INSURANS SEMUA RISIKO PEMBINAAN
Sila baca Risalah Pemberitahuan Produk ini sebelum anda membuat keputusan mengambil Insurans Semua Risiko Pembinaan. Pastikan anda membaca terma dan syarat-syarat am polisi.
1. Apakah tentang produk ini? Polisi ini direka untuk memenuhi keperluan insurans ditetapkan kepada kontraktor di bawah syarat kontrak. Polisi ini melindungi kerja-kerja kontrak dan liabiliti terhadap pihak ketiga ketika menjalankan kerja-kerja kontrak.
2. Apakah perlindungan atau manfaat yang diberikan?
• Seksyen I – Kerosakan Material Ia menyediakan perlindungan dari kejutan dan sebarang kemungkinan kerugian fizikal atau kerosakan berkaitan semua risiko
terbabit di dalam pembinaan dan pemasangan jentera, loji dan struktur besi semasa dalam tempoh insurans.
• Seksyen II – Liabiliti Pihak Ketiga Seksyen ini mengambil kira liabiliti pihak ketiga dimana kita secara undang-undang bertanggungjawab membayar kerosakan
akibat dari :
o Kecederaan dan kesakitan badan akibat kemalangan kepada pihak ketiga
o Kehilangan atau kerosakan pada harta kepunyaan pihak ketiga
Tempoh perlindungan adalah berpadanan dengan tempoh kerja kontrak termasuk Liabiliti Kecacatan atau Tempoh Penyelenggaraan
dan Percubaan dan Siap guna.
Catatan: Penerangan di atas adalah makluman ringkas untuk rujukan yang cepat dan mudah. Syarat dan terma yang tepat yang digunapakai sepertimana yang dinyatakan di dalam kontrak polisi.
3. Berapa premium yang harus saya bayar?
Jumlah premium yang anda perlu bayar adalah berbeza bergantung kepada lingkungan kerja kontrak dan keperluan pengunderaitan
pihak insurans.
Jumlah Diinsuranskan - RM __________________ Kadar Dikenakan - ___________________ % Jumlah Premium Teranggar - RM __________________
4. Apakah kos dan caj lain yang harus saya bayar?
• Duti Setem – Bayaran sebanyak RM10
• Cukai Perkhidmatan (jika ada) – 6%
• Komisen kepada Pengantara Insurans (jika ada) – 15% dari jumlah premium
5. Apakah di antara terma dan syarat-syarat penting yang patut saya ketahui?
• Kepentingan Pendedahan – anda dikehendaki mendedahkan semua fakta material yang anda tahu atau patut tahu; jika tidak, polisi ini akan dianggap tidak sah.
• Anda harus mengambil segala langkah pencegahan yang biasa dan munasabah untuk menjaga keselamatan harta yang diinsuranskan.
• Jaminan Premium – Premium harus di bayar dan diterima oleh pihak insurans atau pengantara insurans dalam masa enam puluh (60) hari dari tarikh polisi ini mula kuatkuasa. Kegagalan dalam menjelaskan premium dalam masa ditetapkan, akan mengakibatkan pembatalan kontrak secara automatik dan Pihak Insurans berhak terhadap premium purata untuk jangka masa yang dilindungi.
• Lebihan, sebagai amaun yang harus anda tanggung sendiri sebelum pihak insurans menanggung kerugian anda.
Catatan: Penerangan di atas adalah makluman ringkas untuk rujukan yang cepat dan mudah. Syarat dan terma yang tepat yang digunapakai sepertimana yang dinyatakan di dalam kontrak polisi.
RISALAH PEMBERITAHUAN PRODUK
INSURANS SEMUA RISIKO PEMBINAAN
Sila baca Risalah Pemberitahuan Produk ini sebelum anda membuat keputusan mengambil Insurans Semua Risiko Pembinaan. Pastikan anda membaca terma dan syarat-syarat am polisi.
6. Apakah pengecualian penting di bawah polisi ini?
Polisi ini tidak melindungi kerugian seperti:
• Peperangan dan risiko berkaitan perang
• Sebarang perlakuan keganasan /pengganas
• Risiko radioaktif dan tenaga nuklear
• Perlakuan sengaja atau kecuaian sengaja
• Pemberhentian Kerja
• Kehausan dan keusangan
• Kesilapan rekabentuk
• Kos penggantian, pembaikan atau pembetulan kerosakan bahan dan / hasil kerja
• Akibat sebarang kerugian
Catatan: Penerangan di atas adalah makluman ringkas untuk rujukan yang cepat dan mudah. Syarat dan terma yang tepat yang digunapakai sepertimana yang dinyatakan di dalam kontrak polisi.
8. Bolehkan saya membatalkan Polisi?
Anda boleh membatalkan polisi ini dengan memberi notis bertulis kepada pihak kami. Selepas pembatalan, anda layak mendapat pemulangan premium pada kadar tempoh singkat, tertakluk kepada premium minima yang ditahan oleh pihak insurans. Tiada pemulangan premium dibenarkan jika timbulnya tuntutan di bawah polisi ini.
9. Apa yang perlu saya buat jika ada perubahan dalam butir hubungan saya?
Adalah penting untuk anda memaklumkan kepada kami sekiranya terdapat apa-apa perubahan ke atas maklumat untuk dihubungi bagi memastikan semua urusan surat-menyurat sampai pada masa yang ditetapkan.
10. Di mana saya boleh mendapatkan maklumat lanjut?
Sekiranya anda memerlukan maklumat tambahan mengenai Insurans Semua Risiko Pembinaan atau mana-mana jenis produk insurans, anda boleh menghubungi cawangan kami, pengantara insurans anda atau lawati
INSURANS SEMUA RISIKO PEMBINAAN
Sila baca Risalah Pemberitahuan Produk ini sebelum anda membuat keputusan mengambil Insurans Semua Risiko Pembinaan. Pastikan anda membaca terma dan syarat-syarat am polisi.
NOTA PENTING: ANDA SEHARUSNYA BERPUAS HATI BAHAWA POLISI INI ADALAH YANG TERBAIK UNTUK KEPERLUAN ANDA DAN PREMIUM YANG DIKENAKAN ADALAH MAMPU DIBAYAR. ANDA HENDAKLAH BACA DAN FAHAM TENTANG POLISI INSURANS TERSEBUT DAN MENGHUBUNGI TERUS SYARIKAT INSURANS UNTUK KETERANGAN LEBIH LANJUT.
Keterangan yang terdapat di dalam helaian penerangan ini cuma penerangan ringkas untuk rujukan cepat dan mudah.Terma-terma dan syarat-syarat yang tepat yang diperlukan terkandung di dalam kontrak polisi.
SIMON POON AGENCY dan ahli gabungan syarikat insuran adalah dilesenkan di bawah Akta Insurans 1996 dan telah dikawal oleh Bank Negara Malaysia.
Segala maklumat yang dinyatakan di dalam helaian penerangan adalah berkuatkuasa pada tarikh 1 Januari 2011.