Lihat senarai pemenang Kuiz FFL!
Alex dan Jess merupakan seorang Video Blogger. Dalam episod ini, Pengurus mereka terpaksa menarik balik kemudahan rumah sewa mereka di mana mereka berdua gunakan untuk merakam video. Sertai simulasi ini untuk memahami dan bantu mereka menguruskan kewangan mereka!
Chief Product Officer, Sharifah Zarina menjelaskan tentang perlindungan Takaful, apa yang dilindungi dan bagaimana orang ramai boleh menjalani kehidupan dengan hati yang tenang apabila adanya perlindungan Takaful.
Perbualan ini juga menerangkan tentang fungsi FWD Takaful dan juga kelebihan memiliki Takaful.
Sejumlah 60% daripada keseluruhan individu muflis di Malaysia adalah dari golongan muda 25-44 tahun, ekoran daripada tabiat berbelanja melebihi pendapatan.
Jumlah peminjam muflis disebabkan pinjaman peribadi dan kredit kad juga meningkat sebanyak 104% pada 2018 berbanding 43% pada 2012, menurut suatu Laporan oleh Bank Dunia.
Sumber video: Agensi Kaunseling & Pengurusan Kredit (AKPK)
Jom ketahui apa kos-kos lain yang perlu kita tanggung sebagai pemilik kenderaan. Selagi pendapatan kita tak mencukupi untuk menanggung kos-kos ini, wajar ke tak wajar untuk kita beli sahaja motor dan kereta idaman kita?
Sumber video: Agensi Kaunseling & Pengurusan Kredit (AKPK)
Antara perkara yang penting apabila kita sudah mula dewasa adalah memikirkan kaedah bayaran yang berbeza. Dengan ini juga, kita perlu mengenali ancaman yang bakal dihadapi di alam perbankan.
Wang tunai adalah kaedah yang asas untuk melakukan bayaran. Terdapat beberapa kaedah lain yang boleh digunakan seperti kad debit atau kad kredit, cek serta bayaran dalam talian atau online banking. Pengetahuan ini amat penting supaya kaedah bayaran yang paling sesuai boleh digunakan.
Kes penipuan di alam perbankan bukan lagi sesuatu yang mengejutkan. Namun begitu, kita harus sentiasa berwaspada terutamanya kerana kehidupan kita kini pada era digital di mana perbankan dalam talian adalah perkara biasa dan aktiviti dalam talian sering dijadikan sasaran untuk melakukan penipuan dengan objektif pencurian duit atau aset.
Gunakan kalkulator mudah ini untuk melihat jumlah pertumbuhan wang yang berjaya dikumpulkan jika anda mulakan tabung persaraan anda sekarang! Bukakan lensa masa hadapan dan bayangkan kehidupan anda apabila sudah memasuki era persaraan nanti.
Adakah anda mempunyai idea yang menarik untuk meningkatkan tahap celik kewangan adik-adik anda mahupun rakyat Malaysia?
Isikan borang maklum balas di sini!