Lihat senarai pemenang Kuiz FFL!
Hampir semua orang dewasa tahu menggunakan perkhidmatan bank atas talian. Namun pernah kah anda dengar tentang bahayanya perbankan atas talian? Setiap perkara pastinya ada baik dan buruk. Jom lihat bagaimana Kak Lisa boleh menggunakan perkhidmatan bank atas talian dengan selamat!
Tip tambahan:
i. Gunakan kata laluan yang berbeza dari kata laluan akaun sosial anda
ii. Pastikan anda tidak menggunakan mana-mana maklumat peribadi anda seperti nama, tarikh lahir atau no telefon anda
iii. Gunakan kombinasi huruf besar dan kecil serta nombor. Pastikan kata laluan anda tidak kurang dari 6 digit.
Berikut merupakan perkara yang Kak Lisa boleh lakukan dengan mudah dan pantas.
Kak Lisa mempunyai dua akaun bank yang berbeza. Ini bagi memudahkan Kak Lisa untuk menyimpan. Akaun bank utamanya merupakan akaun yang akan menerima gaji bulanan dari kerjanya. Untuk mengelak perbelanjaan yang tidak sepatutnya, Kak Lisa akan menyimpan 10% daripada hasil pendapatannya di akaun ke-2. Bantu Kak Lisa