JABATAN SRITI GOMBAK
PERINGKAT NEGERI
ANUGERAH PENGURUSAN KEMENJADIAN MURID SRITI TERBAIK BAGI SESI 2023/2024
TAHNIAH kepada seluruh warga SRITI Gombak di atas Anugerah Pengurusan Kemenjadian Murid SRITI Terbaik Negeri Selangor Tahun 2023/24 dalam Muktamar Dewan Pemuda PAS Negeri Selangor kali ke 58 bertempat di Dewan Beringin Gombak.
.
TAHNIAH juga kepada DACS Gombak Football Academy, Doktor Yusuf dan Saudara Ahnaf Rabbani dan khususnya Dewan Pemuda PAS Gombak atas hari yang bermakna ini.
.
Semoga terus maju jaya dan menjadi pemangkin semangat untuk terus mengekalkan kecemerlangan pada masa akan datang.
.
ANUGERAH SRITI KAWASAN PALING KOMITED BAGI SESI 2022/2023
TAHNIAH kepada seluruh warga SRITI Gombak di atas Anugerah SRITI Paling Komited Negeri Selangor Tahun 2022 dalam Muktamar Dewan Pemuda PAS Negeri Selangor kali ke 57 bertempat di Dewan Al-Hafiz Klang pada hari ini.
.
TAHNIAH juga kepada PASTI Gombak, Jabatan Amal Malaysia Kawasan Gombak, Lajnah Perpaduan, Lajnah Dakwah, Akademi Tarbiyah (Aktar), NGO Syabab Care, NUMED, Kebajikan dan khususnya Dewan Pemuda PAS Gombak atas hari yang bermakna ini.
.
Semoga terus maju jaya dan menjadi pemangkin semangat untuk terus mengekalkan kecemerlangan pada masa akan datang.
.
PERINGKAT KAWASAN
ANUGERAH LAJNAH/JABATAN TERBAIK DPPG BAGI SESI 2017/2018
Alhamdulillah, Jabatan Sriti telah menerima anugerah lajnah/jabatan terbaik untuk sesi 2017/2018 Dalam muktamar tahunan Dewan Pemuda Pas Gombak Kali ke 23 tahun 2018.
.
Sekalung penghargaan kepada Dewan Pemuda PAS Gombak dan jawatankuasa pemilihan di atas anugerah yg julung kali diterima pihak jabatan sriti setelah ditubuhkan pd 2016.
.
Tahniah dan terima kasih kepada Ahli Lembaga Pengarah SRITI GOMBAK , Setiausaha iaitu Ustaz Nabil, Guru2, kakitangan, ibubapa/penjaga dan murid2 SRITI GOMBAK yang telah menyumbang baik secara langsung mahupun tidak.
.
Semoga kejayaan ini menjadi penyuntik semangat untuk terus maju jaya dalam menyediakan satu sistem pendidikan yang mengikut acuan Islam serta membentuk anak2 syurga ini menjadi generasi soleh pintar rabbani dan murabbi.
.
Siiru Ala Barakatillah. Jazakallahu Khairan Kathira.
.
PENGERUSI
JABATAN SRITI GOMBAK