PERINGKAT NEGERI SELANGOR
TAHUN 2025
TAHUN 2024
TAHUN 2023
Johan Keseluruhan Mahrajan Amal Islami Negeri Selangor sebanyak 5 kali
(2018, 2019, 2021, 2022 & 2024)Â
[SRITI Gombak Johan Keseluruhan Pertandingan Amal Islami SRITI Peringkat Negeri Selangor 2018.]
Pertandingan Amal Islami SRITI peringkat Negeri Selangor 2018 telah dijalankan di SRITI Sijangkang, Kuala Langat dengan jayanya.
SRITI Gombak telah berjaya merangkul piala Johan keseluruhan dengan pencapaian yang amat baik berbanding tahun lepas.
Berikut ialah pencapaian yang diraih oleh pasukan Amal Islami SRITI Gombak;
Tempat Pertama
1.Nasyid
2. Khutbah
3. Bercerita (P)
Tempat Ketiga
1.Qalam Jamaie
2. Tilawah (L)
3. Tilawah (P)
Johan Keseluruhan : SRITI Gombak
Pihak SRITI Gombak ingin mengucapkan tahniah dan terima kasih kepada semua, terutamanya pasukan Amal Islami, para guru dan ibu bapa yang tidak putus-putus memberi sokongan dan tunjuk ajar.
Sesungguhnya, kejayaan ini adalah kejayaan kita bersama.
[KEPUTUSAN AMAL ISLAMI SRITI NEGERI SELANGOR 2019]
*Tilawah (Banin)*
Sungai Besar
Gombak
Sungai Buloh
*Tilawah (Banat)*
Gombak
Hulu Selangor
Kota Raja
*Bercerita (Banin)*
Hulu Selangor
Shah Alam
Gombak
*Bercerita (Banat)*
Shah Alam
Ampang
Kuala Langat
*Pidato Banin (10 Tahun)*
Puchong
Hulu Selangor
Kuala Selangor
*Pidato Banat (10 Tahun)*
Hulu Selangor
Kota Raja
Sungai Besar
*Pidato Banin (<9 Tahun)*
Gombak
Selayang
Klang
*Pidato Banat (<9 Tahun)*
Gombak
Selayang
Klang
*Hafazan (Banin)*
Selayang
Kota Raja
Shah AlamÂ
*Hafazan (Banat)*
Sungai Besar
Kota Raja
Kuala Langat
*Khutbah*
Gombak
Puchong
Klang
*Azan*
Selayang
Ampang
Klang
*Kalam Jamaie*
Puchong
Klang
Gombak
*Nasyid*
Hulu Selangor
Gombak
Selayang
*Juara Keseluruhan*
Kawasan Gombak
#amalislamisritiselangor2019
#membinagenerasirabbanimurabbi
#sritiselangor
[PEMENANG MAHRAJAN AMAL ISLAMI PERINGKAT SRITI NEGERI SELANGOR]
Alhamdulillah, Tahniah dan Syabas diucapkan kepada semua pemenang Mahrajan Amal Islami Peringkat SRITI Negeri Selangor bagi tahun 2021. Terdapat 6 acara Gombak mendapat Johan dan 5 acara Gombak mendapat Naib Johan.
Tahniah juga diucapkan kepada semua ibubapa yang sama-sama memberi galakan dan sokongan kepada peserta untuk melibatkan diri dalam MAIS pada tahun ini.
Bagi yang tidak mendapat tempat dalam MAIS ini, anda tetap menang di hati kami para guru dan ibubapa. Anda telah melakukan yang terbaik.
TAHNIAH DAN SYABAS DIUCAPKAN!
Alhamdulillah, PIALA KESELURUHAN MAIS 2021 dimenangi oleh SRITI Kawasan Gombak!
TAKBIR! AllahuAkbar!
Ayuh sama-sama doakan kejayaan SRITI Selangor untuk beraksi di Peringkat Kebangsaan yang akan diadakan tidak lama lagi.
"Melahirkan Generasi Soleh Pintar Rabbani & Murabbi"
MAIS PERINGKAT NEGERI SELANGOR - SRITI GOMBAK MENGEKALKAN KEJUARAAN 4 KALI BERTURUT-TURUT
Mahrajan Amal Islami SRITI (MAIS) Peringkat Negeri Selangor 2022 telah melabuhkan tirai pada 25 September 2022. Sebanyak 22 kategori daripada 9 acara telah dipertandingkan pada MAIS Peringkat Negeri 2022 kali ini.
Dengan tema Ulama Pewaris Nabi, Mendidik Ummah Rabbani SRITI Gombak telah menghantar seramai 47 orang peserta bagi mewakili Kontinjen Gombak untuk menyertai semua kategori yang telah dipertandingkan.
