Melahirkan generasi soleh pintar rabbani dan murabbi
Memberikan pendidikan peringkat rendah berasaskan kurikulum integrasi meliputi tahfiz, fardhu ain dan fardhu kifayah melalui persekitaran yang kondusif.
Membina Generasi Rabbani Murabbi
LOKASI SRITI AL-MUSTAQIM
Sekolah Rendah Integrasi Teras Islam (SRITI) Al-Mustaqim Gombak beralamat di No. 13, 13-1, 17-1, 18, 20, 21-1 & 21-2, Jalan PPS 2, Pusat Perdagangan Selasih, 68100, Batu Caves, Selangor.
Terletak di Taman Selasih Fasa 2 yang mempunyai padang awam, surau Darul Muhajirin dan kawasan perumahan sememangnya sangat strategik.
SRITI juga terletak bersebelahan lebuh raya DUKE menghala ke tol gombak dan berdekatan dengan Pejabat Kebajikan Masyarakat.Â
Sekiranya anda berhasrat untuk pergi ke SRITI Al-Mustaqim, boleh gunakan aplikasi 'Google Maps' dengan menaip nama penuh Sekolah Rendah Integrasi Teras Islam Al-Mustaqim.
PENGUMUMAN RASMI - MEMPERKENALKAN SRITI GOMBAK CAWANGAN KEDUA BERMULA 2025
LOKASI SRITI AL-ABQARI
Sekolah Rendah Integrasi Teras Islam (SRITI) Al-Abqari Gombak beralamat di No. 38-B, 40-B & 40-C, Wisma Cerdas, Taman Sri Gombak, 68100 Batu Caves, Selangor.
Alhamdulillah, dengan izin Allah, kami dengan sukacitanya memperkenalkan Sekolah Rendah Integrasi Teras Islam (SRITI) Al-Abqari, cawangan kedua SRITI Gombak!
Dahulunya dikenali sebagai SRII Al-Abqari, kini sekolah ini akan berwajah baru dan bersedia untuk melangkah ke sesi persekolahan 2025 dengan misi dan visi yang lebih mantap.
Sekiranya anda berhasrat untuk pergi ke SRITI Al-Abqari, boleh gunakan aplikasi 'Google Maps' dengan menaip SRII Al-Abqari.