Telah ditubuhkan pada tahun 2016 dan memulakan sesi persekolahan pertama pada Januari 2017 dengan murid darjah satu seramai 55 orang dan tenaga pengajar seramai 6 orang termasuk guru besar dan juga seorang pembantu tadbir. Guru Besar pertama adalah Mohamad Kamarul Helmi bin Mohamad Nawawi.
Bangunan SRITI Al-Mustaqim yang terletak di No. 21-1, Jalan PPS 2, Pusat Perdagangan Selasih, 68100 Batu Caves, Gombak telah dirasmikan oleh Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Haji Hashim bin Jasin pada Disember 2016.
Kini pada tahun 2024, setelah 7 tahun, SRITI Al-Mustaqim telah mempunyai 370 orang murid daripada darjah satu hingga enam dan tenaga pengajar dan warga kerja seramai 48 orang.
Pada tahun 2016, taklimat pertama tentang SRITI Al-Mustaqim telah dibuat kepada ibubapa penjaga yang berminat. Taklimat telah disampaikan oleh Saudara Khairul Yusri bin Mat Jusof selaku Ahli Lembaga Pengurusan (ALP) SRITI Gombak ketika itu.
Sasaran utama pada waktu tersebut adalah daripada murid enam tahun PASTI seluruh Gombak yang bakal menamatkan pra persekolahan pada tahun tersebut dan akan memulakan pembelajaran di sekolah rendah pada tahun 2017.