Lihat senarai pemenang Kuiz FFL!
D.a.iv Pembekal Perkhidmatan Kewangan
- Tahu bahawa terdapat beberapa pembekal servis/kewangan menawarkan jenis produk yang sama
- Memahami bagaimana untuk meneliti produk kewangan, termasuk menggunakan mekanisme perbandingan, jika ada
D.a.v Penipuan dan Pemalsuan
- Sedar akan penipuan dan aktiviti kewangan palsu serta langkah yang boleh digunakan untuk melindungi diri daripada aktiviti penipuan dan palsu ini
- Boleh menilai permintaan yang seolah-olah daripada syarikat kewangan, dan membuat keputusan sama ada permintaan tersebut adalah tulen atau berkemungkinan adalah penipuan
D.c.ii Pembekal Perkhidmatan Kewangan
- Boleh membezakan di antara maklumat daripada pembekal kewangan dan bahan promosi am daripada pembekal yang sama [yang mana relevan]
SDG1 Kemiskinan Sifar
1.2.1 Pelajar tahu strategi dan langkah-langkah mengurangkan kemiskinan dan boleh membezakan di antara pendekatan berdasarkan kekuatan atau kelemahan bagi penyelesaian isu kemiskinan
7. Meneroka cara untuk memperbaiki dunia yang didiami
Matematik
Tahun 4: 3.4 Tanggungjawab dalam Membuat Keputusan Berkaitan Kewangan
Aktiviti secara individu, berpasangan dan berkumpulan dipelbagaikan semasa sesi pembelajaran berkenaan tanggungjawab dan membuat keputusan kewangan
Pelajar menonton video ringkas dan rujukan tentang produk kewangan dan penipuan kewangan secara kendiri di luar waktu sesi pembelajaran
Aktiviti 1
Mencari Maklumat - Akaun Simpanan
Aktiviti 2
Kanvas Kreatif
Aktiviti 3
Akaun Simpanan untuk Saya
Aktiviti 4
Detektif Iklan Kewangan
CK2.2.3 Mengenal pasti sumber maklumat produk kewangan (contoh: dalam talian, media, dan bahan cetak) dan menyenaraikan kelebihan dan kelemahan setiap sumber maklumat tersebut
Internet, Pamplet, Video berkaitan produk produk kewangan
15 Minit
1. Sediakan video dan pamplet pemasaran oleh institusi kewangan, atau minta pelajar bawa pamplet dari rumah sebelum sesi aktiviti dengan mendapatkannya di institusi-institusi kewangan berkaitan
2. Galakkan pelajar membuat pembentangan dalam cara tersendiri berpandukan kandungan melalui lembaran kerja
1. Secara berkumpulan, cari maklumat berkaitan akaun simpanan oleh bank
2. Cari maklumat produk dan perkhidmatan yang ditawarkan bank melalui dalam talian, media dan bahan cetak
3. Catatkan maklumat dan pengalaman mendapatkan maklumat melalui setiap sumber pada lembaran kerja
4. Pilih sumber yang memberikan maklumat yang memuaskan
5. Bentangkan kepada kelas
CK2.2.4 Mengenal pasti pelbagai jenis penipuan kewangan terkini, termasuk penipuan dalam talian
Kertas Lukisan, Bahan Melukis dan Mewarna
20 Minit
1. Sediakan bahan tambahan (alatan mewarna, kertas A4/kertas lukisan, pelekat) jika perlu
2. Terangkan proses aktiviti (pilih bentuk penipuan kewangan > hasilkan infografik > gabung infografik > jejak seni > kongsi maklumat baharu)
1. Hasilkan infografik berkenaan satu jenis penipuan kewangan dan cara untuk melindungi diri daripada ditipu
2. Gabungkan infografik mengikut bentuk penipuan kewangan dan hasilkan kanvas gabungan infografik
3. Kanvas infografik yang telah digabung dipaparkan di mana-mana bahagian kelas (lantai, meja, dinding, rak dsb)
4. Jalankan jejak seni - lihat infografik rakan-rakan di sekitar kelas
5. Kongsikan 3 maklumat baharu yang diperoleh daripada jejak seni kepada 3 orang rakan
Kebanyakan bank menyediakan video tentang penipuan kewangan yang boleh didapatkan melalui channel Youtube. Galakkan pelajar mendapatkan maklumat daripada pelbagai bank berlainan
CK2.2.5 Mengenal pasti maklumat kewangan yang diperlukan untuk membuat keputusan berdasarkan senario tertentu
Internet/Pamplet Produk Akaun Simpanan
20 Minit
1. Tanya dan minta pelajar berkongsi pengalaman membuka akaun simpanan bersama ibu bapa/penjaga di bank
2. Bantu pelajar menjana idea jenis maklumat kewangan yang diperlukan untuk membuat keputusan memilih produk akaun simpanan
3. Kategorikan maklumat kewangan kepada kadar faedah, ciri-ciri, fi&bayaran, kelebihan tambahan
4. Sediakan pamplet dari bank berlainan atau bantu pelajar melayari laman RinggitPlus untuk membuat pencarian maklumat
1. Berkongsi pengalaman membuka akaun simpanan bersama ibu bapa/penjaga
2. Menjana idea maklumat kewangan yang diperlukan untuk membuka akaun simpanan bersama rakan kelas
3. Mendapatkan maklumat kewangan daripada 3 bank berlainan
4. Buat pilihan dan kongsi penerangan pemilihan produk bank berkenaan
Dalam situasi tanpa internet, sediakan pamplet dari bank-bank atau reka sendiri pamplet menggunakan maklumat produk bank daripada laman RinggitPlus
CK2.2.1 Memberi contoh situasi di mana maklumat kewangan dapat mempengaruhi keputusan yang dibuat
CK2.2.2 Membuat analisis dan menilai maklumat kewangan dan iklan
1. Tayangkan video 1 dan 2
2. Pantau aktiviti perbincangan kumpulan
3. Tanya soalan lanjutan kepada kumpulan pelajar jika perlu
1. Berdasarkan lembaran kerja, pilih 5 maklumat kewangan yang ingin diketahui sebelum memilih bank untuk membuka akaun
2. Tonton video iklan bank dan perhatikan jika maklumat kewangan yang diberitahu menepati maklumat kewangan yang dipilih
3. Bincangkan bersama kumpulan: a) Iklan bank yang mana cukup menarik dan boleh membuatkan anda ingin membuka akaun serta merta? Mengapa? b) Adakah iklan memberi maklumat kewangan lengkap? c) Apakah cara terbaik untuk dapatkan maklumat kewangan?
Persoalan Produk Kewangan
Pelajar menulis apa-apa soalan di keratan kertas berkaitan sama ada pemilihan produk kewangan atau penipuan kewangan untuk dijawab oleh rakan lain. Tuliskan juga nama sendiri di kertas tersebut
Kaunseling Santai
Pelajar menulis respon atau memberi jawapan balas secara lisan kepada Persoalan Produk Kewangan yang diterima melalui keratan kertas cabutan secara rawak
Pelajar mendapatkan maklumat tentang cara-cara untuk melindungi diri daripada risiko penipuan kewangan dan membuat catatan untuk dikongsi bersama rakan kelas
Langkah Keselamatan Perbankan Internet
Berhati-hati di Media Sosial