Daripada 22 kategori yang telah disertai, 13 kategori telah berjaya meraih kemenangan.
7 kategori Johan, 2 kategori Naib Johan dan 4 kategori tempat ketiga
Berikut ialah kategori yang dimenangi:
- Bercerita BM L
- Pidato BI L
- Hafazan Tahap 2 L
- Tilawah Tahap 2 P
- Azan Tahap 2 L
- Khutbah Tahap 2
- Kalam Jamaie
- Pidato BM P
- Hafazan Tahap 1 L
- Pidato BM L
- Tilawah Tahap 2 L
- Muhawarah Tahap 1
- Nasyid
Dengan kemenangan yang telah diraih oleh wakil Kontinjen Gombak ini, SRITI Gombak sekali lagi dinobatkan sebagai Juara Keseluruhan Mahrajan Amal Islami SRITI (MAIS) Peringkat Negeri Selangor 2022.
Juara Keseluruhan ini menjadikan SRITI Gombak dapat mengekalkan Kejuaraan Kali ke-4 berturut-turut bermula tahun 2018, 2019, 2021 dan 2022. Pada tahun 2020 MAIS tidak dapat dijalankan disebabkan Pandemik Covid 19.
Tahniah buat semua peserta Kontinjen Gombak yang mewakili SRITI Gombak ke MAIS Peringkat Negeri pada tahun 2022, buat peserta yang belum menang, tahniah kerana anda berani untuk mencuba.
Buat semua barisan warga kerja SRITI Gombak yang telah berpenat lelah dan berusaha keras melatih, buat semua ibu bapa yang sentiasa menyokong peserta-peserta yang mewakili Kontinjen Gombak untuk memastikan SRITI Gombak terus mengekalkan Juara Keseluruhan ini.
" KALAU BOLEH MENANG, KENAPA HARUS MENGALAH? INSYAALLAH JUARA MILIK KAMI"
PERINGKAT KEBANGSAAN
SRITI Selangor mencapai Juara Keseluruhan Mahrajan Amal Islami SRITI (MAIS) peringkat Kebangsaan 2 tahun berturut-turut (2021 dan 2022) dan kemudian kembali menjadi Juara Keseluruhan pada tahun 2024
MAHRAJAN AMAL ISLAMI KEBANGSAAN TAHUN 2021 SECARA ATAS TALIAN
MAHRAJAN AMAL ISLAMI KEBANGSAAN TAHUN 2022 DI UiTM JENGKA, PAHANG
SELANGOR KEMBALI JUARA MAIS 2024
Alhamdulillah, Kontinjen MAIS Negeri Selangor berjaya membawa pulang 4 johan , 1 naib johan dan 4 tempat ketiga serta solo terbaik nasyid sekaligus menjadikan SRITI Selangor sebagai Johan Keseluruhan dalam Mahrajan Amal Islami SRITI (MAIS) Peringkat Malaysia kali ke - 6 /2024 yang berlangsung di Institut Latihan Felda Trolak, 12-13 Oktober 2024.
Ucapan terima kasih kepada semua warga SRITI Selangor khususnya para peserta, guru pengiring, guru besar, pengurusi SRITI kawasan dan paling istimewa kepada Ibu bapa yang merupakan menyokong tegar kepada Kontinjen SRITI Selangor. Tanpa mereka sudah pasti SRITI Selangor tidak mampu mengembalikan kejuaraan ini ke bumi selangor dan mengapai kejuaraan berganda untuk tahun ini.
Pencapaian kontinjen SRITI Selangor adalah seperti berikut:
SOLO TERBAIK NASYID
AHMED ELHAM AYADI BIN RAMZI
JOHAN ACARA:
AZAN
MUHAMMAD EMIR IRSYAD BIN MUHAMMAD KHUZAIDI
HAFAZAN TAHAP 1 LELAKI
AHMAD DEL AZKA BIN AHMAD HAZMI
HAFAZAN TAHAP 1 PEREMPUAN
NUR ALISHA HAYFA BINTI AHMAD HAZMI
HAFAZAN TAHAP 2 PEREMPUAN
MARYAM IZZAH BINTI MOHD AZERUL
NAIB JOHAN ACARA:
PIDATO BAHASA INGGERIS PEREMPUAN
SHARIFAH MARYAM BINTI SYED MUHAMMAD NAQIB
TEMPAT KETIGA ACARA:
KHUTBAH
MUHAMMAD NUR IMAN BIN NURZAIDI
HAFAZAN TAHAP 2 LELAKI
MUHAMMAD FAYYADH BIN FAIZAD
TILAWAH PEREMPUAN
ZAINAB AN NABAWIYYAH BINTI MUHD BAZLI
NASYID
AHLAMI AHMAS