Lihat senarai pemenang Kuiz FFL!
A.a.iii Pembayaran dan Pembelian
- Mengetahui kad kredit memberi pinjaman kepada pengguna
- Mengetahui waktu yang sesuai untuk menggunakan kad kredit
C.a.ii Mengenal pasti Risiko
Mengetahui kelewatan pembayaran semula bil atau kredit atau tidak dibayar boleh mendatangkan kesan kewangan negatif
SDG1 Kemiskinan Sifar
1.2.1 Pelajar tahu strategi dan langkah-langkah mengurangkan kemiskinan dan boleh membezakan di antara pendekatan berdasarkan kekuatan atau kelemahan bagi penyelesaian isu kemiskinan
8. Membincangkan bagaimana pilihan kita memberi kesan kepada orang lain dan planet, dan mengamalkan tingkah laku bertanggungjawab
Matematik
Tahun 5: 3.4 Kredit dan Pengurusan Hutang
Aktiviti secara individu, berpasangan dan berkumpulan dipelbagaikan semasa sesi pembelajaran berkenaan pengurusan kredit dan hutang
Pelajar menonton video ringkas tentang konsep kredit, penggunaan kad kredit dan etika berbelanja menggunakan kad kredit secara bertanggungjawab secara kendiri di luar waktu sesi pembelajaran
Tips Kredit
Tips Penggunaan Kad Kredit
Kesan Penggunaan Kad Kredit
Aktiviti 1
Kongsi dan Gilir
Aktiviti 2
Dari Utara ke Selatan
Aktiviti 3
Kotak Misteri
Aktiviti 4
Melawat Galeri
CK5.2.1 Membincangkan maksud kredit
CK5.2.2 Menjelaskan kegunaan kredit
Tiada
10 Minit
Tiada
1. Terangkan langkah-langkah aktiviti
2. Tetapkan dan pantau masa aktiviti
3. Minta wakil setiap kumpulan berkongsi kepada kelas setelah waktu aktiviti tamat
1. Pelajar 1 membuat perkongsian
2. Pelajar 2 memberi komen perkongsian Pelajar 1 dan berkongsi idea
3. Pelajar 3 memberi komen perkongsian Pelajar 1 dan 2 dan berkongsi idea
dan pelajar seterusnya meneruskan langkah memberi komen dan berkongsi idea
CK5.2.3 Mengenal pasti masa/situasi sesuai untuk menggunakan kad kredit
. Tentukan bahagian 'Utara' (Sesuai) dan 'Selatan' (Tidak Sesuai) di dalam kelas
2. Tetapkan 10 saat untuk pelajar membentuk barisan dalam satu garisan dari Utara ke Selatan
3. Pilih pelajar untuk berkongsi sebab pernyataan dipilih sebagai sesuai atau tidak dengan kelas
1. Selepas mendengar pernyataan yang dibacakan guru, bergerak ke bahagian 'Utara' atau 'Selatan' kelas
2. Berkongsi sebab memilih berada di 'Utara' (Sesuai) atau 'Selatan' (Tidak Sesuai) bagi pernyataan berkaitan
Perhatikan kumpulan mana yang dapat mengoptimumkan pembelian menggunakan perbelanjaan paling rendah
CK5.2.4 Menjelaskan cara penggunaan kad kredit yang betul dan salah
Kotak/Bekas Tertutup
10 Minit
Tiada
1. Sediakan kotak misteri
2. Terangkan cara melaksanakan aktiviti kepada pelajar
3. Pantau masa aktiviti dijalankan
1. Tuliskan beberapa cara penggunaan kad kredit yang betul dan salah; satu pernyataan pada satu bahagian kertas
2. Masukkan semua cara yang ditulis ke dalam kotak misteri
3. Apabila semua rakan telah masukkan pernyataan masing-masing, ambil satu pernyataan setiap seorang secara rawak dari kotak misteri
4. Setiap seorang bacakan pernyataan dan nyatakan sama ada cara penggunaan adalah betul atau salah beserta pendapat, secara bergilir
Untuk meningkatkan interaksi antara pelajar, minta pelajar lain memberi respon dalam bentuk persetujuan atau bangkangan selepas perkongsian solo pelajar
CK5.2.5 Menjelaskan bagaimana penggunaan kad kredit boleh memberi kesan yang baik atau buruk pada bajet
1. Menyediakan bahan sesuai untuk melekat kertas penyelesaian di sekitar bahagian kelas dan rujukan cara kiraan
2. Terangkan cara melaksanakan aktiviti kepada pelajar
3. Menggalakkan pelajar memberi respon dan komen kepada hasil kerja pelajar-pelajar lain semasa aktiviti melawat galeri
4. Minta pelajar berkongsi apa yang diperhatikan melalui aktiviti selepas waktu melawat tamat
1. Selesaikan kira-kira pembayaran semula kredit untuk penggunaan kad kredit
2. Pilih bahagian kelas yang sesuai untuk mempamerkan hasil kira-kira dan lekatkan penyelesaian
3. Semasa aktiviti melawat galeri dimulakan, perhatikan hasil kerja rakan-rakan lain dan beri bintang dan komen pada kertas yang dipamerkan
Mengimbas kembali aktiviti yang dilakukan semasa pembelajaran menggunakan melalui lakaran/lukisan pada Lembaran Kerja
Menggunakan lembaran kerja bagi aktiviti imbas kembali, kongsikan refleksi yang telah dibuat kepada seorang rakan melalui penerangan verbal
Ajukan soalan tentang lakaran dan kandungan refleksi rakan
Pelajar menonton video kajian kes berkenaan kredit dan hutang
Berdasarkan pemerhatian, pelajar mencatatkan apa yang berlaku, kesan hutang kepada kehidupan individu dan bagaimana AKPK membantu