujuan untuk memberikan murid sebuah pengalaman sebenar dalam pengurusan kewangan, membina kesedaran takaful dan berfikiran kristis dan kreatif dalam membina sebuah penyelesaian menggunakan kemahiran digital. Berikut adalah sesi-sesi utama dalam kem ini:
Pengetahuan
Membina pengetahuan dan memberikan pendedahan kepada konsep pengurusan wang dan takaful.
Permainan
Simulasi beberapa peristiwa-peristiwa penting dalam kehidupan, di mana peserta dapat mengasah kemahiran membuat keputusan dan menyaksikan sendiri kesan bagi setiap keputusan dari segi kewangan.
Aplikasi
Design Sprint dan pembinaan aplikasi digital atau video untuk membantu masyarakat menguruskan kewangan dan mendapatkan perlindungan takaful.
Pembentangan
Membina keyakinan diri murid dalam sesi pembentangan hasil aplikasi digital atau hasil penceritaan melalui video.